Archive Page 6

Salam Lebaran Eidul Fitri 1430H

Salam Lebaran

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…!

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…!

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…!

Marilah membesarkan Allah, mengucapkan tahmid dan tasbih sebanyak-banyaknya pada kedatangan Syawal yang mulia ini!

Continue reading ‘Salam Lebaran Eidul Fitri 1430H’

Min al-’Aaideen wa al-Faaizeen: Pujian Atau Ejekan?

Selamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah diri mu
Sucikanlah hati mu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama

Selamat hari lebaran

Minal ‘aideen wal faaizeen
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak saudara
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia

Selamat hari lebaran
Minal ‘aideen wal faaizeen

Continue reading ‘Min al-’Aaideen wa al-Faaizeen: Pujian Atau Ejekan?’

Berjalan, melihat dan mentafsir

“Husaini pergi Bandung nanti?” tanya makcikku sejurus mendengar berita daripada emak. Sudah kujangkakan berita ini akan ‘tersebar’ tak lama selepas saya mengkhabarkan emak akan keberangkatanku ke Bandung pada 26 Ogos tempoh hari.

Pemergianku ke Bandung ketika Ramadhan baru saja memberikan salam pengenalannya merupakan anugerah dan rezeki daripada Allah buat saya untuk merantau ke tempat orang kali kedua setelah pernah menjejakkan kaki ke Brunei pada tahun 2007.

“Belum kerja lagi, dah berjalan merata, ” kata abang sewaktu seisi keluarga besar kami berhimpun pada awal Ramadhan lalu sebelum bertolak semula ke Kuala Lumpur.

Continue reading ‘Berjalan, melihat dan mentafsir’

Hari pertama meninggalkan DNA, sel, dan ‘keluarganya’

Tidak siapa menyangka subjek-subjek pengkhususan major yang memperkenalkan saya dengan sel-sel, DNA, kejuruteraan tisu, mikrobiologi dan sebagainya berakhir dengan saya melaporkan diri sebagai Jurutera Perisian di BIT (M) Sdn Bhd pagi tadi.

Kejutan pertama yang saya terima ialah pada Morning Briefing atau kuliah agama pagi yang disampaikan oleh mentor yang selama ini saya ikuti kuliahnya, Ustaz Abu Saif Hasrizal Abdul Jamil

Continue reading ‘Hari pertama meninggalkan DNA, sel, dan ‘keluarganya’’

Berdoa untuk yang pergi dan tak kembali lagi

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Perumpamaan yang dicipta oleh orang-orang lama kita amat tepat sekali hasil pemerhatian mereka terhadap alam sekeliling.

Hari ini 1 Ramadhan 1430H. Telah berlalu 9 hari yang lepas pemergian seorang aktivis, pelopor industri hiburan alternatif bertemakan Islami ke alam yang kekal abadi, Allahyarham Mohd Asri Ibrahim atau Ustaz Asri Rabbani.

Continue reading ‘Berdoa untuk yang pergi dan tak kembali lagi’

Puasa selepas setengah Syaaban berlalu

oleh Abu Umair (www.abuumair.wordpress.com)

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN.

Pendapat Ulama
Terdapat tiga pendapat dalam masalah ini:

a. Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki, dan mazhab Hanbali .

b. Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie.

Continue reading ‘Puasa selepas setengah Syaaban berlalu’

Mari berilmu tentang demonstrasi

Lama sekali saya ‘tinggalkan’ blog ini daripada terkemas kini. Bukan tidak sengaja, sememangnya disengajakan cuma tanpa niat atau motif yang jelas.

Banyak perkara yang berlaku yang boleh dientrikan dan dikomen daripada segenap segi, namun untuk kali ini saya memilih untuk menyiarkan sebuah entri daripada salah seorang Panel Feqh AAN tentang demonstrasi.

Demonstrasi yang amat sinonim dengan pihak di kerusi pembangkang. Apabila kerajaannya Barisan, Pakatanlah yang rajin berdemo. Ingatkan hanya Pakatan, namun apabila Barisan dipembangkangkan oleh rakyat Continue reading ‘Mari berilmu tentang demonstrasi’