Amalan Sunnah pada Akhir Tahun?

Setiap kali menjelangnya akhir tahun kita sering diperingatkan dengan amalan-amalan tertentu yang dianjurkan supaya kita melakukannya. Mesej juga bertalu-talu dihantarkan dari seorang sahabat untuk sahabat yang lain memperingatkan hal ini. Keperihatinan ini seolah-olah ia merupakan satu tuntutan yang wajib atau sunnat Muakkad. Mereka menganjurkan amalan-amalan seperti berdoa dengan doa yang khusus di akhir tahun sebelum Maghrib dan diikuti dengan doa awal tahun apabila menjelangnya waktu Maghrib.

Persoalannya adakah amalan ini merupakan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang sangat diambil perhatian oleh baginda?

Read More

Semoga Allah memberkati!

 

Dato’ Imam Mahat bin Mohd Said. memanggil, “Asmawi Ani!”

Asmawi menyahut,”Saya..”

Berkata Datuk Imam Mahat, “Zawwajtuka wa ankahtuka..”

Wah, dalam Bahasa Arab! Tertegun aku seketika yang mendengar siaran langsung tersebut melalui corong radio saluran EraFM Read More

Sekudus Pinangan

Udara nyaman dihela puas. Seharian terperuk di dalam teratak usang memang merimaskan. Rumah setingkat dari kombinasi binaan batu dan papan itu terletak jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan, berdiri rendah di celah penempatan yang masih dara. Kondisi persekitarannya aman diselimuti kehijauan alam dan bisikan unggas. Cukup mendamaikan. Kelihatan beberapa lembaga berkerudung gigih membersih sekangkang kera halaman. Sebahagian lagi sibuk merapikan batas yang padat berjenis sayuran segar.

Rembesan peluh amat melekitkan kulit. Terik mentari seolah-olah menembus lapisan pakaian yang lencun. Nis mencapai tuala kecil separa terlilit di leher lalu mengusap lembut wajahnya, membuang sisa-sisa peluh sambil menapak perlahan-lahan menuju buaian di bawah wakaf untuk melepas lelah. Sudah hampir tiga jam sekumpulan perempuan itu bergotong-royong. Nis membuang pandang pada sekeliling kawasan. Mindanya terawang-awang dipuput kenangan lalu, melayang melewati hikayat si penjerat.

“Kenapa Nis diam? Ada problem ke?”

Bebola matanya menengok pada gelas yang masih bersisa, sambil tangan ligat bermain straw mengaduk ais. Zamri yang duduk bertentang langsung tidak dipedulikan.

“Nis…Saya tengah cakap dengan awak ni…” Zamri makin bosan bertanya. Lain sekali fiil Nis malam ini, tidak seperti selalu. “Period ke apa?” sangkanya sendiri. Read More

Semoga kekal hingga ke Syurga!

Esok dan lusa, 13 & 14 Disember 2008, Insya Allah saya dan rakan-rakan akan menghadiri majlis akad nikah dan walimah rakan sebilikku dan seKulliyyahku, Mohd Asyraf Mohd Ariff a.k.a. Acap dan rakan sekursus kami Salwa Zhari.

Alhamdulillah, mereka bakal menjadi pasangan ketiga di kalangan 042 batch yang melangsungkan pernikahan selepas pasangan Hanif-Hayati dan Syazwan-Nadiah yang juga melangkah ke alam perkahwinan pada tahun ini, 2008-1429H. Read More

Prison Break?

Berkata Sucre, “Hey,papi..tengok ni..dah dua minggu dia menghilang..”

Jawab Scofield, “hilang? Apa maksud engkau? Takkan the Company pun terlibat sama”

Bingkas si abang, Burrows menjawab, “Apa-apa yang berkait dengan kita, the Company takkan teragak-agak nak bertindak, dik.”

Sara berpaling sambil bertanya, “Walaupun dia di Malaysia, dan kita ni jauh di LA?”

Burrows menjawab pendek, “Ya.”

Scofield mengeluh berat, “Hmmm..”

Sucre menggaru kepala botaknya yang tidak gatal itu.

Tiba-tiba… Read More

Sebuah kisah perjalanan biasa yang terkandung kemanisan

Berkata sahabatku, “Husin, tak nak pergi Yusuf Estes malam ni?”

Aku menjawab, “Tak ada sesiapa nak bawalah, lagipun jauh juga..di Al-Khaadem.”

Tanyanya pula, “Jauh ke? Berapa lama?”

Jawabku lagi, “Adalah dalam 40 minit. Nak pergi ke?”

Responnya, “Nak, jomlah! Aku tak jadi balik rumah kakak aku malam ni”

Read More