Salam Lebaran Eidul Fitri 1430H

Salam Lebaran

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…!

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…!

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…!

Marilah membesarkan Allah, mengucapkan tahmid dan tasbih sebanyak-banyaknya pada kedatangan Syawal yang mulia ini!

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya beberapa minit lagi (ketika entri ini ditulis), dan Syawal pula akan menjelma sebagai ganjaran kemenangan atas mereka yang benar-benar bermujahadah dalam Ramadhan yang berkat.

Mudah-mudahan kita juga tergolong di kalangan mereka juga, Ameen!

Dengan kedatangan Syawal ini, genaplah usia setahun rumah baru saya ini yang Alhamdulillah saya diberikan kekuatan untuk mengisinya dengan sesuatu yang mudah-mudahan bermanfaat dan berpanjangan pula kebaikannya.

Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam ‘Eid Mubarak, Kullu ‘Aam wa Antum bi Alfi Khair… kepada pembaca dan pelawat rumah saya, Husainibrahim.Com dengan doa,

taqabbalallah

Maksudnya: “Semoga Allah menerima segala amalan (dalam Ramadhan yang telah berlalu ini) daripada kami dan kamu”

hadith_taqab

Maksudnya: Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” (Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446)

Khusus kepada mereka yang mengenali saya secara peribadi…

Saya menyusun sepuluh jari dari hujung rambut ke hujung kaki memohon maaf atas segala silap salah, dosa sesama insan yang sama ada saya lakukan secara sengaja, sedar atau tidak sengaja dan tidak saya sedari.

Marilah kita memasuki Syawal ini dengan dosa yang telah disucikan melalui tarbiyyah dan ibadah Ramadhan, dan kemaafan sesama insan.

Moga kita sama-sama menjadi insan suci seperti bayi ketika melangkah masuk ke pagi Syawal nanti.

‘Eid Mubarak!
“Taqabbalallahu minna wa minkum solehal ‘a’mal!”

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
19 September 2009 / 29 Ramadhan 1430
34000 Taiping

2 Responses to “Salam Lebaran Eidul Fitri 1430H”


  1. 1irshadian

    “rumah baru” tuan memang bermanfaat. ‘pondok’ saya juga baru mencecah setahun, tetapi sudah usang hehe.

    tahniah, sudah ada teks arab

  2. 2husainibrahim

    Terima kasih, biarpun namanya ‘pondok’, tetap ada pelawat dan penyinggah yang datang menumpang teduh ilmu dan redup berkat, Insya Allah

Leave a Reply