Archive for the 'Coretan Sisi' Category
August 14th, 2010 by husainibrahim
1.
“F, ko ada sahabat tak?” persoalan dilontarkan kepada teman sebelahku oleh si Z yang tidak lain juga rakan sebilikku. Aku mengerti maksud soalannya. Bukan sekadar soalan biasa
Diam mengisi ruang kosong itu sebentar.
“Hmm, sahabat? Entahlah kawan…,” jawapan itu bukan aku sangkakan dan tidak jugak aku terkejut mengenainya. Aku mengerti dia juga faham maksud terma itu yang sebenarnya.
Kerana sahabat sukar diberi erti…
Teruskan membaca… ‘Sahabat, teman dan rakan…’
September 2nd, 2009 by husainibrahim
Tidak siapa menyangka subjek-subjek pengkhususan major yang memperkenalkan saya dengan sel-sel, DNA, kejuruteraan tisu, mikrobiologi dan sebagainya berakhir dengan saya melaporkan diri sebagai Jurutera Perisian di BIT (M) Sdn Bhd pagi tadi.
Kejutan pertama yang saya terima ialah pada Morning Briefing atau kuliah agama pagi yang disampaikan oleh mentor yang selama ini saya ikuti kuliahnya, Ustaz Abu Saif Hasrizal Abdul Jamil
Teruskan membaca… ‘Hari pertama meninggalkan DNA, sel, dan ‘keluarganya’’
July 8th, 2009 by husainibrahim
“Kamu ada kelas hari ini?” tanya makcik kedai roti canai Montel, tempat kegemaran aku bersarapan roti canai sejak di kampus lagi.
Kekerapan aku ke kedainya hampir setiap minggu membuatkan dia dan suaminya telah mengecamku setiap kali aku sampai ke kedainya. Hanya perkataan “biasa, pakcik!” telah mampu difahami oleh mereka akan menuku untuk bersarapan di kedainya.

“Biasa ya, pakcik!”
Teruskan membaca… ‘Roti canai dan Oracle’
April 19th, 2009 by husainibrahim

“Nak lawat atas dulu ke atau bawah?’ saya bertanya hati.
“Lawat bawah dululah. Ikut tertib, dari bawah baru naik ke atas,” hati menjawab memberi solusi. Akur dengan alasan, kaki melangkah turun dari tingkat 2 ke tingkat bawah
Sebetulnya baru sahaja menunaikan solat Zuhur apabila sampai di PWTC jam 1.45 petang tadi.
Kaki melangkah menuju gerai-gerai yang menarik perhatian mata yang memerhati dari jauh.
Booth Inteam menjadi pilihan. Kebetulan pula kumpulan nasyid terkenal itu baru sahaja tiba di situ.
Teruskan membaca… ‘Sekitar lawatan ringkas ke Pesta al-Kutub al-’Alami KL ’09′
February 8th, 2009 by husainibrahim

Hari ini merupakan hari ke-6 sejak pergolakan politik di Perak bermula dengan Speaker DUN Perak mengisytiharkan bahawa kedua-dua kerusi Dun Changkat Jering dan Dun Behrang telah dikosongkan oleh penyandangnya, YB Kapt (B) Osman Jailu dan YB Jamaluddin Radzi.
Rentetan demi rentetan peristiwa berlaku sehingga ‘jatuh’nya kerajaan PR di Perak melalui peralihan rampasan kuasa oleh BN dengan keluarnya tiga Adun daripada PR dan menyokong BN. Dengan sokongan mereka, BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan mereka di Perak ini.
Saya yang melihat situasi ini hari demi hari, jam demi jam tidak menafikan perasaan sedih dan sayu melihat kerajaan PR pimpinan YAB Ir Nizar hanya bertahan 11 bulan sejak mula memerintah Perak Mac lepas.
Tak pernah kusangka ini akan berlaku…
Teruskan membaca… ‘Negeri kelahiranku..daripada sudut pandang seorang Husaini’
December 11th, 2008 by husainibrahim

Berkata Sucre, “Hey,papi..tengok ni..dah dua minggu dia menghilang..”
Jawab Scofield, “hilang? Apa maksud engkau? Takkan the Company pun terlibat sama”
Bingkas si abang, Burrows menjawab, “Apa-apa yang berkait dengan kita, the Company takkan teragak-agak nak bertindak, dik.”
Sara berpaling sambil bertanya, “Walaupun dia di Malaysia, dan kita ni jauh di LA?”
Burrows menjawab pendek, “Ya.”
Scofield mengeluh berat, “Hmmm..”
Sucre menggaru kepala botaknya yang tidak gatal itu.
Tiba-tiba… Teruskan membaca… ‘Prison Break?’