22 Januari 2010: Suku abad telah berlalu

Sumber

ISTILAH

Antara intipati pelajaran Matematik yang menjadi kunci kepada peringkasan tahun-tahun tertentu ialah pengenalan istilah-istilah yang mewakili bilangan beberapa tahun tertentu.

Selain memudahkan dan menyenangkan proses pembelajaran, istilah tersebut kadangkala menjadi indah apabila diselit dengan bijaknya oleh sang pakar bahasa.

10 tahun dipanggil 1 dekad.

100 tahun diwakili dengan panggilan satu abad.

Dan gandaan 10 seterusnya membawa kepada pengenalan istilah 1 kurun.

SUKU ABAD?

Apa pula dengan suku abad? Suku yang bersamaan dengan 1/4 atau 0.25 jika diekstrakkan daripada 1 abad yang bersamaan dengan 100 tahun akan menghasilkan jawapan yang bakal dipersetujui semua guru iaitu 25.

25 tahun yang lalu, pada pagi Selasa, tanggal 22 Januari 1985 lahirlah seorang bayi di sebuah kampung di Jalan Trong, Taiping hasil penat jerih meneran seorang emak dan usaha penat lelah seorang abah.

Kini, bayi insan itu sudah besar panjang dan sedang menulis entri tentang dirinya sendiri!

KELAHIRAN DAN IBU

Siapa yang dapat menafikan bahawa insan yang paling bertarung nyawa ketika melahirkan anaknya ialah seorang ibu? Justeru, apalah maknanya ulangtahun kelahiran yang disambut pada setiap tahun itu tanpa ibu, emak, ummi, mama, atau apa-apa sahaja panggilan tidak turut dimuliakan pada hari yang dulunya dia meneran untuk mengeluarkan kita di muka bumi ini.

Esok (22 Januari 2010) merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-25 dan ini bermakna dengan penat jerih mak yang meneran saya keluar 25 tahun dahulu, dan penatnya bersama abah membesarkan saya menatijahkan saya yang sekarang ini berumur 25 tahun.

Kerana emaklah yang bertarung nyawa melahirkan saya dulu, emaklah yang patut diraikan dalam setiap ulangtahun kelahiran anaknya.

Tetapi dunia hari ini tidak begitu, kan?

Emak, maafkan Husaini atas segala salah silap Husaini kepada emak! Emaklah yang patut ditahniahkan dan didoakan keampunan, rahmat dan berkat setiap kali ulangtahun kelahiran Husaini kerana tanpa emak, Husaini tak ada di dunia ini.

Abah, maafkan Husaini atas segala dosa pada abah. Tanpa abah dan emak, siapalah Husaini pada hari ini.

SAMBUTAN HARI JADI

Syukurlah, keluarga saya bukanlah yang jenis mengutamakan sambutan hari jadi setiap tahun. Keluarga yang berkeanggotaan empat ahli itu jarang tidak pernah sekalipun kami mengadakan upacara tertentu, memotong kek dan memacak lilin atau apa-apa sahaja yang signifikan dengan hari jadi.

Sesekali adalah juga emak memasak spesial untuk beberapa hari jadi kami. Itu sudah cukup buat kami sekeluarga.

Natijahnya, saya membesar tanpa semua itu. Kadang-kadang tanpa ucapan atau ingatan, saya jarang sekali kecewa kerananya. Sementelahan pula, tidak ada contoh yang jelas dan terang lagi nyata generasi para sahabat dan terutama sekali Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang apa-apa sunnah sambutan hari kelahiran dan ulangtahunnya.

Sedangkan baginda sendiri tidak pernah meraikan ulangtahun kelahirannya, kenapa umatnya yang terkemudian rajin pula mengadakan ‘aktiviti’ baru ini?

Mungkin agak keras untuk menyatakan sambutan hari jadi yang disambut setiap tahun oleh semua orang yang ada hari jadinya pada setiap tahun itu sebagai ‘lubang biawak’, tetapi bagi insan yang mengucap Shahadah, yang punya sumber dan contoh paling ideal dalam hidup ini iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, tidak menyambutnya tentulah lebih disukai dan molek sekali.

Kepada kawan-kawan saya yang pernah menyambut ulangtahun kelahiran sebelum ini, saya mendoakan agar umur diberkati dan dimurahkan rezeki kerana umur yang berkat biarpun sekejap terasa lamanya.

Begitulah juga dengan saya, doakanlah keberkatan umur saya seandainya anda ingin ‘menyambut’ dan memberikan ucapan hari jadi saya pada kali ini. 🙂

Tanpa sambutan hari jadipun, umur tetap bertambah hari demi hari, tempoh kita di dunia tetap berkurang saat demi waktu.

Mudah-mudahan ulangtahun kelahiran ini lebih menjadi tazkirah kepada empunya diri bahawa masanya di dunia ini semakin pendek tahun demi tahun.

Terima kasih kepada semua yang mengingati, mendapat notifikasi tarikh di Friendster atau FB yang mengucapkan selamat kepada saya dan memberi hadiah. Doakanlah keberkatan umur dan keampunan buat diri ini.

Semoga kita dirahmati Allah semuanya, Ameen!

“HUSAINI, USIAMU TELAH BERKURANG 25 TAHUN!”

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
00:03 22 Januari 2010
68000 Ulu Klang

6 Responses to “22 Januari 2010: Suku abad telah berlalu”


  1. 1nasrulqalb

    Ameen..

  2. 2metoqa

    selamat hari lahir, berkenaan sambutan hari lahir ..kek, lilin dan seumpamanya itu kita sefahaman.

  3. 3Luklukbaidoa

    sape ni ye?

  4. 4Husaini Ibrahim

    Err, boleh lihat di Profil saya di bahagian atas ya, terima kasih.

  5. 5Husaini Ibrahim

    🙂

  6. 6Husaini Ibrahim

    Ameen!

Leave a Reply