UP: Alternatif Boikot!

boycott-israel-275x275

Umat Islam, di Malaysia terutamanya, digesa untuk melakukan pemboikotan ke atas produk-produk yang terbukti memberikan sumbangan secara langsung ke atas negara haram Israel, sekaligus menyuburkan keganasan yang dilakukan Israel ke atas saudara-saudara kita di Palestin!

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat-syarikat luar yang telah lama bertapak, sekaligus menjadikan usaha memboikot ini seolah-olah satu beban kepada kita semua. Kita telah biasa berkunjung ke McDonalds, telah biasa terpegun dengan kecanggihan produk Intel dan Nokia, telah selalu menonton saluran Disney & CNN dan sebagainya. Susah betul nak boikot, kan?

Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai boikot dari segi hukum dsb. Saya yakin telah banyak diulas di sana dan sini mengenai kedudukan boikot. Justeru jika anda datang ke sini dengan persoalan – “Patutkah aku boikot?”, saya rasa anda tidak akan jumpa jawapannya di sini. Namun nasihat dari saya, boikotlah dengan ilmu dan rasional. Jangan memboikot secara membuta tuli – siasatlah terlebih dahulu sumber berita yang anda terima, pastikah kesahihannya, beralihlah kepada alternatif yang lebih baik secara kurang radikal dsb.

Oh ya, saya suka penulisan Abu Saif mengenai boikot ini. Beliau mengupas aspek boikot berdasarkan kepada reaksi kita Muslim, serta kesannya kepada negara haram Israel. Mungkin boleh menjadi panduan kepada kita, insyaAllah. *(pautan asal telah hilang, namun boleh membaca tulisan terbaru beliau mengenai isu Palestin di SINI – MHusaini)

Boikot, menjadi lebih mudah sekiranya kita sudi berhijrah! Berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik. Dalam suasana pelbagai pihak yang mempromosikan boikot, jarang kedengaran pihak yang menawarkan alternatif ke atas produk-produk yang diboikot ini.

Justeru, dalam artikel ini, saya akan menyenaraikan 5 jenama utama Israel-associated di Malaysia, serta 5 alternative yang lebih baik bagi jenama tersebut! Alternative yang dipilih adalah berdasarkan kualiti produk yang hampir sama dengan produk asal yang perlu diboikot, justeru jika anda beralih ke produk alternatif ini, anda tidak akan rasa perbezaan pun!

Coca Cola VS Pepsi!

coca-cola-1 VSpepsi

Di Malaysia, kedua-dua jenis minuman ini telah lama bertapak. Ia menjadi kebiasaan diminum terutamanya dalam golongan muda dan remaja. Saya tidak berhasrat menyentuh dari aspek kesihatan, kerana minuman-minuman bergas ini sememangnya tidak wajar dijadikan minuman harian.

Namun, bagi yang terus ingin menikmati minuman cola ini, maka saya menggesa anda supaya tinggalkan minuman Coca-Cola, kerana Coca-Cola adalah terbukti menjadi antara penyumbang utama bagi negara Israel!

Sebaliknya, beralihlah kepada PEPSI!

Pepsi merupakan sebuah jenama minuman cola, yang dicipta oleh seorang ahli farmasi Amerika pada tahun 1890. Bermula dari situ, minuman ini telah popular dan tersebar luas sehingga ke seluruh pelusuk dunia, serta mempunyai pelbagai variasi lain.

Walaupun produk ini merupakan sebuah jenama Amerika, namun tiada fakta @ bukti jelas menunjukkan syarikat ini menyumbang kepada negara haram Israel secara langsung (directly). Namun bagi mereka yang boleh meninggalkan CocaCola DAN Pepsi kerana ingin berjihad mengelakkan syubhah, maka itu adalah lebih baik!

McDonalds VS KFC

mcdonalds-logo VSkfc

Kedua-dua restoran makanan segera ini juga telah lama bertapak di Malaysia. Kedua-duanya menawarkan produk yang hampir sama – ayam goreng, burger dsb!

Namun, mengikut kajian yang telah dilakukan oleh InMinds, sudah terbukti yang syarikat McDonalds merupakan antara penyumbang terbesar kepada negara haram Israel, justeru wajib kita boikoti!

Apa alternatifnya? Saya sarankan, KFC sebagai alternatif kepada McDonalds! KFC, sebuah jenama franchise makanan segera, ditubuhkan oleh Colonel Sanders di Kentucky, Amerika Syarikat pada 1952. Sejak dari itu, jenama ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia.

KFC di Malaysia, diuruskan oleh sebuah syarikat bumiputra tempatan iaitu QSRBrands. Syarikat ini dinaungi oleh ahli lembaga pengarah yang boleh dikatakan hampir semuanya muslim, serta mempunyai sebuah panel syariah yang tersendiri bagi memastikan produk yang dijual serta transaksi perniagaan yang berlaku adalah halal dan mengikut syariat. Antara ahli panel syariah syarikat ini adalah bekas Mufti Johor, Dato’ Noh Gadot.

Sebab itulah, pernah tak terfikir – Kenapa minuman di McDonalds adalah Coca Cola & Sprite, tetapi di KFC minuman cola yang dijual adalah PEPSI? Tukarlah kepada alternatif lain!

INTEL vs AMD

Persaingan antara 2 buah syarikat peneraju cip elektronik dan processor komputer utama dunia ini, telah lama wujud. Dalam kalangan enthusiast komputer serta peminat gaming, prestasi antara cip processor INTEL dan cip AMD telah lama diperdebatkan. Kedua-duanya terlalu hebat dari segi teknologi!

Namun, seperti yang dilaporkan, INTEL merupakan sebuah jenama Israel yang hakiki! Codename cip-cip yang dikeluarkan INTEL semuanya berasaskan kepada nama-nama mulia Israel. Kilang/pusat pengeluaran utama INTEL adalah terletak di Israel! Justeru, tiada sangsi lagi INTEL merupakan sebuah syarikat yang wajib diboikot!

Justeru, beralihlah kepada cip dari syarikat AMD. Cip mereka terbukti dalam kalangan enthusiast komputer, memberikan saingan yang hebat kepada Intel. Pendek kata, kita selaku pengguna biasa komputer, takkan terasa perbezaan antara komputer bercip INTEL dan bercip AMD.

Syarikat AMD (Advance Micro Device) merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Selain mengeluarkan cip processor, AMD juga mengeluarkan cip motherboard, graphic processor dan sebagainya. Di Malaysia, kewujudan komputer bercip AMD semakin banyak bertapak, sama ada komputer desktop mahupun komputer notebook. So, kenapa perlu pilih INTEL, sedangkan kita ada pilihan produk yang lebih kurang sama hebatnya?

Ingat, next time anda mahu beli komputer, carilah logo AMD!

NOKIA VS Sony Ericsson!

 

 

nokia-logo VSsony-ericsson-logo

Ah, persaingan sengit antara 2 jenama pengeluar telefon bimbit di seluruh dunia. Kedua-duanya menawarkan fungsi telefon bimbit asas yang sama, dengan sedikit perbezaan dari segi fungsi.

Nokia, merupakan antara pelabur utama di negara haram Israel. Malah, ia mempunyai sebuah pelan projek kajian tersendiri yang dinamakan Project Israel, serta melaburkan sehingga 500 Juta USD! Bayangkan sekiranya satu dollar dijadikan satu peluru kepada penduduk Palestin, betapa banyak peluru telah disumbangkan oleh syarikat ini!

Alternatif bagi syarikat ini, saya cadangkan kita beralih kepada model Sony Ericsson (SE)! SE merupakan sebuah company joint-venture antara syarikat terkenal Jepun, iaitu SONY dengan sebuah syarikat telekomunikasi Sweden, Ericcson. Syarikat ini berpangkalan di London, United Kingdom, serta tiada fakta @ bukti jelas menunjukkan penglibatan syarikat ini dengan negara haram Israel.

Dari segi kualiti, bercakap secara peribadi (saya kini memiliki 3 buah SE yang digunakan sejak 5 tahun lalu), Sony Ericsson merupakan sebuah jenama yang tahan lasak. Telefon model K300i yang saya gunakan sejak saya SPM dahulu, masih boleh digunakan hingga sekarang!

Namun, kebanyakan telefon bimbit SE tidak support aplikasi .sis, justeru membawa sedikit kekurangan. Sungguhpun begitu, sepanjang saya menggunakan telefon bimbit, saya tidak rasa saya perlu guna fungsi tersebut pun!

Bagi yang tidak pernah cuba SE, saya syorkan anda cuba menggunakannya, pasti anda akan berpuas hati! Saya pernah juga cuba menggunakan telefon Nokia untuk beberapa ketika, namun sayang, bagi pendapat peribadi saya, saya lebih gemarkan Sony Ericsson!

DISNEY VS ANIME!

Disney merupakan sebuah channel television yang terkenal di seluruh dunia! Boleh dikatakan mana-mana kanak-kanak di dunia ini yang mempunyai akses TV antarabangsa, pasti mengenali syarikat Disney ini. Setelah mengukuhkan kedudukannya dalam arena TV, Disney mengorak langkah lebih jauh ke dalam bidang lain seperti filem, muzik dan pakaian, namun masih lagi disasarkan kepada golongan kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, Disney menyokong pertubuhan negara haram Israel, serta Israel juga turut mengeluarkan dana yang tersendiri menggerakkan program-program anjuran Disney!

Alternatif yang saya ingin cadangkan, adalah sebuah genre animasi dari Jepun, iaitu lebih dikenali ramai sebagai ANIME! Anime merupakan genre kartun yang pasti mampu menarik minat kanak-kanak di seluruh dunia kerana kecomelannya serta mempunyai banyak persamaan dari segi persekitaran yang ditonjolkan. Justeru, ianya mudah sekali diasimilasi dalam kelompok kanak-kanak, sekaligus mengurangkan “kebergantungan” kanak-kanak kepada Disney.

Walaubagaimanapun, anime menggunakan bahasa Jepun sepenuhnya sebagai bahasa perantaraan. Namun, jika ada yang mengatakan Disney sesuai sebagai medium pembelajaran bahasa Inggeris, banyak lagi medium-medium pembelajaran bahasa Inggeris yang lain yang lebih sesuai! Malah, siapa sangka, dengan menonton anime kanak-kanak turut berminat menguasai bahasa Jepun juga? =)

Perlu diingatkan, anime itu sendiri perlu dikawal tontonannya. Sesetengah anime, mempunyai aksi-aksi yang kurang sesuai kepada kanak-kanak, mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan sebagainya. Walaupun semakin banyak anime yang memupuk sifat positif seperti persahabatan, perjuangan dan sebagainya dikeluarkan, pilihan terbaik tetap adalah meninggalkan perkara ini secara terus. Hiburan merupakan satu bentuk penyerangan ke atas akidah umat Islam, baik dari Yahudi mahupun dari mana-mana sekalipun. Berhiburlah mengikut syariat Islam, dan sesungguhnya menjauhi hiburan-hiburan melampau dan tidak mengikut syariat ini adalah yang terbaik bagi kita selaku Muslim!

**Intel dan Disney telah dikeluarkan daripada senarai penyokong/pendokong Israel berdasarkan senarai terbaru dikeluarkan oleh InMinds.Com, sebuah laman web di UK yang mengkaji syarikat-syarikat yang menyumbangkan dana terus kepada Israel.-MHusaini

KESIMPULAN

Terdapat banyak alternatif lain selain produk-produk yang menyokong perjuangan Israel ini. Kita cuma perlu bukakan minda, luaskan perspektif, maka pilihan-pilihan tersebut pasti lebih baik kepada kita, inshaAllah!

Perlu dinyatakan, alternatif yang saya nyatakan di atas bukan alternatif terbaik yang ada! Alternatif yang saya berikan adalah berdasarkan kepada kualiti produk/jenama yang paling menyerupai produk asal. Namun, alternatif yang terbaik bagi jenama-jenama tersebut pastilah jenama MUSLIM!

Justeru, jika anda merupakan seorang ahli farmasi @ ahli kimia, maka ciptalah sebuah minuman baru bagi menyaingi CocaCola dan PEPSI! Jika anda merupakan seorang pengusaha makanan/restoran, maka bangunkanlah jenama francais makanan segera anda yang tersendiri! Jika anda merupakan seorang jurutera komputer, maka keluarkanlah sebuah cip komputer yang setanding dengan Intel dan AMD! Jika anda merupakan seorang jurutera telekomunikasi, maka hasilkanlah sebuah telefon bimbit yang setaraf dengan Nokia dan Sony Ericsson! Dan jika anda seorang jurutera multimedia @ kartunis @ juruanimasi, jom hasilkan trademark animasi kita sendiri, animasi MUSLIM!

Sudah jelak dan muak kita menggunakan produk-produk mereka. Ayuh, mari kita mencorakkan masa depan dengan produk-produk berlandaskan syariah dan bersama kita hiasi kegemilangan Islam di masa hadapan!

(PS : Boikot, boikot juga. Tapi jangan lupa usahakan ikhtiar yang lain juga! Jangan lupakan Qunut Nazilah! Jangan lupa terus mengeluarkan derma dan sedekah! Jangan lupa, ceritakan mengenai perihal Palestin kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda! Jangan lupa terus berdoa! Percayalah, boikot sahaja tidak cukup, anda mampu lakukan yang lain!)

Disalin semula daripada: Leokid’s Lifepada 10 Januari 2009.

Terima kasih dan Jazahullahu khairan kathira kepada Akh Syamirullah atas artikel yang baik dan berinformatif ini.

**Disiarkan semula untuk faedah pembaca pada 20 November 2012 dengan sedikit editan berdasarkan fakta semasa.

9 Responses to “UP: Alternatif Boikot!”


  1. 1IrAziz

    Nak copy ko pny post ni ke blog aku yer. Mintak izin in advance.

  2. 2husainibrahim

    Silakan, dan jangan lupa pautkan post itu ke pemilik asal tulisan tersebut.

  3. 3irshadian

    usaha boikot ini macam usaha burung hud-hud yang memadamkan api yng membakar nabi ibrahim. burung hud-hud mengangkat air untuk memadam api dengan paruhnya. kalau dilihat, usaha memadam api dengan air drpd paruh seekor burung memang suatu yang tidak signifikan, tetapi usahanya adalah bukti kepedulian

  4. 4faizah

    Macam mana kita nak tahu samada produk tertentu terlibat dalam ‘menyumbangkan’ dana ke Israel?

    Apa ‘dalil’ (bukti) mereka terlibat?
    yela, sesetgh org kata KFC tu terlibat, tapi dalam artikel ni sebagai alternatif pula..

    hmm..

  5. 5husainibrahim

    Pada setiap jenama di atas, dalam perenggan berikutnya ada penerangan yang terperinci tentang kaitan syarikat tersebut dengan Israel, boleh klik pada pautan tersebut dan sila baca dengan teliti ya.

    Adapun mengenai KFC, juga telah tertulis di atas mengenainya, baca dengan teliti ya.

  6. 6guest

    Assalamu’alaikum.Saya rasa KFC ni kena ade hitam putih daripada pihak KFC dan disokong oleh PPIM. Wallahu A’lam

  7. 7husainibrahim

    Wa’alaikumussalam warahmatullah. Kempen boikot yang dilancarkan oleh PPIM sendiri tidak memasukkan KFC sebagai salah satu produk sasaran. Rasanya PPIM sendiri telah aware akan ketidakterlibatan KFC (terutamanya KFCH Malaysia) dengan Israel. Allahua’lam.

  8. 8firdaus

    minta izin untuk mengambil maklumat ini utk dimasukkan ke dlm blog sy…

  9. 9husainibrahim

    Dipersilakan dengan segala hormatnya 🙂

Leave a Reply