Hujan Emas di Sydney – Hari Pertama

09 SEPT 2018 | AHAD | 05.30 PAGI | 30 RIBU KAKI RUANG UDARA MENGHAMPIRI AUSTRALIA

“It is almost sunrise, but I will check with the Captain and get back at you, okay,” suara pramugari Shikin memecah kesunyian dan sedikit mengganggu tidurku. Isteriku yang memanggil beliau ingin bertanyakan waktu Subuh dan tempat solat memandangkan di dalam flight, untuk waktu Subuh kami hanya akan berpandukan waktu sebelum matahari terbit.
Tidak lama kemudian, beliau kembali dan mengatakan,

“It’s almost past sunrise.” Aku yakin aku tak salah dengar. Past sunrise bukankah matahari dah naik? Tapi melihat di tingkap cermin suasana luar masih gelap, tak nampak pun cahaya macam matahari dah terbit.

Bersungguh-sungguh Shikin membantu kami untuk menunaikan solat Subuh, dicadangkan kami agar bersolat di bahagian belakang pesawat berdekatan ruang rehat krew kabin, diambilnya plastik untuk lapik dan ditutup langsir bagi ruangan tersebut agar tidak ada orang masuk. Ruang tersebut memang muat sebesar seorang dewasa solat berdiri merupakan ruang duduk krew kabin sekiranya sewaktu pesawat ingin berlepas dan mendarat. Beliau juga berulang kali ke tempat duduk kami semasa ingin memberitahu akan tempat solat yang akan disediakannya ketika isteriku ke lavaratori.

Akhirnya, aku mendapat jawapan sendiri bahawa waktu di luar sememangnya sudah cerah dan matahari telah melepasi naik setinggi walaupun jam di tangan menunjukkan lebih 5.50 pagi apabila tingkap pesawat di bahagian  kami solat telah cerah bagai dah pukul 7.30 pagi waktu Malaysia. Kembalinya ke tempat duduk, baru kutahu tingkap pesawat tersebut rupanya mempunyai sistem pencerahan yang menggunakan butang untuk level kegelapan berbeza dan ketika kami berlepas, level kegelapan diletakkan pada maksimum, kerana itulah apabila matahari telah naik, keadaan dalam pesawat masih gelap kerana kesemua tingkap masih di level gelap yang sama. Jadi walaupun matahari telah naik seterik 8 pagi, keadaan dalam pesawat masih gelap dan macam jam 6 pagi waktu Malaysia, kami dah terlajak Subuh dah sebenarnya pun.

“Patutlah tingkap pesawat Scoot ini takde penutup macam pesawat AirAsia, ini menarik!” ujarku dalam hati.

Dengan perbezaan waktu 2 jam lebih awal, aku membuat kesimpulan bahawasanya waktu Subuh sebenarnya telah masuk 2-3 jam selepas kami berlepas dari Singapura iaitu sekitar jam pukul 3-4 pagi iaitu bersamaan waktu 4-5 pagi waktu Sydney, waktu yang memang dah Subuh jika di Sydney. Dengan berada pada ketinggian 33,000 kaki dari paras laut, walaupun belum sampai ke Sydney pada tika itu, tentunya keadaan di langit masa itu sudah hampir masuk waktu solat. Berada di udara dengan kelajuan pesawat ratusan kilometer sejam, sekejap je masuk dan habis waktu Subuh sebenarnya.

11.15 PAGI | KINGSFORD SMITH INTERNATIONAL AIRPORT

Pesawat mendarat 15 minit lewat daripada sepatutnya iaitu 11.00 pagi. Waktu di Sydney 2 jam awal daripada waktu di Malaysia, kiranya waktu ini baru jam 09.00 pagi di Malaysia dan Singapura.

Memandangkan kami di barisan tempat duduk belakang di dalam pesawat, kami memberi peluang kepada penumpang lain untuk turun dahulu dan seterusnya mengambil bagasi.
Ketika di laluan Imigresen, grup kami merupakan antara grup terakhir yang beratur untuk mengambil giliran melepasi kaunter kemasukan Imigresen. Asalnya aku di depan sekali, tetapi kami dipisah-pisahkan oleh pegawai di situ menyebabkan kaunter yang aku beratur mengambil masa agak lama dan berakhinya aku tertinggal terakhir sekali dalam grup kami.

Bagaikan ada sesuatu bakal terjadi, aku dah rasa sedikit taksedap hati sebenarnya ketika menjadi orang terakhir beratur tersebut.

“Sir, you have to go there, we need to rescan your passport,” pegawai menjaga kaunter yang telah melepaskan semua kami kecuali aku memanggil kawannya yang berada di kaunter belakang, menyuruhkan membuka sarung passport dan memberikan passportku kepadanya.

Lalu…

KATOOMBA VS COORANBOONG

“What are you doing in Katoomba?”  Tanya pegawai yang berada di kaunter belakang tersebut sambil mengimbas passportku.

“I’m visiting my relative there”

“Who are your relatives?” Tanyanya lanjut.

“She’s my second cousin”

“What is she doing here?” Nampaknya dia belum berpuas hati dan ingin tahu lebih mendalam.

“Her husband working here”

“Oowh okay, you may go.”

Lega.

Lepas pun akhirnya walau tak sampai pun 10 minit. Tapi pengalaman 7 jam lebih ditahan di LAX Airport dulu menjengah juga dalam fikiran. Selepas beberapa ketika, baru aku perasan sebenarnya lokasi ziarah kami melawat dua pupu itu bukannya di Katoomba, tetapi di Cooranbong. Kerana bunyinya hampir sama, bermula dengan sebutan K, aku dengan yakinnya menjawab Katoomba. Padahal pegawai tadi sebenarnnya melihat lokasi pertama bakal dituju yang telah ditulis dalam dokumen kemasukan iaitu Blue Mountain di Katoomba.

Setelah mengambil bagasi, dan melepasi laluan kastam Alhamdulilah tiada barangan yang dibuka untuk diperiksa. Kami menyerahkan siap-siap senarai barangan yang diisytihar merangkumi barangan kering makanan seperti makanan ready-to-eat jenama Syarifah, bungkusan Maggie dan Maggie Cup, biskut-biskut dan sebagainya. Setelah berpuashati dengan senarai makanan dan bertanya lanjut seperti buah-buahan dan sayuran, pihak Kastam melepaskan kesemua kami tanpa semakan secara detil.

Kami disambut oleh seorang seniorku dan isteriku masa di kampus dulu, Kak Wi yang telah 2 tahun menetap di Sydney. Beliau yang banyak berurusan dengan isteriku banyak membantu kami dari segi persiapan berkenaan cuaca, sewaan kenderaan dan sebagainya. Kak Wi turut membantu kami membeli simkad prabayar murah ketika masa promosi beberapa minggu sebelum kami sampai lagi. Bahkan, beliau turut membawakan bekal makan tengah hari kami yang dimasak oleh seorang lagi kawan isteriku sebagai courtesy menyambut tetamu datang ke Sydney begitu.

Selesai urusan mengambil van sewaan di pejabat East Coast Car Rental yang tidak jauh Lapangan Terbang Sydney, kami bergerak menuju ke masjid terdekat, yang rupanya masjid terbesar di Australia dan pertama dibina di Sydney iaitu Lakemba Mosque atau juga dikenali sebagai Masjid Ali bin Abi Talib.

Sampai ke masjid hampir waktu Asar, aku dan Faiz bergilir menjaga van sementara yang lain menunaikan solat beserta jemaah yang telah hadir untuk menunaikan solat Asar sekitar 3.15 petang. Kemudiannya kami makan tengah hari bekal yang Kak Wi bawa tadi dan meneruskan perjalanan selama 1 jam setengah ke Blue Mountain, di Katoomba.

5.25 PETANG | KATOOMBA

Sampai sahaja di Motel 3 Sisters, Katoomba, cuaca yang tadi sekitar airport dan masjid yang tak berapa sejuk kini menjadi dingin dengan angin yang kuat sekali bertiup. Sementelah kawasan Blue Mountains, Katoomba ini merupakan kawasan pergunungan, suhu sekitar turun sehingga ke 8’C malam itu disusuli angin tak berhenti-henti bersepoi.

Malam itu, bermulalah kami membuka perbekalan kami yang dibawa jauh merentasi lautan, segala makneka ready-to-eat Nasi goreng dan lauk-lauk Syarifah dan juga mee segera Maggie.

Alhamdulilah, selesai hari pertama trip ini. Esok akan bermula hari kedua dan seterusnya. Nantikan dalam catatan-catatan berikutnya.

***

TAKE HOME NOTES:
KADAR TUKARAN
1 AUD = RM3.029 (juga semakin dekat hari travel makin naik, dapat sehingga RM3.01 pada Sabtu, 08 Sept 2018)

TRANSPORT
STAREX JB-CHANGI = RM200
FLYSCOOT SIN-SYD = RM1800 (termasuk 20kg bagasi dan makan 1x pergi dan pulang)
VAN SEWAAN (East Coast Car Rental) = $95 sehari, wajib ambil booster seat jika ada kanak-kanak, insurans $26 sehari, elok ambil untuk mengelakkan jika terjadi kemalangan perlu membayar sehingga $1000 kepada pihak syarikat sewa kereta.

___
M. Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
14:27 | 15 Muharram 1438H | 25 September 2018
68100 Selayang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *