Kredit Khas

Dari Jurutera Menjadi Menteri Besar

Biodata Mohammad Nizar Jamaluddin

“Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin”

As-Sarawaki, 19 Jun 2008: Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an, Surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.” Firman Allah subhanahu wa ta’ala juga dalam Surah Al-Mujadalah, ayat 11 yang bermaksud “Allah mengangkat orang-orang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”.

 

Sebelum Pilihanraya Umum Ke-12, namanya mungkin hanya dikenali di Kampar dan pendokong PAS Negeri Perak. Namun setelah memenangi DUN N51 – Pasir Panjang, namanya mula menjadi tumpuan media massa, meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia dan kemuncaknya ’seperti bermimpi di siang hari’ bertepatan dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-51, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 17 Mac 2008! Saya yakin beliau juga semacam tidak percaya, bahkan terkejut dengan amanah Allah tanpa disangka-sangka!

 

Tahukah tetamu ziarah yang budiman bahawa Ir. Mohd Nizar telah memblog sejak Jun 2007? Sila lawati blog beliau di http://kamparinn.blogspot.com/. Sekadar perkongsian, impresi utama yang menarik perhatian saya apabila kali pertama menjejakkan tetikus ke blog beliau pada bulan April yang lepas ialah kata-kata yang beliau tulis sebagai pengenalan kepada dirinya: “Did challenge Rafidah Aziz in General Election 2004 at Kuala Kangsar Parliamentary seat. Lost to her!” yang terjemahannya “Pernah bertanding menentang Rafidah Aziz dalam Pilihanraya Umum 2004 di Kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Kalah kepadanya!” Malah “about me” tersebut kekal sehingga kini!

 

Profil Mohammad Nizar Jamaluddin

Profil Mohammad Nizar Jamaluddin di Blog http://kamparinn.blogspot.com/

 

Mengapa Saya Menulis Entri Ini?

 

Mengapa saya menulis entri ini? Seandainya saya menulisnya semata-mata kerana taksub, pastinya entri ini adalah entri sia-sia. Sekiranya saya menulis entri ini kerana beliau seorang Jurutera/ Engineer/ Muhandis, maka mungkin akan ada yang berkata saya bias kerana saya juga seorang jurutera. Lebih daripada itu, saya menulis entri ini bukan hanya kerana Ir. Mohammad Nizar telah membuktikan bahawa seorang jurutera juga mampu menjadi Menteri one step cash payday loan Besar. Sebaliknya, entri ini bertujuan untuk menganalisa potensi dan kelebihan yang ada pada diri beliau dan mengambil manfaat darinya. Tanpa menafikan betapa sebagai manusia biasa beliau juga tidak sempurna dan punya kekurangan, namun ada beberapa keistimewaan pada diri Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang wajar saya dan kita semua contohi.

 

[Nota: Entri ini mungkin diterbitkan agak lambat, tetapi saya berharap mudah-mudahan manfaatnya sentiasa segar dan sentiasa mekar di hati sanubari.]

 

Berikut saya suka untuk kongsikan beberapa kenyataan yang dipetik dari blog beliau. Mudah-mudahan ia datang dari hati yang jujur dan benar:

Saya Telah Mengangkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Perak

 

Berdoalah agar Allah S.W.T memberi saya kekuatan dan keikhlasan untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Negeri Perak.

 

Enaknya Makan Bersama Rakan

 

Malam selepas mengangkat sumpah jawatan, saya masih berpeluang untuk menikmati nasi goreng ayam bersama rakan-rakan Pejabat Perhubungan PAS Perak. Harap-harap ini bukan kali terakhir saya makan begini bersama mereka… Moga Allah Azzawajalla memberikan ruang dan kesempatan untuk menjalani kehidupan seperti biasanya. Amin.

 

Hari Pertama Masuk Pejabat

 

Alhamdulillah, dapat bertemu dengan kakitangan pejabat yang bakal membantu saya mentadbir Negeri Perak. Nampak riak kesungguhan di wajah-wajah mereka. Semangat dan kekuatan bertambah… Saya tidak keseorangan. InsyaALLAH.

 

Sambutan Maulidul Rasul Bersama D.Y.T.M Raja Nazrin Shah

 

Di antara titah menarik yang menyentuh perasaan saya.

 

“Melalui sejarah, umum mengetahui ramai telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.”

 

“Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.”

 

“Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.”

 

“Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama,”

 

“Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A.W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi. Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda lenders service pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan,”

 

“Kepimpinan yang mengutamakan ummah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W telah menarik sokongan ummah kepada Baginda, begitu juga terhadap ajaran yang dirisalahkan oleh Baginda. Hasilnya ajaran Islam berkembang pesat dalam tempoh yang begitu singkat menembusi sempadan budaya, menembusi sempadan geografi dan menembusi sempadan politik.”

 

“Islam diterima secara universal dan tidak hanya terbatas menjadi agama kepada bangsa Arab, di bumi Arab sahaja. Kepimpinan Baginda juga diterima di alam sejagat dan terus diiktiraf setelah Baginda wafat sekian lamanya,”

 

Saya kekaguman dan terasa begitu kerdil….

 

Bersama di Majlis Makan Malam JPN

 

Semoga yang sekumin kita bersama jadikan segenggam, supaya rahmat Allah yang lebih besar dikurniakan kepada kita semua. Agar Negeri Perak Darul Ridzuan dapat menjadi model terbaik bagi Asia Tenggara kalau tidak pun di dunia.

Mufti Kerajaan Perlis, SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di dalam tulisannya Tentang Kerajaan-Kerajaan Pembangkang Yang Baru Dibentuk menyatakan:

Ada pun Perak, saya belum dapat melihat perkembangannya. Namun keperibadian yang baik YAB Menteri Besar yang baru mudah-mudahan mengundang pertolongan Allah untuk pentadbirannya

 

Sekali lagi saya ingin sebut, seperti yang sering nyatakan dalam berbagai tulisan dan kenyataan saya, bahawa “laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah. Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkak, sombong dan tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah”. 

Sementara itu Johari Jaafar pula dalam tulisannya yang bertajuk “Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak” menulis seperti berikut:

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khutbah Jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program-program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO). *

 

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anak pertamanya merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mu’tah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran payday advance sf ca di Universiti Mu’tah, Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang keempat hingga kelapan sedang belajar di pelbagai institusi pendidikan dalam negeri. **

 

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan surau-surau. Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, beliau juga boleh berbahasa Cina dan Tamil.

*Teladan 1: Kehidupan Beragama Mesti Menjadi Agenda Utama

 

Alhamdulillah. Pasti dan sudah seharusnya kita mesti berusaha mengambil ‘ibrah dari kehidupan pemimpin-pemimpin yang memberi makna. Mencontohinya bukan semata-mata dari aspek kemewahan, kekayaan, jawatan dan statusnya, tetapi apa yang lebih utama ialah dalam perihal meneladani akhlak mulia, ehwal beragama, fikir tentang umat, kasih sayang kepada sesama manusia serta ketaatan dan kedekatannya dengan Allah subhanahu wa ta’ala.

 

Surah Al-Ahzab ayat 21

Semoga Rasulullah SAW Sentiasa Menjadi Qudwah Hasanah Kita Semua

Pemimpin seharusnya bertindak sebagai idola, pentazkirah dan contoh teladan. Kita sebenarnya ‘dahagakan’ barisan pemimpin yang bersifat universal, yakni seimbang antara dunia dan Akhirat. Contoh tanpa bandingan tetapi wajar dijadikan ikutan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mampu menjadi pemimpin berkarisma dalam masa yang sama berada di tempat yang teratas dalam pemikiran, komunikasi dan penampilannya kepada masyarakat dan yang paling utama kepada Penciptanya. Pemimpin adalah salah seorang idola yang selalunya diikuti jejak langkahnya oleh para pengikut dan masyarakat yang dipimpinnya. (Idola bukanlah perkataan terbaik dan qudwah hasanah lebih bermakna, tetapi idola adalah perkataan diterima umum yang sedia dimaklumi).

 

**Teladan 2: Anak-anak Adalah Aset Berharga, Didiklah Mereka!

Alhamdulillah. Adalah menjadi harapan setiap ibubapa agar anak-anaknya akan beroleh kesejahteraan dunia dan Akhirat dan menjadi anak soleh yang akan mendoakan ibubapanya di kemudian hari. Saya yakin dan percaya, kita semua sedia maklum tentang hadith riwayat Imam Muslim, daripada Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. Malah di dalam Surah Al-Kahfi, ayat 46, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman “Harta dan anak-anak adalah etfcu personal loans perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”!

Harapan Pada Ayah Ibu
http://liriknasyid.com

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal Tuhan Yang Esa

Bantulah kami hidup Akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami akan tipu daya dunia

Bimbinglah kami asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana

Perkataan maki-hamun jangan digunakan
Kerana ia menyalahi Sunnah Rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahai ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara Sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara Yahudi
Kami akan rugi di dunia dan di Akhirat

Kenalkanlah kami hidup dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta Akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami wahai ayah dan ibu!

Anak-anak Adalah Cahaya Mata

Anak-anak Adalah Cahaya Mata Dan Aset Berharga Dunia Akhirat

 

Oleh itu, kepada ibubapa dan bakal ibu dan ayah yang berbahagia dan sedang membaca entri ini, mari kita berusaha memberi anak-anak kita pendidikan, nasihat, panduan, hiburan sejati dan ‘kemewahan beragama’ sehingga mereka menjadi kenal, cinta, takut dan harap kepada Allah. Tarbiyyah dan asuhlah mereka dengan didikan yang dapat membentuk jiwa dan akhlak untuk menjadikan keluarga yang dibina dapat melahirkan sebuah generasi mulia masa depan yakni generasi anak soleh yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

 

Nota Bahagia: Alhamdulillah, kandungan isteri saya telah berusia 6 bulan dan setelah diimbas dengan menggunakan ultrasound scan, 95% sudah diketahui jantinanya. Kini sudah mula menyelidik nama yang sesuai dan bermakna… -) Doakan semoga segalanya khair dan dipermudahkan Allah. Amiin!

 

Wallahu a’la wa a’lam.

 

http://www.muhtarsuhaili.com/