Menulis atau me’ngopi-pes’?

Assalamua’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pelik kan tajuk ni, pelik kerana takda pun perkataan ‘ngopi-pes’ dalam apa-apa bahasa kecuali bahasa asalnya iaiti copy paste..hehe..kalau nak tulis terjemahannya macam pelik bunyinya, Menulis atau meniru-tampal..isy232..

Apa yang ditulis?atau apa yang dikopi-pes? Kiriman dalam blog, tu je..Sebelum ini, sewaktu zaman-zaman membaca blog-blog orang lain, aku sedar ramai yang bertujuan mempunyai blog untuk dakwah tapi apabila hati semakin culas untuk menulis, akhirnya metod kopi-pes menjadi pilihan. Bukan tak bagus metod kopi pes ini, cuma sertakanla ulasan atau sedikit sesuatu daripada pemilik blog. Cuba lihat blog-blog yang tinggi ratingnya Ust Hasrizal, Ust Zaharuddin, Tun Dr M, LKS dan sebagainya, ada ke mereka mengamalkan kopi-pes dalam tulisan mereka, sudah tentu tidak..yang ditunggu-tunggu ialah ulasan dan artikel daripada mereka sendiri. Kelak nanti ada yang jawab, tak cukup ilmu nak tulis banyak-banyak atau nak ulas isu semasa. Aku pun masih bertatih dalam ngeblog ni, tapi pastinya aku taknakla jadi kopi-pes blogger sepenuh masa, kalau sikit-sikit tu takpela sebab nak kongsi ilmu dan untuk tujuan dakwah.

Titik. Buntu dah nak tulis apa sebenarnya, sebab tu pilih tajuk kat atas tu. Kalau nak senang, setiap hari kemaskini blog dengan kopi-pes artikel orang ja, kan senang tu. Tapi tak elokla selalu macamtu, sekali-sekala gerakkan jari untuk menulis dari dalam diri, yelah erti hidupkan pada memberi bukan pada kopi-pes artikel setiap hari..isy3

Ilalliqa’.

One thought on “Menulis atau me’ngopi-pes’?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *