Beberapa siri kuliah Ust Abu SAIF untuk dimuat turun

1. Imbauan Kisah Pembukaan Kota Qastontiniyyah (22 Disember 2008) [KLIK]

usthaswm29122008

2. Siri Terakhir Kisah Nabi Yusuf a.s. – Yusuf dan Kemenangan (29 Disember 2009) [KLIK]

3. Isu Palestin_Antara Muslim Ilusi dan Yahudi Realiti (12 Januari 2009) [KLIK]

4. Meneladani Kejatuhan Uthmaniyyah (bhg I)(21 Januari 2009) [KLIK]

usthaswm11022009

Read More

Sekitar Kuliah Maghrib Ust Hussein Yee

Pada dua malam yang lepas, saya berpeluang mengikuti Kuliah Maghrib di Surau an-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju. Kuliah Maghrib disampaikan oleh al-Fadhil Ust Hussein Yee, Pengerusi al-Khaadem Foundation yang bertempat di Sungai Kayu Ara, Damansara.

Ust Hussein Yee bukan figura asing bagi saya. Telah beberapa kali saya mendengar ceramahnya baik melalui video, menghadiri markaz al-Khaadem ataupun di UIA sendiri. Namun, untuk mengikuti kuliah berkala seperti di surau ini, ini merupakan kali pertama. Read More

Puasa: Kenapa badan bertambah berat?


Oleh:Dr. Mohd Zamrin Dimon
Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru HUKM
Presiden Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

PUASA adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.

Read More

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday

Oleh
Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman (UZAR)

www.zaharuddin.net

(Artikel asal saya tulis dalam bahasa Inggeris, sila rujuk ruangan english (di zaharuddin.net), ini adalah versi terjemahan yang diusahakan oleh Pak Usu, namun begitu saya telah mengubah suai dan menambah beberapa perkara lagi agar lebih mudah difahami)

Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim dalam blog popularnya (Malaysia Today). Sumber

Read More

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Oleh Dr Osman Nasir

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Read More

Puasa Tidak Boleh Berpisah daripada Dalil Sunnah

“TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.”

Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunnah Nabi maka ia tidak diterima.

Read More

Buletin II

Salam sejahtera untuk semua,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di alam maya. Entri kali ini ringkas saja, semata-mata untuk memberitahu anda semua bahawa kita semakin menghampiri Ramadhan. Bulan pose, kata budak-budak. Bulan yang dinanti-nantikan ahli ibadah dan ahli ilmu kerana Ramadhan bagaikan pesta ibadah yang menjanjikan seribu satu keistimewaan buat yang bersungguh inginkannya. Apa-apapun saudaraku sekalian, Momentum Edisi Kedua telah menggariskan panduan berRamadhan atas petunjuk sunnah. Ayuh, kita review, muat turun, dan sebarkannya.

DOWNLOAD DI SINI

Ayuh, kawan-kawanku sebarkan kebaikan walau di mana jua anda berada!