Perasaan

Kadang-kadang kita sukar nak meneka perasaan orang terhadap kita.

Sememangnya perasaan itu sesuatu yang sukar untuk ditebak pun. Namun, bahasa tubuh seringkali tidak gagal menyampaikan mesej yang disembunyikan di balik perasaan itu.

“Awak..betul ke awak dah tak marah saya dah?” bertanya seorang kekasih kepada kekasihnya.

“Hmmmm..iyer…saya tak maraaah…!” jawab sang kekasih menderu suaranya. Nada yang ditekan membuktikan sebaliknya daripada mesej yang bersuara.

Perasaan itu sebahagian daripada diri kita. Kegagalan membaca perasaan orang lain bisa sahaja mengundang musibah.

Baik musibah itu kecil atau besar, ia tetap berkonotasi negatif.

Dengan tidak menghargai perasaan orang lain, seumpama kita menganggap dia kurang sempurna batiniahnya sedangkan Allah menciptakan makhluk bersama dengannya perasaan.

Menafikan perasaan orang lain bagaikan kita menganggapnya buta, bisu dan pekak, sedangkan perasaan itu wujud dengan sempurna!

Menghargai perasaan orang lain tidak lain tidak bukan akan mengarah kepada menghargai perasan sendiri. biarpun ada kalanya perasaan orang lain yang dijaga itu, kadangkala mengorbankan perasaan sendiri.

“Eh, tak apakah saya berbuat begini? Menyusahkan awak ni?” deru seorang teman kepada rakan baiknya.

“Tak apa, saya tak kisah…saya tak kisah,” jawab rakan baiknya menyembunyikan kekesalan perbuatan itu di sebalik wajah manisnya.

Oleh sebab terlalu kisah dengan perasaan orang lain, kadang-kadang perasaan kita dihargai dalam insiden yang tidak disangka-sangka. Insiden yang melibatkan insan yang kita dahulukan perasaannya dahulu, kini tanpa disedari dia menggembirakan hati kita. Bukankah Allah itu Maha Adil!

Pada saat kita gembira dengan insiden itu, sekalipun kita cuba mengingati perasaan terhiris olehnya suatu ketika masa, ia tetap menguncup di sebalik kembangan perasaan gembira itu.

2 Responses to “Perasaan”


  1. 1amal

    hoho lama tak mengomen, kompleks la yang akhir sekali tu, tak paham, tapi situasi biasa terjadi

  2. 2Husaini Ibrahim

    Tak faham macam mana tau biasa terjadi, itu kontradik sama sekali cikgu!

Leave a Reply