Archive for the 'Ekonomi' Category

Majlis Fatwa: Syarat-syarat Pelaburan Emas

Parameter Pelaburan Emas

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Continue reading ‘Majlis Fatwa: Syarat-syarat Pelaburan Emas’

Riba, bunga dan interest

“Mak, itu duit apa?” tanya saya.

“Itu duit bunga bank. Mak asingkan supaya tidak bercampur,” jawab emak ringkas menerangkan. Sememangnya di luar bekas tersebut tertulis perkataan ‘Bunga Bank’

“Kenapa pula tidak boleh guna?” tanya saya kurang mengerti.

“Sebab dari bank yang tidak Islam. Riba. Hukumnya haram. Tok Guru Nik Aziz kata duit riba kena belanja buat tandas-tandas awam,” sambung emak lagi.

Itu pelajaran pertama saya mengenai riba. Lebih berbelas tahun dahulu. Biarpun saya tidak ingat umur saya ketika itu, namun pelajaran pertama itu melekat dalam minda sehingga kini. Hasil berkat pendidikan ibu sendiri.

Continue reading ‘Riba, bunga dan interest’

Menjawab beberapa persoalan kelemahan Operasi Perbankan Islam

Jawapan di bawah disediakan oleh Ustaz Wan Norhazikie Wan Abdul Halim, Pegawai di Jabatan FOREX, Bank Negara Malaysia merangkap Panel Ekonomi, Al-Fikrah.Net. Artikel asal berkenaan Operasi Perbankan Islam bertajuk: “ENAM KELEMAHAN UTAMA OPERASI PERBANKAN ISLAM” oleh Dr Muhammad Shabri Abdul Majid, Pensyarah UIAM.

1. Cara pembiayaan bank Islam masih didominasi oleh sistem mark up (menaikkan harga) berbanding sistem profit-loss sharing (bagi hasil). Walaupun sistem pembiayaan mark up dianggap ‘halal’, ia harus dihindari dan dihadkan. Ini kerana menurut Siddiqi (1983) dan Khan (1987), sistem ini akan membuka pintu belakang bagi amalan riba.

Continue reading ‘Menjawab beberapa persoalan kelemahan Operasi Perbankan Islam’

Proton MPV : Tempahan dan Ulasan Hukum


Yang ini atau…


yang ini?

Exora dapat sambutan hangat
PETALING JAYA 21 Feb. – Kenderaan belum siap. Rupa bentuk fizikalnya pun tidak diketahui umum tetapi tempahan sudah mula diterima.

Continue reading ‘Proton MPV : Tempahan dan Ulasan Hukum’

Kertas ‘bernilai’ yang tiada nilai

Cuba tengok dompet anda. Ada berapa keping wang anda? Kita pernah terfikir tak dari mana asal-usulnya wang ini.

“Alaa, dulu pun ada dah duit ni..kan zaman dulu orang berurusniaga guna wang apa..pokok pisang?” jawab seorang kawan.

“Dulu orang pakai dinar..dirham..zaman sekarang dah tak pakai dah, zaman sekarang jadi RM, USD, Euro..” mungkin itu tekaan sebahagian daripada kita.

Continue reading ‘Kertas ‘bernilai’ yang tiada nilai’