Roti canai dan Oracle

“Kamu ada kelas hari ini?” tanya makcik kedai roti canai Montel, tempat kegemaran aku bersarapan roti canai sejak di kampus lagi.

Kekerapan aku ke kedainya hampir setiap minggu membuatkan dia dan suaminya telah mengecamku setiap kali aku sampai ke kedainya. Hanya perkataan “biasa, pakcik!” telah mampu difahami oleh mereka akan menuku untuk bersarapan di kedainya.

“Biasa ya, pakcik!”

“Saya sudah habis belajar, makcik. Sekarang saya mengikuti kursus di KL,” balasku memberitahu situasiku sekarang.

Sambil menganggukkan kepalanya, makcik bertanya lagi, “Oooh, adik ambil kursus apa?”

Menghabiskan kunyahan roti canai yang ada di mulutku, aku menjawab, “kursus komputer, makcik.”

Sarapan ‘biasa’ aku; sepasang dan mai secawan

Benar, aku sedang mengikuti kursus komputer atau lebih tepat lagi kursus pengurusan pengkalan data menggunakan perisian Oracle atau Oracle Specialization.

Kursus yang mengambil masa 3 bulan atau secara tepatnya 60 hari di bawah pembiayaan penuh MDEC dengan syarikat Aptech Global Learning Solution (Aptech Malaysia) dan SnT Asia’s Outsourcing Innovator bertindak sebagai penyedia kursus ini.

MDEC

Setakat ini baru minggu ke-2 aku berada di syarikat Aptech Malaysia yang terletak di Jalan Sultan Ismail ini mengikuti kursus ini.

Kursus yang disasarkan kepada graduan dalam bidang teknologi maklumat (IT) ini sebenarnya sebahagian daripada inisiatif pihak kerajaan untuk membantu graduan untuk memperoleh nilai tambah agar mudah diterima bekerja dengan kemahiran yang sedang diperlukan oleh sektor-sektor swasta yang berkaitan.

Train and Place, Graduates Employability Management Schemes (GEMS), dan BesT Programmes adalah beberapa insiatif kerajaan untuk membantu para graduan untuk mudah mendapatkan kerja setelah melalui latihan-latihan dan kemahiran-kemahiran terten yang diberikan.

Sementelahan itu, kursus yang aku ikuti ini di bawah MSC K-Workers Development Initiatives – MSC Malaysia Job Camp 2009

MSC-kdi

Setakat ini, aku masih belum menyentuh ‘benda alah’ bernama Oracle itu, kerana pada minggu pertama kami didedahkan dengan asas-asas komputer, peralatan dan perkakasan, sistem informasi, reka bentuk sesawang, putaran hidup pembangunan sistem, asas pemprograman dan rangkaian.

Untuk minggu kedua ini, barulah kami berpeluang menyentuh komputer di makmal komputer di Aptech ini, itupun belum masuk belajar Oracle sepenuhnya. Kami didedahkan dengan bahasa utama yang digunakan untuk pengurusan pengkalan data iaitu Structured Query Language (SQL).

Jadi, dalam pada kami mempraktiskan kodan-kodan yang diajarkan secara teori pada awal-awal kelas, aku mengambil kesempatan menulis entri ini. Heh.

SQL codind

Sepanjang kursus ini, kami akan didedahkan dan dilatih untuk belajar Oracle sehingga peringkat ketiga iaitu peringkat lanjutan (advanced). Peringkat permulaan (beginner) ini ialah peringkat minggu ini iaitu belajar menggunakan dan memahami Bahasa Kueri Berstruktur (SQL).

Manakala peringkat kedua iaitu pertengahan (intermediate) pula, kami bakal mula didedahkan dengan perisian Oracle dengan lebih serius.

Selain itu, turut diselitkan kursus kemahiran lembut (soft-skills training) yang diajar oleh mereka yang terlatih dan berpengalaman daripada syarikat berstatus konsultan. Kursus kemahiran ini meliputi Bahasa Inggeris Komunikasi, kemahiran persembahan yang efektif, penulisan resume, dan etiket dan pemakaian.

Secara keseluruhannya, 40 hari kursus ini akan diberi penekanan di dalam kelas dan makmal komputer, manakala baki 20 hari akan dipraktikkan secara latihan dalam kerja (on-job training) di syarikat-syarikat berstatus MSC yang terpilih.

Walaupun aku graduan Kejuruteraan Biokimia, mudah-mudahan inisiatif yang disediakan kerajaan dalam bidang IT ini mampu aku garap dan manfaatkan dengan baik pada masa akan datang dalam bidang yang sesuai dan berguna untuk ummah.

Ameen!

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
3 Julai 2009
50250 Kuala Lumpur

6 Responses to “Roti canai dan Oracle”


  1. 1me

    good thing to attend bro.. insyaAllah berguna tu!

  2. 2broSKL

    penah guna oracle time praktikal dulu.. tapi x mahir sangat lah..huhu

  3. 3husainibrahim

    Terima kasih me

  4. 4husainibrahim

    BroSKL,
    Saya baru tahu pasal apa itu Oracle ini sejak masuk kursus ini..huhu

  5. 5apai

    boleh mintak tolong ajar sket bro…hehehe

  6. 6husainibrahim

    Saya pun tak hadam habis lagi, bro…huhu

Leave a Reply