August 14th, 2010 by husainibrahim
1.
“F, ko ada sahabat tak?” persoalan dilontarkan kepada teman sebelahku oleh si Z yang tidak lain juga rakan sebilikku. Aku mengerti maksud soalannya. Bukan sekadar soalan biasa
Diam mengisi ruang kosong itu sebentar.
“Hmm, sahabat? Entahlah kawan…,” jawapan itu bukan aku sangkakan dan tidak jugak aku terkejut mengenainya. Aku mengerti dia juga faham maksud terma itu yang sebenarnya.
Kerana sahabat sukar diberi erti…
Teruskan membaca… ‘Sahabat, teman dan rakan…’
January 22nd, 2010 by husainibrahim

Sumber
ISTILAH
Antara intipati pelajaran Matematik yang menjadi kunci kepada peringkasan tahun-tahun tertentu ialah pengenalan istilah-istilah yang mewakili bilangan beberapa tahun tertentu.
Selain memudahkan dan menyenangkan proses pembelajaran, istilah tersebut kadangkala menjadi indah apabila diselit dengan bijaknya oleh sang pakar bahasa.
10 tahun dipanggil 1 dekad.
100 tahun diwakili dengan panggilan satu abad.
Dan gandaan 10 seterusnya membawa kepada pengenalan istilah 1 kurun.
Teruskan membaca… ’22 Januari 2010: Suku abad telah berlalu’
August 22nd, 2009 by husainibrahim

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Perumpamaan yang dicipta oleh orang-orang lama kita amat tepat sekali hasil pemerhatian mereka terhadap alam sekeliling.
Hari ini 1 Ramadhan 1430H. Telah berlalu 9 hari yang lepas pemergian seorang aktivis, pelopor industri hiburan alternatif bertemakan Islami ke alam yang kekal abadi, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim atau Ustaz Asri Rabbani.
Teruskan membaca… ‘Berdoa untuk yang pergi dan tak kembali lagi’
December 19th, 2008 by husainibrahim
Udara nyaman dihela puas. Seharian terperuk di dalam teratak usang memang merimaskan. Rumah setingkat dari kombinasi binaan batu dan papan itu terletak jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan, berdiri rendah di celah penempatan yang masih dara. Kondisi persekitarannya aman diselimuti kehijauan alam dan bisikan unggas. Cukup mendamaikan. Kelihatan beberapa lembaga berkerudung gigih membersih sekangkang kera halaman. Sebahagian lagi sibuk merapikan batas yang padat berjenis sayuran segar.
Rembesan peluh amat melekitkan kulit. Terik mentari seolah-olah menembus lapisan pakaian yang lencun. Nis mencapai tuala kecil separa terlilit di leher lalu mengusap lembut wajahnya, membuang sisa-sisa peluh sambil menapak perlahan-lahan menuju buaian di bawah wakaf untuk melepas lelah. Sudah hampir tiga jam sekumpulan perempuan itu bergotong-royong. Nis membuang pandang pada sekeliling kawasan. Mindanya terawang-awang dipuput kenangan lalu, melayang melewati hikayat si penjerat.
“Kenapa Nis diam? Ada problem ke?”
Bebola matanya menengok pada gelas yang masih bersisa, sambil tangan ligat bermain straw mengaduk ais. Zamri yang duduk bertentang langsung tidak dipedulikan.
“Nis…Saya tengah cakap dengan awak ni…” Zamri makin bosan bertanya. Lain sekali fiil Nis malam ini, tidak seperti selalu. “Period ke apa?” sangkanya sendiri. Teruskan membaca… ‘Sekudus Pinangan’
December 12th, 2008 by husainibrahim

Esok dan lusa, 13 & 14 Disember 2008, Insya Allah saya dan rakan-rakan akan menghadiri majlis akad nikah dan walimah rakan sebilikku dan seKulliyyahku, Mohd Asyraf Mohd Ariff a.k.a. Acap dan rakan sekursus kami Salwa Zhari.
Alhamdulillah, mereka bakal menjadi pasangan ketiga di kalangan 042 batch yang melangsungkan pernikahan selepas pasangan Hanif-Hayati dan Syazwan-Nadiah yang juga melangkah ke alam perkahwinan pada tahun ini, 2008-1429H. Teruskan membaca… ‘Semoga kekal hingga ke Syurga!’