Prison Break?

Berkata Sucre, “Hey,papi..tengok ni..dah dua minggu dia menghilang..”

Jawab Scofield, “hilang? Apa maksud engkau? Takkan the Company pun terlibat sama”

Bingkas si abang, Burrows menjawab, “Apa-apa yang berkait dengan kita, the Company takkan teragak-agak nak bertindak, dik.”

Sara berpaling sambil bertanya, “Walaupun dia di Malaysia, dan kita ni jauh di LA?”

Burrows menjawab pendek, “Ya.”

Scofield mengeluh berat, “Hmmm..”

Sucre menggaru kepala botaknya yang tidak gatal itu.

Tiba-tiba…

Alex datang membawa sekeping kertas. “Hey, aku jumpa sesuatu!”

Scofield bertanya, “Adakah ia daripada the Company?”

Jawab Alex, “Tak, aku rasa ia berkait dengan seseorang yang sedang kita bincang ini. Nah, baca ni.”

Scofield mengambil cebisan kertas daripada Alex dan membacanya,

Bahasa diamlah yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

Lalu Scofield berkata, “Semacam dia memberitahu kita sesuatu…”

Sara menyampuk, “Jap..jap..saya pernah dengar rangkap tu, tak silap ia dalam novel Labyrinth karya IMAEN terbitan Jemari Seni Publishing.”

Sucre terus memicit kepalanya.

Burrows merenung jauh di tingkap.

Sara menggigit jarinya.

Lantas, Scofield memecah kebuntuan dengan berkata, “Dia cuba memberitahu kita kenapa dia ‘hilang’ daripada muncul di alam maya.”

Sara bertanya, “Maksud awak, dia ‘hilang’ tu dia tak menulis di blognya, Husainibrahim.Com?”

Dengan mata tajamnya seperti kebiasaan, Scofield merenung kesemua teman-temannya dan berkata, “Yup!”

Serentak mereka menjawab, “Oooo..”

Titik. Noktah.

See you in the next episode!

0 Responses to “Prison Break?”


  1. No Comments

Leave a Reply