Mencari 1000 bulan di sebalik 10 hari

“Ada orang memang tunggu Lailatul Qadar ni, dia beribadat sungguh-sungguh, solat sunat,baca Quran, berzikir tapi bila sampai saatnya, dia terlelap dan hanya terjaga kembali apabila ‘ia’ telah selesai”, kata abah ketika berbicara kepada kami sekeluarga pada suatu malam Ramadhan.

“Maknanya, ada orang tertentu sajalah yang dipilih oleh Allah untuk dapat saat Lailatul Qadar tu ya?” tanyaku mendapat kepastian.

“Hmm…sebab itulah setiap malam kita kena beribadat sungguh-sungguh supaya kita menjadi pilihan Allah untuk dapat Lailatul Qadar tu, malam yang lebih baik daripada seribu bulan”, sambung abah lagi. Read More

Semoga dikurniai kebaikannya, Ameen!

Terasa baru sahaja kawan-kawan dan saya beramai-ramai ke walimah Asyraf dan Salwa yang berlangsung di Sungai Dua, Pulau Pinang beberapa ketika dahulu. Rombongan tim Zero4Two datang dari segenap tempat ke negeri Pulau Mutiara semata-mata untuk meraikan pasangan bahagia ini.

Yang dari Ipoh sampai awal sehari,
Yang dari Muar bertamu sebentar di Taiping,
Yang dari Kajang bertolak awal pagi,
Yang menaiki keretapi ada yang jatuh terguling…

Read More

Saat separuh agamamu telah sempurna

saat kauterima nikahnya

“Aku terima nikahnya Farahani binti Hashim dengan mas kahwin sekian-sekian, tunai!” dengan sekali lafaz, Alhamdulillah sahabatku, bekas rakan sebilikku dan seperjuanganku, Muhamad Firdaus Sainal a.k.a Firs (baca: First) selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya.

Aku begitu teruja pada malam itu.

Read More

BLOG TOK GURU DIBUKA HARI INI

Pendapat dan buah fikiran daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditulis dalam blog tok guru yang hari ini dilancarkan dan sudah berada di page rank no 1 di google bagi keyword blog tok guru

Majlis pelancaran blog tok guru dijalankan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A’ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada PKINK atau juga dikenali sbg SEDC.

Pelancaran di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan Jam 3:00 petang (sekarang ini)

JOM KE BLOG TOK GURU!

KLIK SINI UNTUK KE BLOG TOK GURU

PS: Dijangka dapat menyaingi blog che det nih!

**Source: Atoqa

Semoga Allah memberkati!

 

Dato’ Imam Mahat bin Mohd Said. memanggil, “Asmawi Ani!”

Asmawi menyahut,”Saya..”

Berkata Datuk Imam Mahat, “Zawwajtuka wa ankahtuka..”

Wah, dalam Bahasa Arab! Tertegun aku seketika yang mendengar siaran langsung tersebut melalui corong radio saluran EraFM Read More

36 jam ‘offline’

Bermula pada malam Jumaat, 20 November 2008 entah kenapa blog saya tidak dapat dibuka. Memikirkan ia situasi biasa mungkin kerana server dibaiki dan sebagainya, saya mengambil langkah berdiam diri.

Hari Jumaat, 21 November pun masih sama, blog tidak dapat dibuka. Saya menjangkakan mungkinkah komputer saya yang menyekat alamat ke blog saya, hati tidak dapat bertenang.

Read More