Kejap bebenor kamu berzikir!

“Ai, kejap bebenor kamu berzikir, Amir! Apa kamu malas berzikir?” tegur sang bapa mertua kepada menantunya sejurus solat Zuhur usai didirikan berjamaah.

Mereka berdua ke masjid tengah hari itu sebelum pulang bersama menjamah hidangan tengah hari.

“Eh, taklah ayah. Saya memang berzikir seperti mana yang diajarkan Nabi s.a.w. untuk dibaca selepas solat,” jawab Amir sambil dia dan ayahnya keluar dari masjid.

Suasana tengah hari itu agak tenang dan redup. Biarpun terik mentari menyinari, namun alah bisa tegal biasa bagi mereka berdua yang selalu berjalan kaki ke masjid setiap hari.

“Cuba kamu sebut apa yang kamu zikirkan tadi. Biar ayah dengar. Mana tahu ayah boleh belajar sesuatu tengah hari ini,” sang bapa mertua begitu terbuka untuk mendengar biarpun garam terlebih dimakannya berbanding sang menantu yang muda.

Amir bersetuju lalu berkata, “hmm, baiklah ayah. Setiap kali solat Fardhu, selepas memberi salam, kita diajarkan untuk membaca,

Zikir1

Maksudnya: “Aku mohon ampun kepada Allah (3X). Ya Allah! Engkaulah yang mempunyai kesejahteraan dan Engkaulah asalnya kesejahteraan itu; Maha Besar Berkah-Mu, wahai Zat yang Maha Agung dan Maha Mulia.” – [Sahih Muslim: 0591]

Kita juga diajarkan untuk membaca tahlil iaitu,

Zikir2

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri-Nya tidak ada sekutu-Nya, kepunyaan-Nya segala kerajaan, dan kepunyaan-Nya segala puji-pujian, dan Dia atas setiap sesuatu Maha Berkuasa.

Ya Allah! Tidak ada yang dapat menahan apa yang hendak Engkau berikan, dan tidak ada pula yang dapat memberi apa yang Engkau halangi, dan tidaklah bermanfaat bagi yang memiliki kebesaran (kerana hanya) daripada Engkau sahajalah kebesaran itu.” – [Al-Lu’Lu’ wal Marjan: 0347]

Zikir3

Maksudnya: Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri-Nya tidak ada sekutu-Nya, kepunyaan-Nya segala kerajaan, dan kepunyaan-Nya segala puji-pujian, dan Dia atas setiap sesuatu Maha Berkuasa.

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah, tidak ada Tuhan selain Allah, dan tidak disembah selain-Nya.

Bagi Allah segala nikmat, dan bagi Allah segala keutamaan, dan bagi Allah puji-pujian yang sebaik-baiknya.

Tidak ada Tuhan selain Allah, kami ikhlaskan ketaatan (ibadah) hanya kepada-Nya, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.” – [Sahih Muslim: 0594]

“Oh, begitu. Ayah jarang dengar kalimah zikir tahlil yang kedua yang kamu sebutkan tadi tu, rupanya ada dalam hadih ye?” sang bapa mertua merespons menunjukkan minatnya.

“Ya, ayah! Ada dalam hadith riwayat Imam Muslim rahimahullahu ta’ala, seterusnya seperti yang biasa kita amalkanlah iaitu Ayat Kursi dan al-Mu’awwizat,” sambung Amir memberi penerangan bak seorang guru mengajar murid pula gayanya.

“Mua’awwizat?”

“Orang Melayu panggil 3 Qul lah ayah”

“Oooh..hahaha”

AYAT KURSI

Ayat_Kursi

Amir menyambung lagi, “kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pernah sebut yang siapa-siapa yang membaca Ayat Kursi ini setiap kali selepas solat fardhu, dia dalam pemeliharaan Allah sehingga solat yang berikutnya. Sebutan ini diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thali radhiyallahu ‘anhu, sepupu baginda.”

Sang bapa mertua mengangguk namun kemudiannya bertanya, “dalam hadith mana yang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sebut perkara tu?”

Amir menjawab, “hadith riwayat at-Thabrani ayah, menurut Ibn Hajar rahimahullahu ta’ala (w.852H) dalam Bulughul Maramnya, Imam Ibn Hibban (w.354H) memandang hadith ini sebagai sahih.”

AL-MU’AWWIZAT DAN SURAH AN-NAS

al-Mu'awwizat

Perjalanan ke rumah tidaklah jauh sebenarnya. Namun, perbualan mereka yang panjang itu membuatkan langkah mereka menjadi perlahan.

Sang bapa mertua terus menunjukkan minatnya. Dia bertanya lagi, “bagaimana dengan al-Mu’awwizat, Amir? Apa kata Nabi?”

Amir tersenyum dan menjawab, “wah, ayah pun nak sebut al-Mua’wwizat ya! Tak mahu sebut tiga Qul..”

Mertuanya itu hanya membalas dengan senyuman.

“al-Mu’awwizat atau seperti maksudnya iaitu surah-surah pelindung sebenarnya surah al-Falaq dan an-Nas sahaja, ayah. Adapun ditambah dengan surah al-Ikhlas adalah pendapat Sheikh Abdullah Besmeih dalam nota kaki Mustika Hadith jilid ke-2,” Amir menerangkan dengan panjang lebar.

Kemudian Amir membaca maksud hadith yang berbunyi:

Uqbah bin Amir (semoga Allah meredhainya) berkata: “Aku disuruh oleh Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) supaya membaca surah-surah al-Mu’awwizat pada tiap-tiap kali selesai mengerjakan solat.
[Sunan An-Nasai: 1309; juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Hakim]

“Kemudian sampailah kita kepada bacaan tasbih, tahmid dan takbir,

Subhanallah

Maha Suci Allah

Alhamdulillah

Segala Puji bagi Allah

Allahuakbar

Allah Maha Besar

Kesemuanya dibaca 33 kali dan diakhiri dengan bacaan tahlil iaitu,

Penutup

Maksudnya: “”[Sahih Muslim: 1416]

Sang bapa mertua tiba-tiba menyampuk, “bukan ke yang deme selalu baca, tahmid dan tasbih 33 kali tetapi takbir 34 kali yang menjadikan semuanya berjumlah 100?”

Amir tersenyum menjawab, “ya, betul tu ayah. An-Nasai ada meriwayatkan bacaan tersebut, kiranya boleh jugalah nak diamalkan.

Selain itu, ketiga-tiga kalimah tersebut boleh juga dibaca sebanyak,

10 kali [Tirmizi: 3041] atau
11 kali [Al-Bazzar dalam Nailul Authar Imam Syaukani], atau
25 kali dengan diakhiri tahlil di atas [An-Nasai: 1323/4] atau
33 kali dengan tidak diakhiri tahlil [Tirmizi: 3473].”

ZIKIR KHUSUS UNTUK SELEPAS SUBUH DAN MAGHRIB

“Adakah yang Amir sebut tadi untuk semua solat fardhu?” tanya mertuanya meminta kepastian.

“Ya, ayah. Cuma untuk solat Subuh dan solat Maghrib ada bacaan tambahan,” jawab Amir mengiyakan jawapan mertuanya itu. Mereka telah hampir sampai ke halaman rumah ketika itu.

“Bacaannya ialah bacaan tahlil tadi iaitu,

Tahlil_Subuh dan Maghribdengan tambahan “yuhyi wa yumit” (berwarna hijau) dan dibaca sebanyak 10 kali [al-Tirmidzi – 5:515 dan Ahmad – 4:227],” jelas Amir lagi.

Mereka akhirnya tiba ke pintu rumah lalu salam diberi,

“Assalamu’alaikum!”

Kedua-duanya melangkah masuk ke rumah. Amir menutup pintu.

“Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh!” serentak sang isteri dan sang ibu mertua menjawab salam. Makanan telah siap dihidangkan di meja makan.

“Dan bacaan yang satu lagi ayah yang dibaca sejurus selepas memberi salam solat fardhu Subuh iaitu,

Doa Ilmu bermanfaat

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima” [Sahih Ibn Majah: 1-152]

“Apa yang dibincangkan oleh ayah kamu dengan kamu, Amir? Sampai ke meja makan tak selesai lagi,” ‘bebel’ sang ibu mertuanya.

“Menantu kesayangan kamu ni ha, maknyer, ngajo saya zikir-zikir selepas solat fardhu yang ada dalam hadith saja. Selama ini, zikir-zikir yang kita baca bercampur-aduk, idak gitu Amir? ” jawab sang bapa mertua sambil menyedok nasi ke pinggan.

“Hmm, ya Ayah,” Amir menjawab ringkas. Tangannya dibasuh menggunakan teko yang disua isterinya.

Baguihla gitu, ayahnya, tak sia-siakan kita bermenantukan Amir ni, keghoje jurutera tapi ilmu macam Ustaz,” sang ibu mertua menyendok lauk ke pinggan sang bapa sambil mulutnya lancar memuji Amir.

Tersenyum Amir Izzuddin Hussaini memandang isterinya, Amirah si Ummu ‘Ammar.

Nukilan,
Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
18 Jun 2009
34000 Taiping

Rujukan Utama:

  1. Pelindung Diri (Hisnul Muslim), Himpunan Zikir al-Kitab dan al-Sunnah oleh Sa’id bin ‘Aliy bin Wahf al-Qahtaniy, diterjemahkan oleh Baharuddin Ayuddin (Penerbitan Salafi, 2005). *Teks-teks hadith di atas diimbas daripada kutaib ini.
  2. Zikir-zikir selepas solat Fardhu, sebagaimana Yang Diajarkan dan Dilakukan oleh Rasulullah SAW, oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Jahabersa, 2005). *Maksud dan riwayat hadith di atas dinukilkan kebanyakannya daripada buku ni.

16 Responses to “Kejap bebenor kamu berzikir!”


  1. 1Frank

    Assalamualaikum, usain…

    maaf mencelah.

    Setahu ana, tahlil lepas maghrib dan subuh ada sedikit penambahan “yuhyi wayumit” dan dibaca sebanyak 10 kali…

    atau ada juga riwayat yg lain?

    mohon pencerahan daripada ustaz engineer…hehe

  2. 2husainibrahim

    Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh Frank Hasan Firdaus :-),
    Ana dah agak yang isu ini akan ditimbulkan. Benar sekali pendapat nta, ia diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dengan status Hasan Sahih. Ini boleh dilihat dalam Zaad al-Ma’aad. Namun begitu,bacaan di atas juga boleh dibaca selepas Subuh dan Maghrib, Kapten Hafiz berpandangan bahawa tambahan “yuhyi wa yumit” hanya untuk waktu pagi dan petang.

    Untuk mengelakkan perbahasan lebih lanjut, zikir dengan tambahan itu telah ana masukkan dalam entri.
    Jazakallahu khairal jazak liakhina al-Hafiz 😉

  3. 3Acap

    Ehem.. Adakah kisah di atas berdasarkan kisah benar? Macam kenal je watak2 tu.. hehe

  4. 4husainibrahim

    Hahaha, Acap..aku pun dah agak akan ada orang tanya pasal itu. Semua watak dan nama adalah rekaan semata-mata 😛

  5. 5me

    baru nak tanya, ni kisah benar ke, nama dah sama tu

  6. 6husainibrahim

    Kisah itu tidak penting, yang penting mesejnya 🙂

  7. 7irshadian

    hehe..maka diketahui juga siapa abu ‘ammar

  8. 8Acap

    Hehe.. Btul tu usin.. Mesejnye lg penting.. Tp watak tu penting gk =P

  9. 9ibnyaacob

    Nasib baik jalannya mudah, apa jadi kalo ayah mertua cakap

    “kamu ni muda lagi dah nak ngajo aku?”

    “aku lebih dulu makan garam dari kamu”

    jadi balasla balik,

    “memang ayah lebih dulu makan garam, tu pasal sekarang ni sampai kena darah tinggi”

    haha…

  10. 10husainibrahim

    Watak, cerita, dan jalan cerita merupakan rekaan semata-mata.

  11. 11husainibrahim

    Watak tu rekaan je Acap, sepenting manala sangat =p

  12. 12husainibrahim

    Pang!Melekat tapak tangan sang mertua di pipi menantu sambil mulutnya becok berkata,
    “Amboi, elok sangatlah bahasa tu…kau bertuah tau tak aku terima sebagai menantu!”
    Huhu
    Terbantutlah usaha dakwah dengan dinginnya hubungan…

  13. 13aryani

    Alhamdulillah, mudahan ini boleh dijadikan panduan muda-mudi zaman sekarang. Nak beli dan buka buku rasanya lambat sikit…tp kalau ‘surf’ internet…laju tangan nak buka…..Mudahan terbuka hati untuk ‘print’ dan mengamalkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang empunya blog.

  14. 14mak jah

    saya pun tumpang gembira dapat membaca . banyak… yang saya tak tau terima kasih banyak-banyak, kepada empunya blog semoga dirahmati Allah swt. Amin…

  15. 15Husaini Ibrahim

    Terima kasih kembali. Semoga mak jah juga dirahmati Allah, Ameen!

  16. 16zaw zaw aung

    SURAH AN-NAS 4

Leave a Reply