Jangan buang kredit!

sms

Sekira-kira jam 14:16:26, saya menerima SMS berikut daripada rakan saya,

Pemimpin Hizbullah, Libanon, Syd Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim utk melafazkan Quran surah Yunus ayat 85, 86 n 88.. mlm ini. Tlg sebarkan, agar Israel hancur. Foward slruh umat Islam..Dsana sdra seagama telah d kepong tungu masa tuk dsembelih.Keadaan amat dahsyat..Tu sja jihad kita.-mtk tlg sgt2 kpd shbt2-sebar sramai mgkin.Biar kredit tgadai.Boleh topup lg..

Dan ini pula jawapan yang saya rangka kepadanya,

Sapela sebar SMS ni,tah btul tak dia ckp g2..lgpn Nabi ajar kita wt qunut nazilah..bknny sprti yg dsuruh Pmimpin Syiah tu,jgn bzrkn krdt anda..wslm

Malangnya kredit telefon bimbit saya telah tamat tempoh dan saya tidak berjaya menghantar kembali mesej kepadanya. Jadi, melalui blog, saya rasakan mesej ini dapat tersebar dengan lebih meluas.

Mana satu yang palsu? Tentunya mesej yang pertama, sama ada anda pernah menerimanya dan terus memforward kepada ramai orang selepas ini atau anda akan menerimanya kemudian daripada kawan-kawan anda, saya katakan mesej tersebut tidak bernilai.

Mesej itu menggunakan agama sebagai lapiknya, dan tentulah ramai orang mempercayainya. Sedangkan kita tahu dan WAJIB meyakini, bahawa asas agama ini adalah Al-Quran dan al-Sunnah. Segala yang bersangkutan dengan agama hendaklah dinilai dengan neraca kedua-dua sumber agung ini.

Sesuatu riwayat atau kisah atau matan yang hendak dianggap benar untuk dikaitkan dengan Islam dinilai secara kritis sejauh manakah kesahihan maklumat tersebut. Ini mesti dilihat kepada sumber maklumat; samada ia berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah atau tidak.

Sementara jika riwayat itu bersumberkan hadis atau athar; hendaklah dipastikan ia riwayat yang diterima di sisi ilmu periwayatan. Bukan riwayat yang para perawi atau periwayatnya ditolak. – DrMaza.Com

Kepalsuan mesej daripada SMS ini terbukti dengan tiadanya dalil yang disandarkan baik kepada al-Quran dan al-Sunnah mengenai keperluan membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut. Apatah lagi, disandarkan pernyataan tersebut kepada seorang tokoh Syiah.

Saranan daripada sunnah ar-Rasul lebih jelas dan tentunya kata-kata baginda lebih wajar untuk kita ikuti dan sebarkan lebih daripada seorang pemimpin Hizbullah ini. Ar-Rasul menyarankan bahawa qunut al-Nazilah dilakukan ketika umat Islam berada dalam keadaan genting. Dan tentunya situasi di Gaza adalah genting buat umat Islam di sana dan umat Muslim secara amnya di seluruh dunia.

Daripada Anas, dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan setelah bangkit dari ruku’, yakni mendo’a kebinasaan untuk satu kabilah dari kabilah-kabilah Arab, kemudian beliau meninggal-kannya (tidak melakukannya lagi).”

Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim, an-Nasaa-i, dan ath-Thahawi.

Dalam hadits Ibnu Abbas dan hadits Anas dan beberapa hadits yang lainnya menunjukkan bahawa pertama kali qunut dilakukan ialah ketika Bani Sulaim yang terdiri dari Kabilah Ri’lin, Hayyan, Dzakwan dan ‘Ushayyah meminta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar mau mengajarkan mereka tentang Islam.

Maka, kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus kepada mereka tujuh puluh orang qurra’ (para penghafal al-Qur’an), sesampainya mereka di sumur Ma’unah, mereka (para qurra’) itu dibunuh semuanya. Pada saat itu, tidak ada kesedihan yang lebih menyedihkan yang menimpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam selain kejadian itu. Maka kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut selama satu bulan, yang kemudian beliau tinggalkan.

Justeru, jangan bazirkan kredit anda memforward mesej-mesej palsu sebegini melainkan anda memilih untuk menghantar amalan yang diajar sunnah kepada si penghantar mesej dan kawan-kawan yang lain.

Baca lanjut tentang qunut al-Nazilah di:

  1. Contoh Qunut Nazilah
  2. Zaharuddin.Net
  3. Hadith-hadith Sahih tentang Qunut Nazilah

Semoga setiap mesej SMS anda bernilai dakwah!

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com

53100 Gombak

4 Responses to “Jangan buang kredit!”


  1. 1IrAziz

    Aku pon dapat msg tu jugak. Then aku bukak al-quran utk check ayat2 yg dia bg tu. Pastu aku ingat nak post kat blog aku. Then xjadi sbb aku takut bnda tu x valid. =p

  2. 2husainibrahim

    Tepat sekali tindakan engkau, bagus! 🙂

  3. 3nizaati

    Salam. Banyak kali dapat, bukan kat HP je, kat YM pun… ana terus delete je… Kita tahu ape yang kita perlu buat… Semua org Islam tahu….
    Kekuatan kita orang Islam adalah DOA…. and its depends on individual…

  4. 4husainibrahim

    Bagus nizaati, tindakan yang bijak dan tepat sekali. Perbuatan terus memforwadkan mesej tersebut hanya menambahkan keuntungan syarikat telekomunikasi.

Leave a Reply