Archive for the 'Semasa' Category
November 23rd, 2009 by husainibrahim
Oleh:
Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil

Apabila isu Wahhabiyyah timbul di tengah masyarakat hari ini, ia membawa saya mengimbau kenangan pahit saya melihat perpecahan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan pada akhir 90’an. Perbalahan tentang soal Salaf dan Khalaf telah mengucar kacirkan kehidupan pelajar dan ia terus berlarutan hingga ke hari ini. Pada masa itu, saya bermastautin di Ireland dan datang ke Jordan pada musim panas.
Teruskan membaca… ‘Isu Wahhabi: Tingkap yang disangka Pintu’
November 10th, 2009 by husainibrahim

MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.
Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.
“Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema ‘Di sini Saya Bermula’.
Teruskan membaca… ‘Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku’
November 6th, 2009 by husainibrahim
Yang Dijanjikan…

Salinan surat jaminan bertulis yang diberikan oleh PGSM untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadap Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Untuk gambar yang lebih jelas, sila klik di sini.
Bkt Mertajam (6 Nov 2009): Dr. Mohd Asri Zainul Abidin masih menunggu sehingga jam 7 malam tadi (6 November 2009) untuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menunaikan janji menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.-DrMaza.Com-
Teruskan membaca… ‘Antara yang dijanjikan dan dihebahkan’
November 4th, 2009 by husainibrahim

Senarai NGO Sunnah yang membantah penahanan kontroversi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta memorandum kepada Yang diPertuan Agong oleh Persatuan Peguan Syarie Malaysia (PGSM).
1. Institut al-Qayyim, Pulau Pinang
2. Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa Malaysia, Kuala Lumpur
3. Institut al-Mizan, Negeri Sembilan
4. Pertubuhan Kebajikan al-Qalam, Perlis
5. Akademi al-Faqeh, Selangor
6. INTIS Consultant and Training, Kuala Lumpur
Teruskan membaca… ’14 NGO Islam Membantah Penangkapan dan fitnah ke atas Dr. Mohd Asri Zainul Abidin’
May 10th, 2009 by husainibrahim
Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol
KUALA LUMPUR 7 Mei – Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengunjung MIHAS 2009 mencuba bir tanpa alkohol (Kredit berita & gambar Utusan)
1. Bukan semua orang Arab itu alim, tahu pasal Islam. Saya sudah bekerja, berbual dan memerhatikan tingkah laku mereka secara dekat selama 4 tahun. Dan Iran itu bukan negara Arab. Ia negara Parsi. Tapi biasalah, orang kita akan pukul rata mana-mana datang dari Timur Tengah adalah orang Arab. Dan tanggapan kita selalunya adalah mereka (orang timur tengah) adalah lebih alim dari orang Melayu yang tak fasih dan pandai sangat cakap Arab ni.
Teruskan membaca… ‘Bir Tanpa Alkohol’
April 9th, 2009 by husainibrahim

Asalnya hanyalah seorang pemimpin Pas yang jarang dikenali orang kerana kebanyakan penglibatannya disifatkan sebagai ‘di sebalik tabir’.
Mula dikenali apabila diangkat sebagai Menteri Besar Perak mewakili Pas dengan dipersetujui oleh DAP dan PKR. Aura, karisma dan sifatnya yang mudah mesra semakin lama semakin dikenali ramai. Rakyat tertanya-tanya, siapakah Nizar Jamaluddin ini sebenarnya.
Kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak telah membuka ruang yang luas untuk dikenali rakyat. Pergaulannya bersama rakyat peringkat bawahan tanpa mengira agama, bangsa mahupun parti amat disenangi ramai.
Teruskan membaca… ‘AURA DAN KARISMA NIZAR TERSERLAH’
February 27th, 2009 by husainibrahim
IPOH: Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat,YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini, hari ini, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.
Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai.
Teruskan membaca… ‘Nizar serah kediaman rasmi MB Perak tetapi simpan kereta rasmi’