Lupa yang tidak harus dilupakan

Lupa kepada Allah

– lupa kepada Allah akan menyebabkan manusia lupa siapa dirinya.

– Siapakah dirinya? Dirinya hanyalah hamba Allah…hamba sahaja

– jika manusia yang kaki rock, kaki perempuan, kaki itu dan ini marah apabila dipanggil hamba rock, hamba perempuan dan hamba syaitan, secara tak sedar, apabila dipanggil hamba Allah, dia tak akan membantah malah jiwanya akan tunduk dan patuh.

– lupa Allah dan lupa diri akan menyebabkan manusia melakukan perbuatan-perbuatan fasiq di muka bumi ini.

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.” (al-Hasyr: 19)

Lupa mengucapkan Insya Allah

– lafaz Insya Allah dituntut dalam Islam untuk menyedarkan manusia bahawa kejadian masa hadapan bukanlah mutlak perancangan manusia.

– antara sebab penurunan surah al-Kahfi adalah kerana Allah menegur Rasulullah yang lupa mengucapkan Insya Allah ketika berjanji dengan kafir Quraisy ingin menjawab soalan-soalan cepumas mereka.

– Insya Allah yang disisipkan bersama janji menunaikan sesuatu hendaklan diucapkan dalam keadaan penuh azam ingin melakukan sesuatu itu BUKANnya sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kebanyakan orang.

– Insya Allah hendaklah diucapkan pada perbuatan yang akan dilakukan, namun ketika berdoa TIDAKlah pula digalakkan menyebut Insya Allah kerana doa hendaklah dipohon dengan penuh pengharapan.

Lupa kepada permusuhan musuh terbesar>>Syaitan

– walaupun zaman ini zaman millenium, manusia tidak boleh sama sekali melupakan musuh tradisinya sejak zaman Adam ‘alaihissalam iaitu Syaitan.

– Syaitan akan sentiasa menggoda, menyesatkan, dan mengacau manusia daripada tunduk taat kepada Allah.

– antara godaan syaitan yang sentiasa mengganggu manusia biasa ialah penyakit was-was.

– selain berpunca daripada kejahilan, tahap keyakinan diri yang rendah, peranan syaitan jangan sekali dinafikan.

– oleh itu, selalu-selalulah mengamalkan Ta’awwudz, iaitu A’udzubillahi minassyaitoonirrojiim ataupun A’udzubillahis Sami’il ‘Aleemi minassyaitoonirrojim!

Lupa kepada kewajipan-kewajipan

– antara lupa yang bahaya

– kewajipan-kewajipan yang rukun seperti solat, puasa, zakat dan haji.

– juga kewajipan-kewajipan lain yang perlu ditunaikan seperti keadilan berpoligami, hak-hak pasangan dan anak-anak dan sebagainya.

Lupa kepada Tujuan Hidup

– tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah kepada Allah swt.

– maksud ibadah merangkumi sama ada ibadah khusus mahupun ibadah sunat.

– ketika dalam suasana peperangan sekalipun, Rasul tetap mengajar sahabat-sahabat agar menjaga peraturan-peraturan Allah, apatah lagi kita dalam hanya tekanan kerja yang biasa.

– jangan sesekali tekanan menjadi alasan untuk manusia melakukan dosa.

Lupa kepada Kematian

– lupa kepada kematian akan menyebabkan manusia kurang menghargai hidup

– sedangkan dalam hidup ini, perkara-perkara yang tidak pasti, selalu sangat kita bersiap sedia untuk melakukannya sehabis baik.

  • tak tidur malam belajar untuk dapat 4 flat sewaktu di A-level supaya boleh ke luar negara
  • berhabis duit siapkan pelamin untuk berkahwin
  • berperang sesama teman sepejabat semata-mata nak naik pangkat
  • dll

– sedangkan untuk semua itu terjadi belum pasti

– kerana yang PASTI hanyalah MATI. Tetapi kurang sekali manusia buat persediaan untuk benda yang PASTI berbanding dengan yang belum pasti.

Lupa kepada Akhirat

– topik Akhirat adalah topik yang jarang disentuh dalam kebanyakan bicara termasuklah bicara agama.

– di sana ada suatu perasaan seolah-olah kurang bertamaddun sekiranya berbicara tentang Akhirat.

– sedangkan, dunia ini hanyalah sementara sahaja.

– Walaupun begitu, kesan perbuatan di dunia kekal di Akhirat.

– Dunia adalah Farmville Akhirat.

DOWNLOAD DI SINI (MediaFire)(4sHared)

Sekian, terima kasih.

23:55 09 Mac 2010
68000 Ampang.

0 Responses to “Lupa yang tidak harus dilupakan”


  1. No Comments

Leave a Reply