Ke mana selepas ini…

pict0030

Ke Mana Selepas Ini…

Ke mana selepas ini
Aku sendiri tidak pasti
Antara berjalan dan berdiri
Kaki perlu melangkah pergi
Kerana daerah ini bukan milikku lagi

Ke mana selepas ini
adakah kerja yang menanti
atau jawatan yang boleh diisi
kata ibu, masa ini tidak sesuai bergraduasi
dek ketidaktentuan ekonomi duniawi
kata kawan, inilah masanya pengganti dicari
untuk yang mengajar di IPT dilapisi
aku terfikir sendiri
bisakah begitu jadinya nanti

Ke mana selepas ini
ke menara gading lagi atau ke tempat industri
bisakah aku diterima nanti
dengan siji yang tidak berapa tinggi
dengan aktiviti koku yang kadang-kadang aku rasa benci
mahukah mereka memandang wajahku ini
sebagai pekerja baru industri
atau pelajar di peringkat tinggi
aku serahkan pada yang Maha Mengetahui
akan segala isi hati
dan segala yang pasti

Ke mana selepas ini
yang pasti tetap pasti
yang pasti itu hanyalah mati
aku akan melangkahi pergi
meninggalkan daerah ini
daerah IPT dan menara ilmi
daerah letaknya Taman Ilmu dan Budi
daerah Adunnya Dr Hassan Ali
pulang ke laman abah dan umi
buat masa ini…

Husaini Ibrahim
29 April 2009
11.37 malam
UIAM Gombak

6 thoughts on “Ke mana selepas ini…

  1. salam perkenalan…bestla puisi ni. Kebetulan, aku pun berada dalam situasi yang lebih kurang sama. Dapatlah aku rasai dan dalami apa yang kau rasa. (-.-;)

    Yang pasti, bukan sahaja mati. Yang pasti juga takdir dan rezeki. (^_-)v . Semoga kita sama-samala \"??\" puas-puas di zaman muda ni.

    Good luck (^_^)_/

  2. Salam ukhuwwah suadrifz, puisi tu suka-suka saja..hehe. Kebetulan juga ke?hehe..ramai juga yang mengalami perasaan ini rasanya, maklumlah di kala ekonomi merudum ni.. 🙁

    Ya, terima kasih atas compliment itu, memang selain mati, rezeki dan takdir juga sesuatu yang pasti. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *