Hujan Emas di Sydney – Hari ke-3 (Cooranbong, Lake Macquarie, Norah Head, the Entrance)

11 SEPT 2018 | SELASA | 01.00 PETANG | MANNERING PARK, LAKE MACQUARIE

Selesai solat Zuhur, kami keluar untuk hari ini bersiar-siar sekitar Cooranbong. Destinasi pertama adalah Mannering Park, Lake Macquarie yang terletak kira-kira 20 KM dari Cooranbong mengambil masa 15-20 minit perjalanan.  Terdapat pepohon merimbun dan angin bertiup bayu sejuk menampar muka sangatlah nyaman. Walaupun baru keluar je, tapi since dah hampir waktu lunch, kami berkelah bekal di bawah pepohon sambil ditemani itik-itik liar yang cuba merapati mengecek makanan.

Lake Macquarie sebenarnya laguna air masin antara yang terbesar di Hemisfera Selatan malah saiznya 2 kali ganda lebih besar daripada Sydney Harbour. Mannering Park, salah satu tempat perhentian untuk melihat dan menikmati pemandangan Lake Macquarie dari salah satu sisinya yang luas.

Dari Mannering Park, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Norah Head Light House terletak di Norah Head, turun ke Selatan mendekati Lautan Selatan Pasifik, juga dalam jarak 19 KM memandu van kira-kira dalam 20 minit perjalanan. Di sini terdapat rumah api bersejarah yang berusia 100 tahun lebih, dibina sejak 1905.

02:40 PETANG | NORAH HEAD LIGHT HOUSE

Di kawasan Norah Head Lighthouse ini, terdapat tangga untuk turun ke bawah bagi menikmati pemandangan pantai yang cantik dengan berjalan-jalan di sekitarnya. Memandangkan rumah api perlu dibina di kawasan tinggi bagi membolehkan kapal-kapal dari jauh nampak, dari kawasan kami datang kemudian lalu di rumah api tersebut merupakan tebing yang agak tinggi berbanding dengan kawasan pantai. Pantai pula bukan pantai yang biasa berpasir, tetapi terdapat kawasan berbatu yang kemudian terus ke gigi air dan sebahagian lain kawasan berpasir biasa. Tak lepas peluang ada yang bergambar mengabadi kenangan di situ. Sangat cantik dan menarik. Laut yang sedang menghempas pantai ini ialah Lautan Selatan Pasifik.

4:00 PETANG | THE ENTRANCE

Lokasi terakhir pada hari ke-3 ini ialah The Entrance. Namapun menarik, apatah lagi lokasinya. Jika dilihat pada peta, The Entrance dan The Entrance North dipisahkan oleh saluran (channel) yang menjadi entranceI ke Tuggerah Lake. Oleh sebab airnya dari air Lautan Selatan Pasifik, Tuggerah Lake juga adalah jenis tasik air masin. Kami menyelusuri di tepian tasik sambil muka ditampar-tampar angin nyaman. Terdapat juga burung-burung pelican dan juga burung seagulf yang boleh dilihat dari jarak dekat.

Di kala kami semakin ingin mengetatkan jaket dan mengezipnya akibat cuaca mulai sejuk, jam hampir pukul 5 petang, terdapat beberapa orang putih yang siap nak turun ke tasik menggunakan bot dengan tidak memakai baju lagi. Kak D bilang, mereka dah rasa sejuk masa musim sejuk lagi, cuaca begini dah tak kira sejuk pada mereka.

Kami bergerak seterusnya ke Woolworth (baca: Woolis) yang terletak di Bateau Bay untuk membeli sedikit barang mentah makanan untuk dimasak di rumah Kak D malam nanti. Woolis ini supermarket macam Giant di Malaysia, dan satu lagi supermarket yang kami tak sempat jejak ialah di Coles.

Jam 5.40 petang, menghampiri waktu Maghrib kami meluncur ke arah Utara, pulang semula ke rumah Kak D di Cooranbong dan sampai kira-kira 40 minit kemudian.

Esok, akan bergerak turun ke Selatan, ke bandar Sydney meneruskan lagi percutian ini, InSha-Allah.

MHusaini ibrahim @ www.husainibrahim.com
4.09 PM | 03 Oktober 2018 | 22 Muharram 1440H
68100 Selayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *