Mufti di Fenomena Seni RTM1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pernah tengok rancangan Fenomena Seni tak, yang ditayangkan di RTM1 pada setiap malam Jumaat jam 10 malam? Dah lama tak tengok, yela nama pun pasal seni, berbicara tentang seni dan budaya, yang biasanya dijemput sebagai panel-panel ialah mereka yang terlibat dalam bidang seni; artis, produser, penulis lirik dan sebagainya. Tak tengok tu bukan pasal tak minat, tapi tau-tau jelah kalau dah berbicara pasal seni, kadang-kadang menonton drama lebih seronok daripada mendengar forum, tak gitu? Hmm…

Tetapi…

Dua malam yang lepas, Fenomena Seni telah menjemput SS Mufti Perlis sebagai panelnya, selain daripada dua panel yang lain iaitu Jurey Latif dan Faizal Musa. Rosyam Nor sendiri sebagai moderator berkata, tidak pernah mufti untuk turun duduk sekali berbincang dan berkongsi pendapat dalam rancangan hiburan seperti ini. Ia satu kelainan yang cuba dibawakan oleh penerbit rancangan ini dan tentunya menarik untuk kita tonton bersama. Tajuk yang dibincangkan ialah Media Baru di Hujung Jari

Moga-moga ada sesuatu yang kita dapat daripada tontonan tersebut. Kita pun tak mahu agamawan dilonggokkan dalam semua tempat (bak kata Saudara Faizal), tetapi ulama tidak bolehla sekadar memberi hukum itu dan ini, tanpa mendatangkan alternatif dan terlibat juga dalam bidang seni ini sama ada secara langsung ataupun tidak (kata pula si Mufti). Sekian dulu untuk kali ini, selamat menonton!

Wassalam…

0 Responses to “Mufti di Fenomena Seni RTM1”


  1. No Comments

Leave a Reply