Bir Tanpa Alkohol

Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

KUALA LUMPUR 7 Mei – Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengunjung MIHAS 2009 mencuba bir tanpa alkohol (Kredit berita & gambar Utusan)

1. Bukan semua orang Arab itu alim, tahu pasal Islam. Saya sudah bekerja, berbual dan memerhatikan tingkah laku mereka secara dekat selama 4 tahun. Dan Iran itu bukan negara Arab. Ia negara Parsi. Tapi biasalah, orang kita akan pukul rata mana-mana datang dari Timur Tengah adalah orang Arab. Dan tanggapan kita selalunya adalah mereka (orang timur tengah) adalah lebih alim dari orang Melayu yang tak fasih dan pandai sangat cakap Arab ni.

2. Dalam kes Iran ini, satu lagi yang perlu diperhalusi adalah isu Syiah.

3. Berkaitan dengan hukum arak yang ada dibahaskan dalam 4 mazhab Sunni, memang ada sedikit perselisihan. Tetapi perselisihan itu sudah dirungkai lama.

4. Mazhab Hanafi ada menyebut, al-khamr (arak) adalah minuman yang dibuat daripada anggur. Maka selain daripada al-khamr maka ia boleh diminum. Sebab apa yang disebut oleh Allah swt dalam al-Quran adalah perkatan al-khamr.

5. Tetapi mazhab yang lain menyatakan, apa-apa yang memabukkan adalah haram. Bukan sahaja al-khamr. Air tapai, air nira kelapa pun boleh jadi haram kalau ianya memabukkan. Apatah lagi kalau namanya beer, wine, champagne dan seterusnya.

Kenapa Mazhab Hanafi Berpandangan begitu ?

1. Kita perlu faham, Imam Hanafi ini adalah orang Kufah. Jauh tempatnya dari sumber hadis yang utama ketika itu iaitu Madinah. Maka, ada ijitihad yang dibuat oleh Imam Hanafi ini tanpa berlandaskan hadis yang shahih.

2. Isu bahasa. Sebab pada pengertian mereka, al-khamr itu adalah minuman daripada anggur sahaja. Macam kita lah, orang Kelantan cakap , “Gi selalu.” Selalu dalam konteks itu maksudnya “sekarang.” Tetapi orang luar Kelantan faham “selalu” tu adalah “sering dibuat”.

3. Dan pandangan tersebut telah dibalas oleh ulama lainnya yang menyatakan pendapat Mazhab Hanafi itu tidak tepat.

4. Ia berdasarkan hadis-hadis yang ada menyebut setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Bir tanpa alkohol

1. Adakah alkohol adalah illah pengharaman arak ? Tidak. Sebab haramnya arak sebab ia memabukkan.

2. Maka apa-apa sahaja yang memabukkan boleh jadi haram. Tidak kisahlah namanya apa.

3. Barangkali ada yang tanya, “Macam mana kita nak tahu sesuatu tu memabukkan atau tidak ? Jadi, apa salahnya kita rasa dulu bir tersebut. Dah mabuk, baru kita boleh sahkan ia haram!” Maaf. Bukan macam tu ya tuan-tuan.

4. Sekarang juga ada ilmu sains. Jadi seharusnya orang dalam bidang kimia boleh tahu apakah bahan-bahan kimia yang menyebabkan sesuatu itu boleh memabukkan. Jadi, ujian secara saintifik patut dibuat terhadap produk sebegini oleh pengeluar cop halal. Apatah lagi kalau ia dinamakan bir. Apatah lagi kalau ia boleh masuk ke dalam ekspo perniagaan semacam Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS).

5. Jadi tuan puan yang sudah membaca blog ini, berhati-hatilah. Jangan sesekali anda yang telah membaca blog Pakdi.my ini mencuba minum, atau berhasrat menjadi pengedar produk tersebut. Enggak boleh sih!

**Disalin semula daripada blog Pakdi.my

TAMBAHAN INFO

Soalan:

Salam,
Secara umum mengetahui arak adalah haram. Tapi sekiranya suatu masa teknologi dan kepakaran manusia yang dikurniakan Allah boleh memisahkan unsur yang memabukkan di dalam arak tersebut, apakah hukum meminum arak itu?

Wassalam

Jawapan:

 

Hukumnya difatwakan haram. Antaranya Islam Online 12/07/2003, Majlis Fatwa Singapore (31/05/2007). Hujah IOL ialah pengesahan dari pengilang arak USA bahawa walaupun ada teknologi untuk menyahkan alkohol dari arak/beer, namun ia tidak mungkin dapat dinyahkan 100%. Maka jika ada saki baki alkohol dalam beer, maka ia tetap menjadikan beer itu haram berdasarkan dalil hadith:

” apa yang banyaknya memabukkan, jika sedikitpun haram juga.” (HRr Ahmad, Abu daud dan Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Irwaa’ (2375)

Fatwa Singapore pula menambah kerana ia menyokong dan menyuburkan budaya arak dan selaras dgn kaedah syarak: Sadd adDzaara’iy (menutup pintu-pintu fitnah dan kejahatan), yakni jika bermula dengan arak tanpa alkohol akhirnya akan membuka lubang kepada arak yang beralkohol. Sekian.

Sumber: Al-Ahkam Online

27 Responses to “Bir Tanpa Alkohol”


  1. 1IrAziz

    They should just the word \\"juice\\" instead of beer. Kenapa nak guna gak perkataan beer tuh kalo bnda tuh x haram? Hmmm…

  2. 2faizah

    Salam.
    Thanks for the nice brief explanation.
    memang agak terkejut juga, booth dia besar, banner tulisannya juga besar, “NON ALCOHOLIC BEER”
    huhu.
    keliru..memang keliru.

    MIHAS tahun ni, ada beberapa booth yg agak ‘meragukan’.
    tapi, maaflah tak buat analisa tentang MIHAS lagi…cuma secara keseluruhan sahaja.

  3. 3Frank

    Benda ni dah lama rasanya

    Sebelum ana masuk UIA dulu (rasanya nta dah ada), benda ni dah ada dijual sewaktu Convest.

    Tulis terang2 “Arak tanpa alkohol”. Botol, warna sebiji macam arak.

    DYQ dah keluar fatwa pasal ni ke belum?

  4. 4Husaini

    Frank, memang waktu ana second year ada gerai Syiah di Convest waktu itu. Memang ada sample beer ‘halal’ untuk dicuba. Memang botolnya sama macam gambar di atas. Tapi waktu itu sekadar di UIA, ini dah ke peringkat MIHAS, antarabangsa, tentula tidak boleh dipandang enteng lagi, nak-nak ia cuba dikomersilkan dan diedarkan di Malaysia.

  5. 5Husaini

    Ingénieur Aziz, memang mereka nak guna perkataan beer dengan alasan kononnya boleh menjauhkan peminum arak dan beer yang haram dan memabukkan kepada yang halal dan tidak memabukkan. Selain itu, the word beer is more catchy than just juice

  6. 6Husaini

    Catatan perjalanan ada di blog HangLiJo, tapi tak ada analisalah, kalau rajin tulislah di blog al-Faizah pula 😀

  7. 7irshadian

    ini agenda siapa lagi ni, yg sampai ke mihas, confirm la nak kelirukan masyarakat

  8. 8ariff.arifin

    yang jadi masalah bila ada segelintir ‘orang kita’ yang menyokong.

    para salaf sangat menitik beratkan penggunaan istilah. hatta Nabi SAW sendiri melarang penggunaan nama al-karm untuk anggur, tapi lebih suka jika ia dipanggil al-3inab. alasan baginda, al-karm itu adalah gelaran yang hanya sesuai untuk hati orang-orang mukmin.

    bagi orang yang tak ambil berat, larangan Rasul Allah itu satu benda yang enteng, apalah sangat pada nama. Tapi bagi orang-orang mukmin, mereka akan faham bahawa nama atau istilah yang tidak baik akan membawa natijah yang tidak baik.

    kita hidup di dunia mengharapkan redha Allah. kalau suatu nama yang dinisbahkan kepada suatu yang haram maka kita akan pisahkannya daripada Islam. kenapa tak namakan anak anda sebagai Ram, atau Vishnu?

    kalau berdalilkan yang ‘beer halal’ itu peratusan alkoholnya rendah; atau bagi alasan tapai pun ada alkohol, maka minumlah. bukan melarang minum, tapi kenapa perlu letak nama BEER. kita tahu beer salah satu kategori arak; semacam wine, whiskey, champagne, rum, etc.

    kalau dah namanya memang affiliate dengan arak, atau khamr. mana letaknya kedudukan agama?

    ada orang berpangkal nama ‘ustaz’ kata, dia dari kecik sampai sudah beruban minum beer halal. kalam fadhi. mana hendak jumpa beer halal masa 30 tahun dulu? istak yang iran perkenalkan pun baru berumur paling lama 2 tahun. kalau setakat minum barbican atau musi, jangan kata itu beer halal. nanti tidak pasal-pasal kredibiliti sebagai ‘ustaz’ tercalar.

  9. 9husainibrahim

    Komen yang baik, Ariff. Komplimentari untuk artikel di atas. 😉

  10. 10faried

    1. “alasan kononnya boleh menjauhkan peminum arak dan beer yang haram dan memabukkan kepada yang halal dan tidak memabukkan”

    Adakah peminum arak/beer itu minum kerana namanya, rasanya, atau sifatnya yang boleh memabukkan?

    2. Teringat kata2 jenaka seorang ustaz, “Arak ni tidak dinajiskan oleh masyarakat kita sedari kecil. Yang dinajiskan ialah babi dan dadah. Sebab itu tengah tuang arak, babi lalu dia lompat atas meja”

  11. 11Masrizal Mokhtar

    A&W di Malaysia dah lama jual ROOT BEER … tapi takde siapapun (umat Islam) yang bantah.
    Satu lagi minuman yang boleh dibeli dimana-mana kedai runcit adalah GINGER ALE ataupun GINGER BEER.
    Kedua-dua minuman ini memang takde alkohol tapi masih gunakan nama BEER …

  12. 12Aida :)

    sekarang, saya ada pertanyaan.
    contohnya, Barbican, tertulis di depan botolnya,
    “non-alcoholic”.
    namun, di bahagian ramuannya, terdapat Malt dan Hops.
    jadi, adakah minuman itu halal untuk diminum ?

  13. 13husainibrahim

    Saya mengandaikan saudari juga pernah meminum Barbican tersebut sama ada di kedai-kedai makanan Arab atau di negara Arab sendiri.

    Barbican merupakan produk minuman sebuah syarikat milik warga Saudi bernama Aujan Industries. Aujan Industries ditubuhkan pada 1909 oleh Ahmad Aujan yang berasal dari Bahrain (masa tu Bahrain dgn Saudi ni satu).

    Justeru, mengetahui ia adalah produk Muslim dan diterbitkan pula di negara Saudi yang peratus Muslim yang tinggi dan mempunyai kawalan terhadap produk makanannya, kehalalannya tidak menjadi pertikaian lagi. Wallahua’lam.

  14. 14nana

    Assalamualaikum.

    saya nak utarakan kemusykilan.

    adakah minuman “barbican” itu halal?
    kerana saya lihat packaging seperti
    botol arak. ianya diperbuat daripada
    malt. saya tidak pernah merasainya tapi
    saya lihat ada sesetengah kawan saya gemar
    meminum barbican. ianya adalah produk dari dubai.

    *kenapa tulis non-alcoholic drink tapi botol
    tak ubah seperti alcoholic drink?

    http://www.facebook.com/?ref=logo#!/pages/BARBICAN-MALAYSIA/135879913110001

  15. 15Husaini Ibrahim

    Wa’alaikumussalam warahmatullah,

    Saudari nana,
    Saya sendiri meminum minuman tersebut. Bahkan ia halal tanpa was-was. Sekiranya botol yang menjadi persoalan, rasanya sesetengah botol kicap dan botol air F&N yang dijual dulu kala juga mempunyai bentuk sedemikian rupa. Ia ditulis non-alcoholic drink mungkin untuk mengelakkan kekeliruan, Wallahua’lam.

  16. 16hamba Allah

    Beras itu halal di proses jadi tapai tetap halal tetapi apabila menjadi arak ia nya haram. Barbican mana datang haramnya, bahaya beb mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Harap dirujuk kepada yang pakar, jangan tafsir sebarangan. Was-was itu senjata syaitan melemahkan orang Islam, harap rujuk, dan jangan jadi alat perosak pada kemajuan Islam.

  17. 17Husaini Ibrahim

    Ya, betul itu. Terima kasih.

  18. 18mohd

    salam semua..
    sy hanye nk kongsi pengalaman,byk blog2 yg hentam psl air barbican mcm2 dia ckp psl air tu x halal lah bt same mcm air BEER lah,padahal air tu org 100% islam kite bt..mule sy was2 juge dgn air barbican ni,hari2 gaduh dgn taukey kdai arab tu mintak sijil halal dr nye,memang taukey tu x dpt bg sijil halal dr jakim,cume dpt bg sijil dr klang AUJAN INDUSTRI je..
    oleh kerna sy ingin menjadi pembekal air barbican,sy sendiri hantar 1botol ait barbican ke JAKIM CYBERJAYA utk test kandungan alkohol didalamnye dan pihak JAKIM menghantar sample tersebut ke JABATAN KIMIA NEGARA utk proses tersebut,ternyata zero alkohol!!!pihak JAKIM x blh mengeluarkan surat menyatakaan air barbican itu halal atau x halal sbb pihak JAKIM harus membuat lawatan ke kilang tersebut terlebih dahulu..
    Ape yg sy dpt info dr pihak JAKIM,pihaknye tgh menunggu duit deposit dr AUJAN INDUSTRI utk pihak JAKIM dtg ke sane utk mengesahkan dan melihat proses2 air tersebut dibuat..
    Ape yg blh sy katekn disini air barbican memang org islam% yg bt dan yg jual kt KL pn org islam% kite..terpulang anda semua utk fikirkannye…
    MOHD-012-2377132 BARBICAN

  19. 19Husaini Ibrahim

    Jazakallahu khairan kathiraa atas tambahan saudara.

    Tak sangka panjang pulak perbincangan pasal Barbican ni..asalnya Bir Tanpa Alkohol je.

  20. 20farid

    Pameran Halal Antarabangsa ataupun (MIHAS) dalam singkatannya menjadi pencetus kepada revolusi industri pemakanan halal di peringkat antarabangsa. Malaysia di kaca mata dunia di lihat menjadi peneraju dalam industri pemakanan halal dan ia terkesan dalam membuka banyak peluang khususnya pada umat Islam untuk memperkenalkan produk halal di mata dunia. Antara produk diperkenalkan yang pernah menjadi tumpuan media pada MIHAS Tahun 2009 dahulu ialah Arak Halal atau Beer Halal.

    Apa itu Beer Halal? Beer Halal adalah sejenis minuman ringan @ Soft Drink @ air berkarbonat, yang diperbuat daripada sumber pertanian gandum yang dihasilkan bukan bertujuan membuat arak dan TANPA melalui proses penapaian (fermentation @ proses buat arak). Tiada alkohol. Halal diminum.

    Sila rujuk e-Fatwa (JAKIM)http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-berkaitan-etil-alkohol-dalam-makanan . Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan.

    Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan (No. 3):
    “Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.”

    *proses penapaian ialah proses semula jadi yang digunakan untuk membuat arak atau menghasilkan alkohol (brewing). Di Eropah penapaian arak dilakukan dengan menambahkan gandum, air dan juga bahan-bahan tertentu kedalam tong-tong kayu besar. Tong-tong yang berisi bahan-bahan tersebut disimpan dalam tempoh yang lama di suatu tempat dan dibiarkan selama hampir 1 hingga 4 minggu (untuk pematangan) dan daripada itu proses penapaian akan berlaku. Semakin lama proses penapaian semakin sedap arak yang akan terhasil, kandungan alkohol juga akan bertambah (bergantung pada cara pembuatan).

    Kesimpulan daripada sumber-sumber yang aku peroleh, ada segelintir yang mengatakan Beer Halal adalah arak dan haram diminum, tak kurang nya juga yang mengatakan Beer Halal adalah bukan sejenis arak dan halal diminum. Bagi aku, aku merasakan Beer Halal boleh diminum dan halal jika proses pembuatan itu tidak sama dengan pembuatan arak (tidak melalui proses penapaian) dan tidak ada kesan mabuk selepas meminumnya, Wallahu a’lam. *sila rujuk semula e-Fatwa (JAKIM) bagi mendapat kepastian.

  21. 21Wan

    Assalamualaikum…

    Root Beer & Ginger Beer kalau ikut sejarah, mmg dibuat dgn cara beer dibuat…tp skrg ni root beer & ginger beer dibuat dgn cara carbonated drink (proses ni lebih menjimatkan dan lebih mudah)…boleh rujuk wiki atau google saje tentang 2 air nih…

    non-alcoholic beer ada ‘beer’ dlm namanya sbb cara buatan sama mcm beer, cuma diperingkat akhir, kndungan alcohol tu disaring…tp sejauh mana ‘bersihnya’ alcohol yg disaring tu, wallahualam…

  22. 22Wan

    thanks for the info… cuma tertanya2, kalau cara pembuatan air barbican mcm soft drink, knp air ni dlm kategori ‘Beer Halal’? knp tak soft drink je terus? huhu…

    satu lagi, botol dia tu sangat2lah boleh menimbulkan fitnah pd peminum dan fitnah pada agama…hari tu ada sorg ppuan betudung minum air ni, dari jauh mmg mcm dia tgh tonggang arak..kwn aku bdk cina ni tanya “org islam sudah boleh minum arak ka?”

    teringat hadis Rasulullah “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu”. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a).

    Wallahualam…

  23. 23zwann

    Assalamualaikum,

    Saya terbaca banyak komen tentang Barbican dalam ruangan ni, setakat ni nampaknya Barbican boleh diminum oleh Muslim. Saya nak tahu bagaimana dengan beberapa minuman non-alcoholic yang lain yang dikatakan serupa dengan Barbican?

    Botol tersebut ada tertulis non-alcoholic, tapi di tepi botol tertulis 0.0%. 0.0% masih dikira ada alcohol lagi bukan? Saya khuatir rakan Muslim mungkin terkeliru dengan perkara ni.

    Saya teringat rakan saya yang pernah berkerja di hotel menberitahu chef hotel tersebut menghidangkan pasta “halal” yang menggunakan wine. Apabila rakan saya menanyakan hal ini pada chef tersebut, chef mengatakan ianya halal kerana kepanasan kuali telah menguraikan alcohol wine, jadi ia tidak lagi memabukkan. Perkara ini meragukan.

  24. 24xxx

    assalamualaikum…

    minta seseorang postkan gambar/senarai bir2 halal ni agar kita lebih waspada..persoalan2 di atas nmpak betol keberkesanan snjata was2 syaitan lknatullah. harus hati2 dengan proxy musuh islam juga.

    bila masing2 sudah tahu jenama/nama beer2 ini, masing2 boleh menilai sendiri. yakin dengan hati. segalanya bermula dengan niat. sekarang, utk mengahrap sumber internet sukar.

  25. 25mohd s

    salam,

    saya tertarik melihat satu perbincangan yang begitu panjang. ramai yang keliru juga tentang alkohol. alkohol terhasil akibat proses penapaian dan ianya secara sains sama ada etanol, metanol dan sebagainya sedikit sebanyak terkandung dalam pelbagai makanan yang dibuat dari bahan tumbuhan dan menjalani proses pemeraman. contohnya, tapai, tempeh dan sebagainya. jadi dikalangan ulamak sendiri ada khilaf tentang alkohol. yang jelas tiada khilaf ialah tentang haramnya arak.
    dari contoh si chef yang mengatakan alkohol itu menguraikan wine dalam pasta, prosesnya betul. namun ianya tetap haram kerana wine itu najis dan najis serta penggunaan arak walaupun sedikit, telah menyebabkan masakan itu haram.
    berbalik kepada beer halal, ianya ada keburukan kerana imejnya menyerupai perbuatan meminum beer/arak.
    kandungan malt dan sebagainya bukan ukuran kerana horlicks turut dibuat dari malt. kalau nak kirakan bahan, nira kelapa pun menggunakan bahan sama dengan toddy cuma toddy menjalani proses pememraman hingga menjadi minuman yang memabukkan.
    sebaik-baiknya pihak berkuasa meneliti produk ini bukan sekadar kadungan alkohol sahaja, namun dari segi budaya meniru yang kurang elok dan aspek lain.

  26. 26imran

    Salam, jadi, sekarang ni isu “barbican haram” baru saja bangkit about a week ago kalau tak silap. tetapi, kalau ada “ujian secara saintifik patut dibuat terhadap produk sebegini oleh pengeluar cop halal.”, minuman barbican ni sangat popular di Kuala Lumpur sebelum minuman ini popular di negeri2 lain (cth: kelantan). mengapa sampai sekarang baru isu ini boleh naik? kenapa tidak semasa minuman itu baru dipasarkan (mungkin impossible la), atau mengapa tidak semasa minuman itu sedang popular di khalayak remaja terutamanya (?). sebab setahu saya, kalau diumumkan perkara sebegini, kalau nak berkata pasal was-was, saya memang tidak was-was kerana siap ada tanda halal pada botol tersebut (hanya contoh). jadi sekarang, tolong berikan sedikit sebyk info yang boleh dikongsi tentang isu minuman ini. tq

  27. 27sofia

    baru je minum air barbican tu tadi, perasa strawberry, sikit pun tak was2 walaupun isu ni dah ditimbulkan baru2 ni. pendapat saye lah kan, mmg boleh timbul fitnah bile seseorang Islam dilihat dari jauh sedang menonggang botol hijau tersebut. nampak macam minum arak. kenapa ek syarikat tu tak gune botol air biasa? minum dlm kete pun org dh tgk semacam. ni kan minum kt public. ok better takyah minum la.. layan Ribena lagi syok. hehe

Leave a Reply