Kenapa masjid Cina?

Ya, kenapa masjid Cina?

Cukuplah masjid semata-mata, tanpa perlu dinisbahkan kepada mana-mana kaum kerana Islam kan milik semua.

Saya dah jawab isu ini dengan panjang lebar dalam entri sebelum ini. Kini saya ingin berkongsi pengalaman oleh pembawa isu tersebut di Parlimen, iaitu Peguam Zulkifli Noordin. Jom, kita baca!

Assalamua’laikum to all,

Dalam perbahasan bajet pada hari Khamis 23 Syawal/ 23 Okt saya telah mengemukakan cadangan supaya ditubuhkan sebuah Masjid khusus bagi kaum Tionghua. Idea ini saya perolehi baru-baru ini. Sebaik balik dari umrah, saya bertemu dengan seorang pemuda india bernama Ravi. Kebetulan hari tu saya makan nasi kari ikan di tempat favorit saya di tepi sungai belakang Malayan Mansion (ke Selangor Mansion..saya kompius betoi dengan dua bangunan kuning kat Jln Masjid India ni).

Anyway, si Ravi ni saya kenal dia sebagai pemuda India beragama Hindu. Tapi hari tu saya jumpa dia berkopiah. Jadi saya tanya dia “Ravi, ape cerita?”.

Dia ceritakan bagaimana semasa Ramadhan hari tu dia ke kedai video tamil berdepan Masjid India (sebelah Rampai Fotocentre). Tengah dia dok sibuk membelek CD dia terdengar khutbah dari masjid india. Khutbah disampaikan dalam bahasa Tamil. Dia terkejut kerana dia dok ingat selama ni Islam ni mesti cakap ‘arab atau melayu. Tau-tau bahasa Sivaji the Boss. Ini menimbulkan perasaan nak tahu pada si Ravi..lalu..as the saying goes..”Curiosity kills the cat”. Ravi akhirnya memeluk Islam.

Ringkasan dari kisah ini membuktikan satu pendekatan da’wah yang sangat mudah berjaya menambat hati dan memberi hidayah kepada seorang pemuda geng makkhal sakhti ni. Jadi saya terbayang apa jadi kalau kaum Tionghua mendengar khutbah dalam bahasa Mandarin. Ini kerana dalam negara kita ni persepsi orang India/ Cina masuk Islam tu sama macam masuk Melayu. Walhal tu tak betul.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang
Lalu saya teringat yang di Malaysia ni takde masjid tionghua. Memang ada masjid bentuk pagoda macam kat Melaka tu, tapi takat bentuk bangunan je. Pengisiannya masih Melayu. Maksud saya bila mencadangkan masjid cina ni ialah dari segi pengisiannya. Iaitu khutbah bahasa Mandarin, kuliah, tazkirah, ceramah dan lain-lain semuanya dalam bahasa Mandarin.
Dan saya cadangkan supaya Masjid ini dibina di bekas tapak Penjara Pudu. Tapak ini milik kerajaan melalui UDA Holdings. Jadi apa salahnya diambil oleh kerajaan. Ianya berdekatan dengan pusat perniagaan, perdagangan dan kewangan kaum Tionghua. Cuba bayangkan contohnya hari Jumaat khutbah disampaikan dalam bahasa Mandarin..sudah tentu kaum Tionghua yang ada di sekitar itu akan mendengarnya.
 
Dan untuk menarik kaum Tionghua, elok pembinaan masjid ini dibuat dalam bentuk seperti pusat perdagangan..dengan masjid tersebut sebagai pusatnya. Saya kira kita boleh ambil pendekatan seperti kampus induk UIA yang mana masjidnya menjadi centre kepada semua fakulti di sekelilingnya. Maknanya kita bina masjid tu dengan commercial centre di sekelilingnya dengan pelbagai aktiviti perdagangan dan perniagaan. Mekanisma dan tatacaranya saya serahkan kepada mereka yang pakar dan arif mengenainya. Cuma kalau ada diantara sdr/i yang berkebolehan dalam senibina..boleh tolong submit cadangan rekabentuk masjid Cina seperti yang saya bayangkan tersebut.
Ada sahabat kata lebih sesuai dipanggil Pusat Kebudayaan & Dakwah Cina Muslim. Apa jua pun, saya bersyukur kepada ALLAH kerana cadangan saya tersebut mendapat sambutan luarbiasa, tambahan apabila akhbar arus perdana Melayu, Inggeris, Cina dan cyber memuatkan berita mengenai cadangan saya tersebut. Yang paling saya gembira bila ada orang cina bukan Islam yang menghubungi saya dan menyatakan terkejut dia kerana rupanya masjid boleh dibuat pengisiannya dalam bahasa selain arab dan melayu. Saya berdoa moga mereka-mereka ini diberi hidayah oleh ALLAH untuk mendapat cahaya keimanan.
Insya-Allah berkat usaha sungguh-sungguh dan sokongan rakan dan kawan, saya penuh yakin Masjid Cina Kuala Lumpur akan menjadi suatu realiti.
So you guys..please submit your propose plan of the Masjid Cina for my further action. Adios
Sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/2008/10/masjid-untuk-masyarakat-islam-kaum.html

Sekian untuk kali ini, wassalam.

7 Responses to “Kenapa masjid Cina?”


  1. 1banana

    Pada pemikiran saya, tidaklah penubuhan masjid Cina ini akan memecah belahkan lagi kerana jika kita sama-sama hayati, Islam menyatu padukan kita, lantas jika kita sehati sejiwa sebagai Muslimin, tidaklah dikira apa bangsa pun, tidaklah isu perkauman itu muncul, yang penting adalah Islam..

  2. 2irshadian

    Buatlah masjid apa-apa pun asalkan dibina atas dasar takwa..yang penting sama-sama mengimarahkannya

  3. 3faisal

    salam n peace to all..
    saya rasa dengan adanya masjid cina mampu membawa lebih ramai orng cina ke dalam islam..ia satu perkembangan yg positif ke arah perkembangan islam…

  4. 4husainibrahim

    Benar sekali…

  5. 5husainibrahim

    Begitulah hendaknya, kita doakan sedemikian. Inilah asas cadangan pembinaan masjid Cina di Malaysia. Selain menyediakan kemudahan mendalami Islam untuk masyarakat Cina Muslim, dalam masa yang sama membuka pintu yang luas untuk masyakat Cina bukan Islam untuk masuk Islam melalui bahasa, budaya dan bangsa mereka.

  6. 6Dave

    Hey, would you like to submit comments and backlinks to millions of blogs automatically? Blog Comment Poster will do it for you. Blog Comment Poster will increase your traffic, backlinks and earnings dramatically! Sounds cool? Yes, it is cool! It’s the best automated comments posting tool on the Internet with many advanced features. Check it out!

  7. 7Faizal

    Baguslah idea ini…..dengan ada masjid ini…dapatlah mengumpul semua mualaf baru kaum cina…dan lebih memahami dalam bahasa cina dan dapat menarik minat kaum cina yang lain… disekeliling masjid buatlah kedai, saya cadang buat mini muzium islam mengenai rakyat cina masuk islam….lepas tu buat landskap….seperti taman cina….dan bolehkan pelancong melawat….lepas tu buat librari tulisan cina mengenai islam….lepas tu buat laman web khas dalam bahasa cina…..lepas tu bagi peluang org bertanya mengenai islam….

Leave a Reply