Archive for the 'Weblog' Category

Coretan Ramadhan

Gambar hiasan

“Abi..abi..Along tanya sikit”, ‘Ammar, anak sulungku bertandang ke arahku pada suatu petang Ramdhan.

“Ya, ada apa Along?”, soalku meraikannya.

“Along tengok semalam abi ada tulis artikel pasal perlunya Ramadhan bersandarkan dalil, apa maksud abi sebenarnya?”. ‘Ammar menyoalku. Tanpa sedar, aku bersyukur hasil tulisanku juga dibaca zuriat sendiri.

Continue reading ‘Coretan Ramadhan’

Ramadhan: Harapanku

6:54pm 29 Sya’ban 1429

Kurang 1 jam lagi, Ramadhan akan menjelma. Bersediakah kita dengan kedatangannya atau sekadar kita menunggu ia seperti putaran masa yang akan terus berlalu seperti kedatangan bulan-bulan yang lain. Jangan pula kita menunggu Ramadhan seperti menunggu bulan September biarpun tarikhnya sama!
Continue reading ‘Ramadhan: Harapanku’

Seminggu bernafas…

Hamdan lillah, hari ni genap seminggu weblog ini beroperasi walaupun banyak kekurangannya, ia tetap hidup dan bernyawa di alam maya ini. Walaupun takde orang datang menjenguk (lihat di bawah), ia tetap menjalankan tugasnya menzahirkan sesuatu di jiwa dan minda kepada sesuatu yang tertulis di skrin.

Continue reading ‘Seminggu bernafas…’

Menulis atau me’ngopi-pes’?

Assalamua’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pelik kan tajuk ni, pelik kerana takda pun perkataan ‘ngopi-pes’ dalam apa-apa bahasa kecuali bahasa asalnya iaiti copy paste..hehe..kalau nak tulis terjemahannya macam pelik bunyinya, Menulis atau meniru-tampal..isy232..
Continue reading ‘Menulis atau me’ngopi-pes’?’

Dengan Nama Allah…

…aku menulis

Pelik pulak rasanya memulakan topik dengan ayat tak habis lalu bersambung di bahagian teks. Walau apapun, dengan keizinan Allah jualah hati ni tergerak nak buat terjun juga dalam aktiviti blog-memblog ni. Dah lama simpan hasrat, tetapi hasrat asyik kekal dengan temannya, niat. Bilatah nak bertukar menjadi aktiviti yang giat. Syukurla, melalui gesaan mufti dan teman seperjuangan yang dari dulu tak habis-habis menggiatku agar menulis, akhirnya dah punya blog sendiri..Hamdan Lillah

Continue reading ‘Dengan Nama Allah…’