Archive for the 'tazkirah' Category

Amalan Sunnah pada Akhir Tahun?

Setiap kali menjelangnya akhir tahun kita sering diperingatkan dengan amalan-amalan tertentu yang dianjurkan supaya kita melakukannya. Mesej juga bertalu-talu dihantarkan dari seorang sahabat untuk sahabat yang lain memperingatkan hal ini. Keperihatinan ini seolah-olah ia merupakan satu tuntutan yang wajib atau sunnat Muakkad. Mereka menganjurkan amalan-amalan seperti berdoa dengan doa yang khusus di akhir tahun sebelum Maghrib dan diikuti dengan doa awal tahun apabila menjelangnya waktu Maghrib.

Persoalannya adakah amalan ini merupakan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang sangat diambil perhatian oleh baginda?

Continue reading ‘Amalan Sunnah pada Akhir Tahun?’

Nasihat untuk penulis

Terasa janggal apabila setiap hari melayari blog sendiri dan melihat statistik yang bertandang tetapi tidak ada kemas kini yang terbaru untuk dikongsi bersama. Mungkinlah yang bertandang itu hanya mahu bersiar-siar lalu tersinggah di teratakku ini, namun alangkah baiknya andai persinggahan itu kulayani dengan entri atau artikel yang bermanfaat.

Pabila dikatakan penulis, maka pemblog juga termasuk dalam kategori penulis, cuma mereka tidaklah menulis di atas lembaran kertas, hanya keyboard yang diketuk-ketuk untuk perkataan timbul di skrin lalu terpamerlah tulisan di alam maya; laman web, blog dan sebagainya. Continue reading ‘Nasihat untuk penulis’

Simpler is always better

“Apa ‘palpitation’ dalam bahasa Melayu?” Afiq mengangkat kening merenung empat bakal doktor muda di keliling meja itu. Sekilas dia mengukir senyum mengusik ke arah Jo.

Senyap. Tak ada yang menjawab. Semua berkerut dahi memikir.

“Ana? Palpitation?”

Ana cuba menahan muka dari beriak. “Palpitasi.” Ujarnya selamba. Ketawa pecah di meja hari itu.

Palpitation…palpitation…” Jo memetik jari sambil memandang siling malam ini. “Betul jugak apa yang Along kata tu. Kalau patient macam nenek aku, takkan aku nak tanya dia ‘makcik ada rasa palpitation atau palpitasi atau apa-apa seumpama dengannya’. Mau kena baling dengan terompah cakap bahasa orang tak faham.” Continue reading ‘Simpler is always better’

Jangan jadi ‘pengganti’ syaitan

Kepentingan ilmu dalam kehidupan sememangnya diakui oleh manusia. Ilmu dapat membebaskan seseorang daripada kejahilan dan juga kemiskinan.

Ilmu juga menjadikan manusia seorang yang patuh kepada segala suruhan Allah dan meninggalkan segala yang ditegah.

Allah berfirman:

Maksud: “Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya adalah orang yang berilmu.” (Faatir: 28)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HALIM KHALID menemu bual Pengarah Dar Taibah Sdn. Bhd., Dr. Abdul Basit Abd. Rahman bagi mengupas isu ini.

Continue reading ‘Jangan jadi ‘pengganti’ syaitan’