Archive for the 'Uncategorized' Category
December 18th, 2009 by husainibrahim
oleh:
Abu Umair (abuumair1.wordpress.com)
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Teruskan membaca… ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’
November 7th, 2009 by husainibrahim

Klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Kesihatan Ahmad Khariri al-Hadi sentiasa terumbang-ambing.
Komplikasi yang dialami kesan daripada pendermaan hati yang dilakukannya dulu, semakin pelbagai.
Terkini Ahmad Khariri disahkan perlu menjalani pembedahan pada 10 November 2009 untuk kes adhesion colic. Beliau memerlukan pembiayaan sejumlah RM12,000 untuk pembedahan ini dilakukan.
Saya dengan penuh rasa rendah diri, merayu kepada para pengunjung blog Saifulislam.Com ini menghulurkan bantuan seikhlas mungkin bagi membantu saudara kita ini. Panjangkanlah juga pesanan ini kepada sesiapa sahaja yang saudara saudari rasakan boleh membantu beliau.
Ahmad Khariri al-Hadi Md Yusop boleh dihubungi di talian 017-6351057 atau email 
Sumbangan juga boleh disampaikan terus melalui akaun bank beliau di MAYBANK, 162106646530.
Bersama ini, saya siarkan kembali artikel yang pernah ditulis sebelum ini, bagi menggambarkan situasi yang sedang beliau alami.
Teruskan membaca… ‘Rayuan Derma/Infaq/Sedeqah untuk Penderma Hati’
October 9th, 2009 by husainibrahim

Ketika saya memulakan tulisan ini, waktu di Monterey, California baru sahaja menjejak ke waktu Isyak pada jam 7.50 malam hari Jumaat. Namun, pada saat yang sama, di Malaysia khususnya di UIAM, suasana meriah berlangsungnya Majlis Konvokesyen UIAM kali ke-25 sedang berjalan. Sessi pertama sedang dan masih berlangsung di Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC) yang terletak di sebelah Bangunan E0, Kulliyyah saya, Kulliyyah Kejuruteraan. Waktu di Malaysia yang berbeza 15 jam ke hadapan berbanding AS meletakkan Malaysia pada pukul 11.50 pagi pada hari Sabtu.
Oh, saya baru menyedari adanya live video streaming daripada laman web rasmi Majlis Konvokesyen UIAM kali ke-25! Pada waktu ini, graduan-graduan daripada Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim sedang mengambil skrol mereka. Mohamed Adib Mohamed Saat dan Nik Asma Salsabila Nik Aziz, antara yang saya kenali telah melepasi sesi mereka sebentar tadi, mengambil skrol daripada DYMM Sultan Pahang. Agak meremang bulu roma juga apabila mula-mula memasang video streaming ini ketika mendengar alunan caklempong/gamelan mengiringi majlis daripada dalam CAC. Sebak seketika mengenangkan saya tidak punya peluang untuk menghadiri majlis konvokesyen kali ini bersama kawan-kawan dan sabahat..huhu
Teruskan membaca… ‘Selamat berkonvo, kawan-kawan!’
October 4th, 2009 by husainibrahim

Uncle Kamil
“Muslim population is growing unbelievably,” kata uncle Kamil, imigran dari Singapura ketika bercerita tentang situasi Muslim di Amerika.
“Secara biasanya apabila mendengar tentang negara-negara Islam, mereka akan berasa sangsi. Persepsi itu masih melekat di kalangan rakyat biasa Amerika,” sambung beliau lagi.
“Tapi generasi kedua Muslim yang imigran, seperti anak saya, apabila mereka ke sekolah tinggi, mereka disayangi oleh guru-guru. Guru-guru menyayangi mereka kerana karakter mereka yang baik sedangkan mereka Muslim,” uncle Kamil sambung bercerita.
Teruskan membaca… ‘Kita masih serumpun!’
June 27th, 2009 by husainibrahim
Sponsor and Organiser:

Training Provider:

Training Partner:

Teruskan membaca… ‘My activity’
May 20th, 2009 by husainibrahim

Foto di atas bercakap seribu bahasa:
(i) Lihat condong badan Tuanku Dr. Raja Nazrin. Baginda mencondongkan badannya ke arah YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar.
(ii) Dr. Raja Nazrin menutup matanya.
(iii) Lihat jarak dekat antara dua orang yang bercakap itu.
(iv) Lihat condong leher Tuanku Dr. Raja Nazrin.
Foto disalin dari akhbar online MStar.
Entri disalin dari blog UNIKA PTS
May 12th, 2009 by husainibrahim

Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta petang semalam.
Teruskan membaca… ‘Gambar-gambar kemenangan YAB Dato’ Seri Ir Nizar’