Mereka salah menduga

Mereka salah menduga
seakan-akan dia tak punya harga
untuk terus dia berkata
yang benar, yang Hak, dan segala yang daripada Dia
dan juga rasul-Nya
di bumi ini bumi Malaya

Mereka salah menduga
dia bukan mencari harta
jauh sekali pangkat dunia
hanya kerana dia bersuara
berkata apa yang mereka selalu terkena

Mereka salah menduga
Sedang dirinya punya prinsip dan harga
dibeli tiada dijual jangan dicuba
kerana ia mencari peluang berbicara
pada takhta dan kerusi yang entahkan berharga entahkan tiada

Mereka salah menduga
Kini ia melambaikan kata
buat kerusi yang mereka inginkan penghuninya
berkata ya ya dan ya
pada segala yang mereka kata, bual dan bicara
agar kerusi mereka sentiasa terpelihara

Mereka salah menduga
kerusi bukan segala-gala
akan ia terus lantang berkata berbicara
buat mereka yang asyik terasa
kerana itu kerjanya dan kerja kita
menegur dan membetulkan sesiapa sahaja
dia, beliau dan baginda
semuanya hamba Allah belaka

Tak pasal-pasal aku bersajak di tengah-tengah malam ni, huhu..Tak apa, kalau tak terkesan dengan sajak aku, mari kita renungkan sajak berikut yang asalnya aku nak kirim sajak ini saja, tetapi datang pulak idea untuk aku yang bersajak..isy..isy..isy

 

2 Responses to “Mereka salah menduga”


  1. 1Faiz Faiza

    Husaini

    1st time akak baca sjk Dr maza..d web dia ke?

    Anyway tahniah dh pindah k rumah baru

  2. 2husainibrahim

    Ye kak, daripada web dia drmaza.com dan ini bukan puisinya yang pertama. Ada lagi yang turut dihasilkan sebelum ini.

    Jazakillah khairaa atas kunjungan ke rumah baru ini..:-)

Leave a Reply