Hujan Emas di Sydney (Intro)

Sesuatu perkara yang ditakuti atau dibimbangi apabila sesudah balik satu-satu trip ialah kehilangan mood nak mengimbau semula segala kenangan semasa perjalanan yang baru berlalu lantas kenangan hanya tinggal dalam gambar-gambar tanpa ada catatan perjalanan yang lengkap.

Insha Allah kali ni aku telah memasang niat sejak awal perjalanan lagi kami ke Sydney, Australia untuk pulang nanti akan ada catatan untuk trip ini.

Nak mula menulis untuk entri pertama ini pun banyak benar cabaran dan culasnya.

Melihat kembali dalam grup wassap, perancangan ke Sydney ini bermula sejak bulan Mac lagi dan Walhamdulilah 6 bulan kemudian trip ini terlaksana dengan jayanya. Aku pernah memberitahu isteriku ketika trip ini hampir berlangsung, rasa macam mimpi pula. Dulu selepas trip ke Korea (bila ni? trip Korea ini dah terlepas catatan, sedih kan?), aku pernah menyebut bahawa rasanya selepas ini destinasi seterusnya ialah macam Australia. Sama ada ia jadi doa, atau kalimah yang baik (kalimah thoyyibah), aku tak pasti cumanya aku bersyukur akhirnya trip ini terlaksana jua.

Sejurus pulang ke Malaysia, minda dah merangka pelbagai idea untuk mula menulis namun ada saja beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum sewenang-wenangnya sebarang maklumat sensitif tercatat di sini di sebalik keghairahan ingin berkongsi.

Jumpa lagi di catatan akan datang, bahagian I!

M. Husaini
68100 Selayang
17:00 19 September 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *