Archive for the 'Ilmiah' Category
November 23rd, 2009 by Husaini Ibrahim
Oleh:
Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil

Apabila isu Wahhabiyyah timbul di tengah masyarakat hari ini, ia membawa saya mengimbau kenangan pahit saya melihat perpecahan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan pada akhir 90’an. Perbalahan tentang soal Salaf dan Khalaf telah mengucar kacirkan kehidupan pelajar dan ia terus berlarutan hingga ke hari ini. Pada masa itu, saya bermastautin di Ireland dan datang ke Jordan pada musim panas.
Teruskan membaca… ‘Isu Wahhabi: Tingkap yang disangka Pintu’
June 18th, 2009 by Husaini Ibrahim

“Ai, kejap bebenor kamu berzikir, Amir! Apa kamu malas berzikir?” tegur sang bapa mertua kepada menantunya sejurus solat Zuhur usai didirikan berjamaah.
Mereka berdua ke masjid tengah hari itu sebelum pulang bersama menjamah hidangan tengah hari.
“Eh, taklah ayah. Saya memang berzikir seperti mana yang diajarkan Nabi s.a.w. untuk dibaca selepas solat,” jawab Amir sambil dia dan ayahnya keluar dari masjid.
Suasana tengah hari itu agak tenang dan redup. Biarpun terik mentari menyinari, namun alah bisa tegal biasa bagi mereka berdua yang selalu berjalan kaki ke masjid setiap hari.
Teruskan membaca… ‘Kejap bebenor kamu berzikir!’
May 2nd, 2009 by Husaini Ibrahim

sumber
“Umi, nak pergi tandas…” rengek seorang ‘Ammar. Manja sungguh bunyinya.
“Hmm, jangan lupa baca doa sebelum masuk, ya!” jawab lembut seorang ummi seraya memberi tunjuk ajar
Sambil menanggalkan seluarnya, si ‘Ammar lepasan tadika Islam itu berdiri tegak di depan pintu tandas dan…
“Allahumma inni…” dia berdoa sambil mengangkat tangannya. Khusyuk sekali!
Aduh! Menepuk dahi bapanya yang bergelar Abu ‘Ammar itu melihat gelagat anak sulungnya itu
Teruskan membaca… ‘Apabila anak mengangkat tangan berdoa di depan tandas’
March 21st, 2009 by Husaini Ibrahim
1. Imbauan Kisah Pembukaan Kota Qastontiniyyah (22 Disember 2008) [KLIK]

2. Siri Terakhir Kisah Nabi Yusuf a.s. – Yusuf dan Kemenangan (29 Disember 2009) [KLIK]
3. Isu Palestin_Antara Muslim Ilusi dan Yahudi Realiti (12 Januari 2009) [KLIK]
4. Meneladani Kejatuhan Uthmaniyyah (bhg I)(21 Januari 2009) [KLIK]

Teruskan membaca… ‘Beberapa siri kuliah Ust Abu SAIF untuk dimuat turun’
February 25th, 2009 by Husaini Ibrahim

UMNO selalu menuduh Hj Nizar sebagai boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Teruskan membaca… ‘DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT – Misbah’
February 20th, 2009 by Husaini Ibrahim
Oleh
Azamin Amin
PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa. ‘Kuasa dan harta’ bukan sedikit ujiannya - Dr Mohd Asri
Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang ‘merindui’ pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.
Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?
Teruskan membaca… ‘Rakyat muak, generasi muda alergik dengan Umno’
February 9th, 2009 by Husaini Ibrahim
Siapa sangka, dalam tempoh 2 minggu banyak peristiwa dan insiden tidak diduga berlaku di Perak. Bermula dengan lompatan Adun Bota ke PKR, insiden pengisytiharan kekosongan kerusi di dua Dun oleh Speaker Dun Perak, dan yang terbaru ini ialah pengambilalihan rampasan kuasa oleh BN daripada Kerajaan PR di Perak.

Belum pun reda isu terbaru ini, rakyat Perak dikejutkan lagi dengan kembalinya Allahyarham Ust Hj Roslan Shaharum ke rahmatullah tengah hari tadi. Saya yang baru menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur terkejut menerima SMS daripada rakan yang memaklumkan perkara tersebut.
Assalamua’alaikum..sdekahkn fatihah dk YB USTAZ ROSLAN..ustaz roslan dh pulg ke pangkuan ALLAH pg td..AL-FATIHAH – 12:57:02
Teruskan membaca… ‘Lagi ujian buat rakyat Perak-kembalinya MP Bukit Gantang’