Salam Lebaran Eidul Fitri 1429H

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1429H, Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair…kepada semua pembaca sama ada yang mengenali diri saya ataupun tidak.

Semoga Allah menerima amal baik lagi soleh yang kita kerjakan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan sebaik-baik penerimaan dan menganugerahi kita dengan sebaik-baik ganjaran. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita lagi untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

Segala silap salah yang pernah saya lakukan, tuturkan, coretkan dan apa-apa sahaja yang kurang manis di pancaindera, pohon dimaafkan dan disucikan dosa sesama insan ini. Semoga Allah memberkati kalian.

Dengan kiriman raya kali ini, maka rasmilah alamat dan rumah baru ini sebagai tempat saya meluah bicara, menutur kata, berkongsi rasa dan mudah-mudahan berkongsi kebaikan juga, Insya Allah.

‘Eid Mubarak!
“Taqabbalallahu minna wa minkum solehal ‘a’mal!”

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
30 September 2008 / 30 Ramadhan 1429
34000 Taiping

2 Responses to “Salam Lebaran Eidul Fitri 1429H”


  1. 1ashraflatif

    Sudah maju kamu ya? Aku juga yang mundur. Taqabbalallahu minni waminkum

  2. 2husainibrahim

    Terima kasih sahabat, tidak ada mundur atau maju cuma berbeza pilihan mungkin. Taqabbalallahu minni wa minkum aidhan…Ameen

Leave a Reply