Politik yang matang, tahniah YB!

Saya ingin memuji sikap di Parlimen yang ditunjukkan oleh YB Kulim-Bandar Baru semalam yang mengkritik perkara-perkara yang tidak dipersetujuinya sekalipun perkara-perkara tersebut dilakukan oleh partinya sendiri.

Negara kita memerlukan politik yang merdeka seperti ini. Walaupun barangkali bukan semua yang dibangkitkannya itu saya setujui, namun sikap tidak bertaklid buta yang ditunjukkannya patut dipuji.

Islam melarang seseorang mengikut individu atau parti tanpa berfikir, atau menyokong apa sahaja sekali pun bertentangan dengan prinsip yang diyakini. Kita perlu melakukan tajdid atau pembaharuan ‘orang-orang politik’ daripada mengikuti apa sahaja tindakan parti mereka kepada menilai setiap sesuatu berdasarkan kepada dalil dan fakta – Mufti Perlis

Sokongan daripada NGO dari Pulau Pinang,

Kenyataan Presiden IQ berhubung tindakan YB Zulkifli Nordin mempertahankan Islam

1- Pada sidang parlimen 23 Oktober 2008, YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) telah mengkritik sebahagian pihak samada dari pihak kerajaan ataupun pembangkang yang menurutnya menyerang Islam dari pelbagai sudut.

2- Antara contoh yang disebut oleh YB Zulkifli ialah bagaimana ada pihak yang mempertikaikan azan yang merupakan syiar Islam. Ada yang menghantar memorandum agar tulisan Jawi tidak dilaksanakan.

3- Menurutnya lagi, mereka menyerang Islam yang merupakan tunggak kestabilan politik seolah-olah Islam itu tidak wujud.

4- Oleh itu, pihak Institut al-Qayyim (IQ) memuji tindakan YB Kulim/Bandar Baharu, atas ketegasannya mempertahankan Islam di sidang parlimen berkenaan.

5- Pihak IQ juga menyeru agar wakil rakyat muslim yang lain untuk bangkit menyokong tindakan YB Zulkifli.

6- Pihak IQ juga menyeru agar mereka mendahulukan kepentingan Islam dari parti masing-masing. Kerana mempertahankan Islam yang tulen sedikitpun tidak akan menjejaskan penganut-penganut agama lain, samada dari sudut hubungan, kebebasan beragama dan sebagainya. Sebaliknya, semua itu akan terjejas apabila Islam itu dipolitikkan.

Abdul Rasyid bin Idris
Presiden Institut al-Qayyim,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

5 thoughts on “Politik yang matang, tahniah YB!

  1. aslm wbt

    hmm bila disentuh isu azan, banyak benda yang kita kena check di sebalik semangat membela Islam, betulkah tindakan kita. Apakah menjadi hero Islam adalah lesen untuk kita membuat semua benda.

    Baca ulasan saya keatas sokongan pihak IQ di weblog the-authentic

  2. adakah kekalahan BN dalam PRU12 dan kemenangan para pembangkang merupakan era awal tajdid politik di malaysia? satu lagi, kemungkinan orang sekarang confuse, Islam dipolitikkan, saya juga tak faham, tapi para pejuang mungkin lebih faham n clear untuk bawa islam ‘Lailahaillallah manhaj al hayah’..asif..saya tak pandai

  3. Era awal tajdid politik? Allahua’lam. Politik Malaysia terlalu ajaib dan tidak boleh dijangka. Daripada kaca mata saya, kebanyakan mereka yang lantang seperti YB Zul adalah atas peribadi mereka bukan sistem yang melahirkan mereka sebegitu dan selalunya tidak lama.

    Mengenai Islam dipolitikkan itu, saya melihat dari zaman PAS memperjuangkan negara Islam lagi isu ini telah berbangkit. Cuma mungkin kita pro-mereka (sekadar mungkin, saya tak tau anda bagaimana), maka kita tak nampak perkara tersebut.

    Allahua’lam.
    Anyway thanks for commenting.

  4. minta maaf lagi, saya tak maksudkan pas politikkan islam, pemahaman saya yang tak seberapa ni melihat bahawa tindakan pas tu dah betul iaitu politik sebagai medium dakwah, the aim is khilafah islam, so kita perlu kuasa..tapi mungkin kureng sket tang penghayatan awal especially untuk generasi awal.nway, this is the first time baca kat sini..teruskan menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *