KUALA LUMPUR, Feb 7 — Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, perintah membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah “Allah” merupakan satu hak yang diiktiraf di sisi Islam.
“Isu ini (kalimah Allah) bukan menentukan agama siapa benar dan agama siapa yang salah.”
“Ini adalah hak yang diiktiraf oleh suatu agama pada suatu agama yang lain,’ kata beliau pada Forum Kalimah Allah di sini, malam tadi.
“Ini bukan dialog teologi atau perbandingan agama… sejauh mana kadar untuk mereka (bukan Islam) dibenarkan menggunakan kalimah Allah,” kata beliau lagi.
MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.
Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.
“Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema ‘Di sini Saya Bermula’.
KUALA TERENGGANU, 6 Nov: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi. Namun beliau menegaskan,”Saya bukan ajak dia tetapi menyuruh dia masuk PAS.”
Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui laman web PAS Terengganu, Buletin Online di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, Khamis semalam.
Harun menemui Asri baru-baru ini dan gambar mereka berdua telah disiarkan Asri dalam blognya.
“Dia menjemput saya makan petang, minum petang di rumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri
“Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah.”
Lama sekali saya ‘tinggalkan’ blog ini daripada terkemas kini. Bukan tidak sengaja, sememangnya disengajakan cuma tanpa niat atau motif yang jelas.
Banyak perkara yang berlaku yang boleh dientrikan dan dikomen daripada segenap segi, namun untuk kali ini saya memilih untuk menyiarkan sebuah entri daripada salah seorang Panel Feqh AAN tentang demonstrasi.
Demonstrasi yang amat sinonim dengan pihak di kerusi pembangkang. Apabila kerajaannya Barisan, Pakatanlah yang rajin berdemo. Ingatkan hanya Pakatan, namun apabila Barisan dipembangkangkan oleh rakyat Teruskan membaca… ‘Mari berilmu tentang demonstrasi’
Saya berasa (pelik) dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.
Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.
Namun undang-undang memperuntukkan di bawah Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”.
Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
You are currently browsing the Andaiku pergi... weblog archives for the Bicara Siasah category.
IKLAN
Pemacu
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Orang yang mengajar kebaikan, dia diminta ampun oleh segala sesuatu sehingga ikan besar di lautan."
(Riwayat al-Bazzar, Shahih al-Targhib wa al-Tarhib li al-Munziri oleh al-Albani)
Dari Hati ke PC
Kempen Kita
Daripada Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- daripada Nabi sallallahu 'alahi wasallam, baginda menyampaikan apa yang diterimanya daripada Rabbnya, telah bersabda, "Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi."
(Riwayat Muslim)