36 jam ‘offline’

Bermula pada malam Jumaat, 20 November 2008 entah kenapa blog saya tidak dapat dibuka. Memikirkan ia situasi biasa mungkin kerana server dibaiki dan sebagainya, saya mengambil langkah berdiam diri.

Hari Jumaat, 21 November pun masih sama, blog tidak dapat dibuka. Saya menjangkakan mungkinkah komputer saya yang menyekat alamat ke blog saya, hati tidak dapat bertenang.

Saya melawat ke blog-blog yang menggunakan perkhidmatan hosting yang sama dengan saya gunakan. Elok sahaja capaiannya dan blog mereka boleh dilayari.

Akhirnya pagi tadi, saya berusaha memohon penyelesaian daripada penyedia hosting saya (yang kebetulan muncul di YMnya) untuk menyelesaikan masalah ini. Dan 1 jam kemudian, blog saya berada di talian semula, terima kasih Rawanaz!

Statistik pelawat ke blog saya jatuh ketika blog ini ‘offline’, entah siapalah yang seorang yang berjaya sampai ke blog saya semalam itu.

Walau apapun, ‘kehilangan’ blog biarpun hanya 36 jam sahaja menyedarkan saya tentang tanggungjawab penulis blog untuk mengemaskinikannya secara terancang bukannya secara sambil lewa.

Kerana saya mulai sedar…

“Andaiku Pergi..” itu boleh jadi saya..boleh jadi juga blog!

Ayuh, jomupdate blog!

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
53100 Gombak

2 Responses to “36 jam ‘offline’”


  1. 1irshadian

    begitu pulak ish ish. kalau encik ni 36 jam pon dah gundah gulana, saya ni dekat dua minggu pun mungkin ada pernah buat. istiqamah, jauh sekali. blogging ni ajar bertanggungjawab, jujur dan istiqamah rupanya!

  2. 2As

    guna wordpress sbg tapak ye?

    biasalah memang akan jd salu tak dpt bukak server error..

    tapi baguslah dpt cari hikmah di sebalik setiap benda 🙂

Leave a Reply