Dah bersedia memberi?

SUMBANGAN
“Eh, Sin..kat blog kau ada laman ‘Sumbangan’, kau minta derma ke?”, tanya seorang rakan sejurus melihat sepintas lalu blog aku.

“Ha, aku nak minta derma sikit..ingat buat blog ini senang ke..so, memandangkan kau dah bertanya, eloklah kau jadi orang pertama derma kat aku..haha..”, jawabku merespons pertanyaannya seraya tertawa kecil.


“Ha!? Kau nak buat blog kau jadi tempat minta sedekah pulak…tak patut betulla kau ni. Tengok, aku budak bilik kau pun kau nak minta”, tingkas kawanku bermuka serius.

“Apelah kau ini, aku bukannya ada apa-apa pun yang sampai nak minta derma kat orang ni, aku buat laman tu untuk kumpulkan iklan tentang sumbangan derma yang boleh dibuat. Ha, contohnya Fast2Fund, Derma Palestin, ISA dan sebagainya”, jelasku panjang lebar.

“Apa motif kau?”, tanyanya pendek.

“Yela, Ramadhankan bulan digalakkan bersedeqah, jadi aku nak kempenlah supaya pembaca dan pelayar blog aku apabila mereka buka laman ‘Sumbangan’ ni mudah-mudahan tergerakla hati untuk bersedeqah. Nak-nak pulak pada mereka yang amat memerlukan seperti pelarian Palestin, mangsa kekejaman ISA dan sebagainya”, terangku kepadanya.

“Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata:

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902)

“Aku tak ada duitla, Sin..”, katanya seakan-akan meminta simpati.

“Aku tak mintak pun kat kau, tapi aku nak ajak kau fikir, selama ini kita banyak berbelanja untuk diri kita sendiri, walau mahal, walau susah nak dapat, tapi kita tetap beli jugak sebab kita nak dan inginkan perkara tersebut. Aku tunjukkan kau senarai barang-barang yang mahal tapi kita tak kisah nak memilikinya…

Smartphone= RM1800++

Laptop (MacBookPro) = RM25999

Kamera DSLR Sony ?-200 = RM1999

Upgrade PC = RM2250

Mahal,kan? Pernah kita berkira dengan diri sendiri nak beli barang-barang semua tu? Paling-paling tidak hari ni kita tak beli, esok lusa dah bermimpi mengigau nak beli juga. Jadi, apa salahnya, keluarkan seratus dua untuk derma-derma ni. Pahala dah dijanjikan, dengan Ramadhan ni lagi, pastinya berlipatkali ganda..bukan selalu, Ramadhan je”, ujarku sambil memandang ke arahnya.

“Lagipun sumbangan yang minta dihulurkan bukan untuk mereka membeli barang-barang mahal lagi mewah seperti di atas. Sekadar bekalan untuk berbuka puasa yang entah kalau tak ada orang nak sumbang, agaknya berpuasa mereka hingga ke malam. Kita kat sini nak belanja kawan-kawan berbuka bukan main meriah, padahal ada yang lebih memerlukan. Aku tak katalah, tak boleh belanja kawan-kawan, tapi kawan-kawan kalau kita tak belanja pun diorang tetap berbuka, macam mana dengan yang kat luar sana yang langsung takde bekalan nak berbuka, tentu lebih afdhal kan kita membelanja mereka,tak gitu?”, syarahku panjang lebar kepadanya.

Dia hanya mengangguk. Bersetuju barangkali.

“Jadi, bolehla ek..jom ke laman tersebut”, kataku sambil mengklik bebutang SUMBANGAN di weblogku.

0 Responses to “Dah bersedia memberi?”


  1. No Comments

Leave a Reply