Archive Page 11

Nasib saudara kita di Palestin..sudikah kita menyumbang?

 

Isnin Januari 5, 2009
Malaysia sumbang US$1 juta bantu Palestin

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meluluskan bantuan segera US$1 daripada kerajaan Malaysia kepada penduduk Palestin.

Wang itu akan disalurkan menerusi Mercy Malaysia untuk menyediakan bantuan bekalan, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Luar telah menubuhkan Tabung Untuk Rakyat Palestin bagi mengutip dan menyelaras bantuan daripada rakyat Malaysia.

Abdullah berkata, Malaysia akan terus memberi bantuan kemanusiaan mengikut kemampuannya kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, yang kini menjadi sasaran serangan Israel menyebabkan lebih 500 orang terbunuh sejak seminggu lepas.

Perdana Menteri berkata, beliau akan menulis kepada pelbagai pemimpin dunia bagi meminta mereka menggunakan kedudukan dan pengaruh masing-masing supaya mendesak Israel menghentikan serangan itu dan bersetuju mengadakan gencatan senjata.

Abdullah berkata, pendirian Malaysia ialah keamanan dan kestabilan yang berterusan di Gaza akan hanya dapat dicapai menerusi rundingan secara damai.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab menghentikan kekejaman oleh Israel itu dan ia perlu mendesak supaya gencatan senjata dikuatkuasakan.

“Kegagalan Majlis Keselamatan PBB melakukannya akan menyebabkan krisis menjadi lebih runcing, menjejaskan perpaduan Palestin dan mengancam keamanan dan keselamatan di Timur Tengah,” katanya.

Abdullah menyifatkan serangan darat oleh Israel di Gaza sebagai satu tindakan perang yang tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa.

“Saya dapati Majlis Keselamatan PBB gagal bertindak dalam soal yang kritikal ini. Saya menyeru supaya Perhimpunan Agung PBB mengadakan sidang tergempar bagi menerima satu usul perdamaian,” kata Perdana Menteri.

Katanya, Israel sedang menjalankan satu bentuk hukuman sistematik terhadap penduduk Gaza tanpa mempedulikan nasib orang yang tidak berdosa atau kemusnahan harta mereka.Tindakan tidak bermoral ini jelas melanggar undangundang antarabangsa dan perlu dikutuk, kata Perdana Menteri.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin melahirkan rasa bimbang yang amat sangat terhadap serangan berterusan oleh Israel ini yang tidak mengambil kira nyawa manusia atau pendapat dunia,” katanya. BERNAMA

Berpuasa di Bulan Muharram

PENDAHULUAN

Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

Continue reading ‘Berpuasa di Bulan Muharram’

Amalan Sunnah pada Akhir Tahun?

Setiap kali menjelangnya akhir tahun kita sering diperingatkan dengan amalan-amalan tertentu yang dianjurkan supaya kita melakukannya. Mesej juga bertalu-talu dihantarkan dari seorang sahabat untuk sahabat yang lain memperingatkan hal ini. Keperihatinan ini seolah-olah ia merupakan satu tuntutan yang wajib atau sunnat Muakkad. Mereka menganjurkan amalan-amalan seperti berdoa dengan doa yang khusus di akhir tahun sebelum Maghrib dan diikuti dengan doa awal tahun apabila menjelangnya waktu Maghrib.

Persoalannya adakah amalan ini merupakan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang sangat diambil perhatian oleh baginda?

Continue reading ‘Amalan Sunnah pada Akhir Tahun?’

Berhibur sejenak

Aku Bukan Musuh Harta

  Continue reading ‘Berhibur sejenak’

Semoga Allah memberkati!

 

Dato’ Imam Mahat bin Mohd Said. memanggil, “Asmawi Ani!”

Asmawi menyahut,”Saya..”

Berkata Datuk Imam Mahat, “Zawwajtuka wa ankahtuka..”

Wah, dalam Bahasa Arab! Tertegun aku seketika yang mendengar siaran langsung tersebut melalui corong radio saluran EraFM Continue reading ‘Semoga Allah memberkati!’

Sekudus Pinangan

Udara nyaman dihela puas. Seharian terperuk di dalam teratak usang memang merimaskan. Rumah setingkat dari kombinasi binaan batu dan papan itu terletak jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan, berdiri rendah di celah penempatan yang masih dara. Kondisi persekitarannya aman diselimuti kehijauan alam dan bisikan unggas. Cukup mendamaikan. Kelihatan beberapa lembaga berkerudung gigih membersih sekangkang kera halaman. Sebahagian lagi sibuk merapikan batas yang padat berjenis sayuran segar.

Rembesan peluh amat melekitkan kulit. Terik mentari seolah-olah menembus lapisan pakaian yang lencun. Nis mencapai tuala kecil separa terlilit di leher lalu mengusap lembut wajahnya, membuang sisa-sisa peluh sambil menapak perlahan-lahan menuju buaian di bawah wakaf untuk melepas lelah. Sudah hampir tiga jam sekumpulan perempuan itu bergotong-royong. Nis membuang pandang pada sekeliling kawasan. Mindanya terawang-awang dipuput kenangan lalu, melayang melewati hikayat si penjerat.

“Kenapa Nis diam? Ada problem ke?”

Bebola matanya menengok pada gelas yang masih bersisa, sambil tangan ligat bermain straw mengaduk ais. Zamri yang duduk bertentang langsung tidak dipedulikan.

“Nis…Saya tengah cakap dengan awak ni…” Zamri makin bosan bertanya. Lain sekali fiil Nis malam ini, tidak seperti selalu. “Period ke apa?” sangkanya sendiri. Continue reading ‘Sekudus Pinangan’

Semoga kekal hingga ke Syurga!

Esok dan lusa, 13 & 14 Disember 2008, Insya Allah saya dan rakan-rakan akan menghadiri majlis akad nikah dan walimah rakan sebilikku dan seKulliyyahku, Mohd Asyraf Mohd Ariff a.k.a. Acap dan rakan sekursus kami Salwa Zhari.

Alhamdulillah, mereka bakal menjadi pasangan ketiga di kalangan 042 batch yang melangsungkan pernikahan selepas pasangan Hanif-Hayati dan Syazwan-Nadiah yang juga melangkah ke alam perkahwinan pada tahun ini, 2008-1429H. Continue reading ‘Semoga kekal hingga ke Syurga!’