Buletin

Kalau tengok tarikh kat sebelah pada hari ini dah 17 Sya’ban 1429. Dah separuh dah Sya’ban berlalu, baru teringat nak letak Buletin Momentum (Edisi Sulung) keluaran INTIS di sini. Xpela, benda kebaikan ini tak ada istilah dah terlambat, betul tak? Mudah-mudahan, tak banyak dapat kebajikan, sedikit pun jadilah daripada blog saya ini melalui Momentum yang saya paparkan pautannya di sini. Saiznya terlalu besar untuk saya paparkan kesemuanya dalam kiriman ini.

Momentum Luar

Momentum Dalam

Oh,ya..apa sebenarnya Momentum ni..Institut al-Imam asy-Syafie (INTIS) Consultant telah menerbitkan buletin berkalanya bertajuk Momentum dengan tema Memacu Arus Tajdid. Momentum diterbitkan dengan harapan dapat menyampaikan Islam kepada orang ramai terutamanya warga UIAM mengenai sunnah-sunnah yang berkaitan dengan hidup kita. Memandangkan Edisi Sulung ini diterbitkan dalam bulan Sya’ban, maka fokusnya mengenai amalan-amalan sunnah dalam bulan ini. Insya Allah Edisi Angah (:p) nanti akan memfokuskan mengenai Ramadhan.

Berjumpa lagi ya, wassalam.

0 Responses to “Buletin”


  1. No Comments

Leave a Reply