BLOG TOK GURU DIBUKA HARI INI

Pendapat dan buah fikiran daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditulis dalam blog tok guru yang hari ini dilancarkan dan sudah berada di page rank no 1 di google bagi keyword blog tok guru

Majlis pelancaran blog tok guru dijalankan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A’ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada PKINK atau juga dikenali sbg SEDC.

Pelancaran di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan Jam 3:00 petang (sekarang ini)

JOM KE BLOG TOK GURU!

KLIK SINI UNTUK KE BLOG TOK GURU

PS: Dijangka dapat menyaingi blog che det nih!

**Source: Atoqa

Beberapa siri kuliah Ust Abu SAIF untuk dimuat turun

1. Imbauan Kisah Pembukaan Kota Qastontiniyyah (22 Disember 2008) [KLIK]

usthaswm29122008

2. Siri Terakhir Kisah Nabi Yusuf a.s. – Yusuf dan Kemenangan (29 Disember 2009) [KLIK]

3. Isu Palestin_Antara Muslim Ilusi dan Yahudi Realiti (12 Januari 2009) [KLIK]

4. Meneladani Kejatuhan Uthmaniyyah (bhg I)(21 Januari 2009) [KLIK]

usthaswm11022009

Read More

Islam: Prinsip atau Alat?

Oleh:
Dr Mohd Asri Zainul Abidin (www.drmaza.com)

INTRO

1. Amat menakutkan apabila agama ini sering dijadikan alat untuk melariskan atau menghalalkan atau memenangkan sesuatu isu atau cita-cita.

2. Agama sepatutnya menjadi prinsip, bukannya alat untuk mencapai matlamat tertentu.

3. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris boleh menjadi bahasa pengajaran kedua mata pelajaran tersebut. Itu adalah urusan kebijaksanaan dalam kehidupan yang terserah kepada manusia untuk menilainya.

4. Pemerintah ada hak dalam ijtihadnya. Rakyat juga ada hak mencadangkannya. Zaman dan tempat mungkin berperanan dalam menentukan tindakan atau pilihan yang terbaik.

5. Islam tidak pernah menyatakan belajar Sains dan Matematik mesti dalam bahasa Inggeris, atau Melayu, atau Arab atau sebagainya.

Read More

Geng: Pengembaraan Bermula dijangka kutip RM4 juta selepas dua minggu

JIKA bercakap tentang filem ‘Geng: Pengembaraan Bermula’, mungkin ramai yang kurang jelas tetapi sebaliknya berlaku apabila menyebut filem ‘Upin & Ipin’.

Ini kerana watak Upin dan Ipin merupakan kekuatan filem ini sekaligus menarik minat penonton untuk menyerbu pawagam di seluruh Malaysia.

Menurut pengarahnya, Mohd. Nizam Abd. Razak, 26, sebanyak 56 pawagam tempatan menayangkan filem mengenai pengembaraan sekumpulan rakan-rakan yang berjaya menyelesaikan masalah yang membelenggu Kampung Durian Runtuh.

Penduduk yang mempercayai kewujudan raksasa yang sering mengganas di kampung mereka pada waktu malam. Namun begitu, tidak ada sesiapa yang berani merungkai apa yang sebenarnya yang menghantui mereka selama ini.

Read More

Sekitar Kuliah Maghrib Ust Hussein Yee

Pada dua malam yang lepas, saya berpeluang mengikuti Kuliah Maghrib di Surau an-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju. Kuliah Maghrib disampaikan oleh al-Fadhil Ust Hussein Yee, Pengerusi al-Khaadem Foundation yang bertempat di Sungai Kayu Ara, Damansara.

Ust Hussein Yee bukan figura asing bagi saya. Telah beberapa kali saya mendengar ceramahnya baik melalui video, menghadiri markaz al-Khaadem ataupun di UIA sendiri. Namun, untuk mengikuti kuliah berkala seperti di surau ini, ini merupakan kali pertama. Read More

Benarkah HAMAS menolak gencatan senjata? Fakta untuk direnungi…

Logo HAMAS

Entri ini merupakan salinan semula daripada emel yang dikirimkan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor, seorang aktivis Palestin merangkap Pengarah Palestine Centre of Excellence (PACE) untuk sebaran umum mengenai situasi sebenar HAMAS yang dikatakan enggan menerima resolusi tajaan PBB baru-baru ini.
Read More