Apabila anak mengangkat tangan berdoa di depan tandas

sumber

“Umi, nak pergi tandas…” rengek seorang ‘Ammar. Manja sungguh bunyinya.

“Hmm, jangan lupa baca doa sebelum masuk, ya!” jawab lembut seorang ummi seraya memberi tunjuk ajar

Sambil menanggalkan seluarnya, si ‘Ammar lepasan tadika Islam itu berdiri tegak di depan pintu tandas dan…

Allahumma inni…” dia berdoa sambil mengangkat tangannya. Khusyuk sekali!

Aduh! Menepuk dahi bapanya yang bergelar Abu ‘Ammar itu melihat gelagat anak sulungnya itu

“Aku yang salah ajar ke, atau Ustaz dia yang terlebih ajar,” getus hati si Abu.

Sambil menunggu ‘Ammar menyelesaikan misinya, si bapa ‘Ammar membuka rakaman program Fekah Tandas yang belum ditontoninya itu. Program yang menampilkan Ustaz Fadlan Mohd Othman dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya membincangkan segala sunnah dan yang disalah anggap sebagai sunnah mengenai ‘hal ehwal tandas’.

1 Response to “Apabila anak mengangkat tangan berdoa di depan tandas”


  1. 1irshadian

    adakah kisah ammar itu adalah untuk induce pembaca, sangat la menarik

Leave a Reply