Archive for the 'tazkirah' Category

UP: Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah yang Popular

Oleh:
Abu Umair (abuumair1.wordpress.com)

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’.

Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Continue reading ‘UP: Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah yang Popular’

Mencari 1000 bulan di sebalik 10 hari

“Ada orang memang tunggu Lailatul Qadar ni, dia beribadat sungguh-sungguh, solat sunat,baca Quran, berzikir tapi bila sampai saatnya, dia terlelap dan hanya terjaga kembali apabila ‘ia’ telah selesai”, kata abah ketika berbicara kepada kami sekeluarga pada suatu malam Ramadhan.

“Maknanya, ada orang tertentu sajalah yang dipilih oleh Allah untuk dapat saat Lailatul Qadar tu ya?” tanyaku mendapat kepastian.

“Hmm…sebab itulah setiap malam kita kena beribadat sungguh-sungguh supaya kita menjadi pilihan Allah untuk dapat Lailatul Qadar tu, malam yang lebih baik daripada seribu bulan”, sambung abah lagi. Continue reading ‘Mencari 1000 bulan di sebalik 10 hari’

Setelah Kita Tahu Hadith Nabi Yang Sahih…

Hati yang kau sakiti

source

Kata seorang Prof Madya, jantung bukan hati.

Pada aku, tak semudah itu nak membawa terjemahan bahasa asing ke dalam bahasa ibunda kita. Hati tetap hati. Jantung yang kita fahami yang satu itulah, yang berdegup siang dan malam tanpa henti-henti itu.

Jika qalb itu ada dua makna dalam bahasa Arab, heart pula dalam bahasa Inggeris, begitu juga dengan hati.

Continue reading ‘Hati yang kau sakiti’

Entri-entri dan audio kuliah berkaitan Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem untuk semua!

Berikut ialah entri-entri berkaitan cash advance tumwater Ramadhan yang pernah saya tulis, catat, dan kutip daripada sumber lain untuk manfaat para pelawat sekalian. Dalam setahun umur blog ini, hanya inilah yang mampu personal loan in nashik terhasil.

Continue reading ‘Entri-entri dan audio kuliah berkaitan Ramadhan’

Riba, bunga dan interest

“Mak, itu duit apa?” tanya saya.

“Itu duit bunga bank. Mak asingkan supaya tidak bercampur,” jawab emak ringkas menerangkan. Sememangnya di luar bekas tersebut tertulis perkataan ‘Bunga Bank’

“Kenapa pula tidak boleh guna?” tanya saya kurang mengerti.

“Sebab dari bank yang tidak Islam. Riba. Hukumnya haram. Tok Guru Nik Aziz kata duit riba kena belanja buat tandas-tandas awam,” sambung emak lagi.

Itu pelajaran pertama saya mengenai riba. Lebih berbelas tahun dahulu. Biarpun saya tidak ingat umur saya ketika itu, namun pelajaran pertama itu melekat dalam minda sehingga kini. Hasil berkat pendidikan ibu sendiri.

Continue reading ‘Riba, bunga dan interest’

Fatwa-Fatwa April Fool

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

April Fool telah menjadi satu fenomena yang melanda keseluruhan pelosok dunia. Ia disambut dengan melakukan pelbagai penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Hakikatnya, ia adalah satu budaya yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Apakah pandangan Islam tentang hal ini? Tulisan ini akan membawakan fatwa-fatwa ulama’ tentang hal tersebut:

al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan.

Continue reading ‘Fatwa-Fatwa April Fool’