Antara yang dijanjikan dan dihebahkan

Yang Dijanjikan…

Salinan surat jaminan bertulis yang diberikan oleh PGSM untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadap Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Untuk gambar yang lebih jelas, sila klik di sini.

Bkt Mertajam (6 Nov 2009): Dr. Mohd Asri Zainul Abidin masih menunggu sehingga jam 7 malam tadi (6 November 2009) untuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menunaikan janji menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.-DrMaza.Com-

Read More

14 NGO Islam Membantah Penangkapan dan fitnah ke atas Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Senarai NGO Sunnah yang membantah penahanan kontroversi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta memorandum kepada Yang diPertuan Agong oleh Persatuan Peguan Syarie Malaysia (PGSM).

1. Institut al-Qayyim, Pulau Pinang

2. Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa Malaysia, Kuala Lumpur

3. Institut al-Mizan, Negeri Sembilan

4. Pertubuhan Kebajikan al-Qalam, Perlis

5. Akademi al-Faqeh, Selangor

6. INTIS Consultant and Training, Kuala Lumpur

Read More

Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsu

Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah. Ini bercanggahan dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain dalam Utusan.

Sila klik di sini untuk imei yang lebih jelas.

Dr Asri: Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.

-Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini.

Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini? Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!

-wartawan Minda Tajdid-

Sumber: DrMaza.Com

Kenyataan Dr Asri ditarik balik

Pihak drmaza.com telah menarik balik kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang telah disiarkan di portal Mstar Online bertarikh 10 Jun 2009, bertajuk “Dr Asri tidak setuju SIS diharamkan”. Penarikan balik ini disebabkan laporan berita tersebut kurang jelas dan kurang menyeluruh. Pihak kami memohon maaf di atas segala kesilapan tersebut. Terima kasih.

TERKINI!**Rakaman program Pidato Perdana tersebut sedang dimuatnaik di laman Youtube, para pembaca boleh mula menontonnya bermula di video ini. Rakaman diusahakan oleh perusahaan Paradisewood, jazahullahu khairal jazaa’.