Archive for the 'Sebaran Am' Category

Berhibur sejenak

Aku Bukan Musuh Harta

  Continue reading ‘Berhibur sejenak’

Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang

Semalam, bukan..sebetulnya dinihari tadi, di kala sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan mid-term hari ini, kadang-kadang gatal juga tangan ini melayari internet. Dari satu laman ke satu laman, akhirnya ku perasan ada 2,3 blog yang rancak mengiklankan filem dakwah dari seberang berjudul Sang Murabbi. Kali pertama ku tertancap pada iklan filem ini iaitu di weblog seniorku, Abu Syuaib.

Continue reading ‘Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang’

Puasa Tidak Boleh Berpisah daripada Dalil Sunnah

“TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.”

Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunnah Nabi maka ia tidak diterima.

Continue reading ‘Puasa Tidak Boleh Berpisah daripada Dalil Sunnah’

Buletin II

Salam sejahtera untuk semua,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di alam maya. Entri kali ini ringkas saja, semata-mata untuk memberitahu anda semua bahawa kita semakin menghampiri Ramadhan. Bulan pose, kata budak-budak. Bulan yang dinanti-nantikan ahli ibadah dan ahli ilmu kerana Ramadhan bagaikan pesta ibadah yang menjanjikan seribu satu keistimewaan buat yang bersungguh inginkannya. Apa-apapun saudaraku sekalian, Momentum Edisi Kedua telah menggariskan panduan berRamadhan atas petunjuk sunnah. Ayuh, kita review, muat turun, dan sebarkannya.

DOWNLOAD DI SINI

Ayuh, kawan-kawanku sebarkan kebaikan walau di mana jua anda berada!

Buletin

Kalau tengok tarikh kat sebelah pada hari ini dah 17 Sya’ban 1429. Dah separuh dah Sya’ban berlalu, baru teringat nak letak Buletin Momentum (Edisi Sulung) keluaran INTIS di sini. Xpela, benda kebaikan ini tak ada istilah dah terlambat, betul tak? Mudah-mudahan, tak banyak dapat kebajikan, sedikit pun jadilah daripada blog saya ini melalui Momentum yang saya paparkan pautannya di sini. Saiznya terlalu besar untuk saya paparkan kesemuanya dalam kiriman ini. Continue reading ‘Buletin’