Sahabat, teman dan rakan…

1.

“F, ko ada sahabat tak?” persoalan dilontarkan kepada teman sebelahku oleh si Z yang tidak lain juga rakan sebilikku. Aku mengerti maksud soalannya. Bukan sekadar soalan biasa

Diam mengisi ruang kosong itu sebentar.

“Hmm, sahabat? Entahlah kawan…,” jawapan itu bukan aku sangkakan dan tidak jugak aku terkejut mengenainya. Aku mengerti dia juga faham maksud terma itu yang sebenarnya.

Kerana sahabat sukar diberi erti…

Read More

Riba, bunga dan interest

“Mak, itu duit apa?” tanya saya.

“Itu duit bunga bank. Mak asingkan supaya tidak bercampur,” jawab emak ringkas menerangkan. Sememangnya di luar bekas tersebut tertulis perkataan ‘Bunga Bank’

“Kenapa pula tidak boleh guna?” tanya saya kurang mengerti.

“Sebab dari bank yang tidak Islam. Riba. Hukumnya haram. Tok Guru Nik Aziz kata duit riba kena belanja buat tandas-tandas awam,” sambung emak lagi.

Itu pelajaran pertama saya mengenai riba. Lebih berbelas tahun dahulu. Biarpun saya tidak ingat umur saya ketika itu, namun pelajaran pertama itu melekat dalam minda sehingga kini. Hasil berkat pendidikan ibu sendiri.

Read More

Fatwa-Fatwa April Fool

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

April Fool telah menjadi satu fenomena yang melanda keseluruhan pelosok dunia. Ia disambut dengan melakukan pelbagai penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Hakikatnya, ia adalah satu budaya yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Apakah pandangan Islam tentang hal ini? Tulisan ini akan membawakan fatwa-fatwa ulama’ tentang hal tersebut:

al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan.

Read More

Mingguan gugur ruangan Asri, mufti Perak kolumnis baru

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu.

Kali terakhir penulisan beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Read More

Lupa yang tidak harus dilupakan

Lupa kepada Allah

– lupa kepada Allah akan menyebabkan manusia lupa siapa dirinya.

– Siapakah dirinya? Dirinya hanyalah hamba Allah…hamba sahaja

– jika manusia yang kaki rock, kaki perempuan, kaki itu dan ini marah apabila dipanggil hamba rock, hamba perempuan dan hamba syaitan, secara tak sedar, apabila dipanggil hamba Allah, dia tak akan membantah malah jiwanya akan tunduk dan patuh.

– lupa Allah dan lupa diri akan menyebabkan manusia melakukan perbuatan-perbuatan fasiq di muka bumi ini.

Read More

Islam iktifar hak bukan Islam guna kalimah Allah

KUALA LUMPUR, Feb 7 — Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, perintah membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah “Allah” merupakan satu hak yang diiktiraf di sisi Islam.

“Isu ini (kalimah Allah) bukan menentukan agama siapa benar dan agama siapa yang salah.”

“Ini adalah hak yang diiktiraf oleh suatu agama pada suatu agama yang lain,’ kata beliau pada Forum Kalimah Allah di sini, malam tadi.

“Ini bukan dialog teologi atau perbandingan agama… sejauh mana kadar untuk mereka (bukan Islam) dibenarkan menggunakan kalimah Allah,” kata beliau lagi.

Read More

22 Januari 2010: Suku abad telah berlalu

Sumber

ISTILAH

Antara intipati pelajaran Matematik yang menjadi kunci kepada peringkasan tahun-tahun tertentu ialah pengenalan istilah-istilah yang mewakili bilangan beberapa tahun tertentu.

Selain memudahkan dan menyenangkan proses pembelajaran, istilah tersebut kadangkala menjadi indah apabila diselit dengan bijaknya oleh sang pakar bahasa.

10 tahun dipanggil 1 dekad.

100 tahun diwakili dengan panggilan satu abad.

Dan gandaan 10 seterusnya membawa kepada pengenalan istilah 1 kurun.

Read More