Archive for the 'Seni dan Budaya' Category

Sekudus Pinangan

Udara nyaman dihela puas. Seharian terperuk di dalam teratak usang memang merimaskan. Rumah setingkat dari kombinasi binaan batu dan papan itu terletak jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan, berdiri rendah di celah penempatan yang masih dara. Kondisi persekitarannya aman diselimuti kehijauan alam dan bisikan unggas. Cukup mendamaikan. Kelihatan beberapa lembaga berkerudung gigih membersih sekangkang kera halaman. Sebahagian lagi sibuk merapikan batas yang padat berjenis sayuran segar.

Rembesan peluh amat melekitkan kulit. Terik mentari seolah-olah menembus lapisan pakaian yang lencun. Nis mencapai tuala kecil separa terlilit di leher lalu mengusap lembut wajahnya, membuang sisa-sisa peluh sambil menapak perlahan-lahan menuju buaian di bawah wakaf untuk melepas lelah. Sudah hampir tiga jam sekumpulan perempuan itu bergotong-royong. Nis membuang pandang pada sekeliling kawasan. Mindanya terawang-awang dipuput kenangan lalu, melayang melewati hikayat si penjerat.

“Kenapa Nis diam? Ada problem ke?”

Bebola matanya menengok pada gelas yang masih bersisa, sambil tangan ligat bermain straw mengaduk ais. Zamri yang duduk bertentang langsung tidak dipedulikan.

“Nis…Saya tengah cakap dengan awak ni…” Zamri makin bosan bertanya. Lain sekali fiil Nis malam ini, tidak seperti selalu. “Period ke apa?” sangkanya sendiri. Continue reading ‘Sekudus Pinangan’

Apabila Mufti berpuisi…

Kata penyanyi Aishah yang menyampaikan lagu Derita Hati Seorang Bonda, beliau sendiri terhenti menyanyi kerana tidak dapat menahan sebak ketika rakaman lagu ini dibuat.

“Bait-bait puisinya boleh menghiris hati seorang yang bergelar ibu. Ianya sangat puitis dan sensitif sekali,” jelas Aishah yang meminati puisi-puisi nukilan Dr Asri.

Continue reading ‘Apabila Mufti berpuisi…’

Mereka salah menduga

Mereka salah menduga
seakan-akan dia tak punya harga
untuk terus dia berkata
yang benar, yang Hak, dan segala yang daripada Dia
dan juga rasul-Nya
di bumi ini bumi Malaya

Mereka salah menduga
dia bukan mencari harta
jauh sekali pangkat dunia
hanya kerana dia bersuara
berkata apa yang mereka selalu terkena

Mereka salah menduga
Sedang dirinya punya prinsip dan harga
dibeli tiada dijual jangan dicuba
kerana ia mencari peluang berbicara
pada takhta dan kerusi yang entahkan berharga entahkan tiada
Continue reading ‘Mereka salah menduga’

Menonton atau ‘membaca’ filem?

Dah seminggu lebih blog ini tak terkemaskinikan.

Kata sifu saya, pemblog perlu banyak membaca sebelum menulis. Akibat itulah agaknya saya tak menulis lebih seminggu.

Betul ke begitu?

Kerana kurang membaca atau tak pandai membaca agaknya. Bukan sekadar membaca yang bertulis, berabjad, dan berangka saja..membaca yang bergambar, berilustrasi, dan beranimasi juga termasuk membaca.

Mungkin yang itu saya kurang…

Continue reading ‘Menonton atau ‘membaca’ filem?’

Mufti di Fenomena Seni RTM1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pernah tengok rancangan Fenomena Seni tak, yang ditayangkan di RTM1 pada setiap malam Jumaat jam 10 malam? Dah lama tak tengok, yela nama pun pasal seni, berbicara tentang seni dan budaya, yang biasanya dijemput sebagai panel-panel ialah mereka yang terlibat dalam bidang seni; artis, produser, penulis lirik dan sebagainya. Tak tengok tu bukan pasal tak minat, tapi tau-tau jelah kalau dah berbicara pasal seni, kadang-kadang menonton drama lebih seronok daripada mendengar forum, tak gitu? Hmm…

Tetapi…
Continue reading ‘Mufti di Fenomena Seni RTM1’

Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang

Semalam, bukan..sebetulnya dinihari tadi, di kala sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan mid-term hari ini, kadang-kadang gatal juga tangan ini melayari internet. Dari satu laman ke satu laman, akhirnya ku perasan ada 2,3 blog yang rancak mengiklankan filem dakwah dari seberang berjudul Sang Murabbi. Kali pertama ku tertancap pada iklan filem ini iaitu di weblog seniorku, Abu Syuaib.

Continue reading ‘Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang’