Kenapa masjid Cina?

Ya, kenapa masjid Cina?

Cukuplah masjid semata-mata, tanpa perlu dinisbahkan kepada mana-mana kaum kerana Islam kan milik semua.

Saya dah jawab isu ini dengan panjang lebar dalam entri sebelum ini. Kini saya ingin berkongsi pengalaman oleh pembawa isu tersebut di Parlimen, iaitu Peguam Zulkifli Noordin. Jom, kita baca! Read More

Politik yang matang, tahniah YB!

Saya ingin memuji sikap di Parlimen yang ditunjukkan oleh YB Kulim-Bandar Baru semalam yang mengkritik perkara-perkara yang tidak dipersetujuinya sekalipun perkara-perkara tersebut dilakukan oleh partinya sendiri. Read More

Solat boleh rawat penyakit kritikal?

Solat boleh rawat penyakit kritikal? Betul ke? Bukan doktor ke yang pakar bab rawat-merawat ini? Hmm..kata kuncinya di sini ialah merawat bukan menyembuhkan. Yang menyembuhkan tetap Dia, Al-Syaafi Yang Maha Penyembuh.

Selagi rawatan bertepatan dengan Sunnatullah dan tidak bercanggah dengan Syariatullah, Insya Allah Yang Maha Syaafi akan menyembuhkannya.

Read More

Simpler is always better

“Apa ‘palpitation’ dalam bahasa Melayu?” Afiq mengangkat kening merenung empat bakal doktor muda di keliling meja itu. Sekilas dia mengukir senyum mengusik ke arah Jo.

Senyap. Tak ada yang menjawab. Semua berkerut dahi memikir.

“Ana? Palpitation?”

Ana cuba menahan muka dari beriak. “Palpitasi.” Ujarnya selamba. Ketawa pecah di meja hari itu.

Palpitation…palpitation…” Jo memetik jari sambil memandang siling malam ini. “Betul jugak apa yang Along kata tu. Kalau patient macam nenek aku, takkan aku nak tanya dia ‘makcik ada rasa palpitation atau palpitasi atau apa-apa seumpama dengannya’. Mau kena baling dengan terompah cakap bahasa orang tak faham.” Read More

Mereka salah menduga

Mereka salah menduga
seakan-akan dia tak punya harga
untuk terus dia berkata
yang benar, yang Hak, dan segala yang daripada Dia
dan juga rasul-Nya
di bumi ini bumi Malaya

Mereka salah menduga
dia bukan mencari harta
jauh sekali pangkat dunia
hanya kerana dia bersuara
berkata apa yang mereka selalu terkena

Mereka salah menduga
Sedang dirinya punya prinsip dan harga
dibeli tiada dijual jangan dicuba
kerana ia mencari peluang berbicara
pada takhta dan kerusi yang entahkan berharga entahkan tiada
Read More

Menonton atau ‘membaca’ filem?

Dah seminggu lebih blog ini tak terkemaskinikan.

Kata sifu saya, pemblog perlu banyak membaca sebelum menulis. Akibat itulah agaknya saya tak menulis lebih seminggu.

Betul ke begitu?

Kerana kurang membaca atau tak pandai membaca agaknya. Bukan sekadar membaca yang bertulis, berabjad, dan berangka saja..membaca yang bergambar, berilustrasi, dan beranimasi juga termasuk membaca.

Mungkin yang itu saya kurang…

Read More