November 7th, 2009 by husainibrahim
KUALA TERENGGANU, 6 Nov: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi. Namun beliau menegaskan,”Saya bukan ajak dia tetapi menyuruh dia masuk PAS.”
Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui laman web PAS Terengganu, Buletin Online di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, Khamis semalam.
Harun menemui Asri baru-baru ini dan gambar mereka berdua telah disiarkan Asri dalam blognya.
“Dia menjemput saya makan petang, minum petang di rumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri
“Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah.”
Teruskan membaca… ‘Saya bukan ajak tetapi suruh Asri masuk PAS – Harun Taib’
April 15th, 2009 by husainibrahim
Bukit Gantang ‘turning point’ proses demokrasi – MB Perak Nizar Jamaluddin


PILIHAN RAYA Bukit Gantang ini dilihat begitu bermakna kerana ia boleh mencetuskan satu bentuk pemikiran yang berbeza bagi berdepan dengan pilihan raya lain. Ia juga mencetuskan tekanan dan kehendak rakyat Perak untuk dibubarkan Dun. Ahli Parlimen baru bagi Bukit Gantang, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin mengupas perkara ini kepada Intan Abdullah di kediamannya di Kampung Sungai Rokam, Ipoh, sehari selepas dinobatkan sebagai pemenang pilihan raya kecil kawasan itu 7 April lalu.
Bagaimana Dato’ Seri melihat ‘mood’ pengundi Melayu dalam keputusan pilihan raya kali ini?
Teruskan membaca… ‘Wawancara bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang (tidak rasmi) Nizar Jamaluddin’
February 20th, 2009 by husainibrahim
Oleh
Azamin Amin
PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa. ‘Kuasa dan harta’ bukan sedikit ujiannya - Dr Mohd Asri
Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang ‘merindui’ pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.
Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?
Teruskan membaca… ‘Rakyat muak, generasi muda alergik dengan Umno’