Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang

Semalam, bukan..sebetulnya dinihari tadi, di kala sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan mid-term hari ini, kadang-kadang gatal juga tangan ini melayari internet. Dari satu laman ke satu laman, akhirnya ku perasan ada 2,3 blog yang rancak mengiklankan filem dakwah dari seberang berjudul Sang Murabbi. Kali pertama ku tertancap pada iklan filem ini iaitu di weblog seniorku, Abu Syuaib.

Tak kurang juga minat yang ditunjukkan oleh Ust Abu Saif sewaktu ber’shoutbox’ di weblognya, untuk beliau memiliki satu salinan filem ini.

Lantas, hati tergerak, dan jari menari rancak mencari pautan-pautan berkaitan dengan filem Sang Murabbi ini. Ayuh, kita tengok trailernya dulu…

Suatu perkara menarik mengenai filem ini, ia merupakan adaptasi kisah hidup seorang pendakwah terkenal di Indonesia, Ustaz Rahmat Abdullah. Kisah perjalanan hidupnya yang penuh dengan dakwah dari mula ia berazam untuk menjadi guru sehingga beliau meninggal dunia dek sakit yang ditanggungnya tetapi tidak dihiraukan atas alasan ingin menggalas beban dakwah yang terpikul.

Sebuah filem dakwah yang patut ditonton dan diambil iktibar daripadanya. Hmm, rasanya macam nak dapatkan juga VCD filem ini, anda bagaimana? Jom pesan sama-sama!

>>BACA SINOPSIS
>>PESAN VCD: kamalzharif@yahoo.com

2 Responses to “Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang”


  1. 1eni

    salam…apa tajuk cerita ini????…sy ingin menonton cerita ini dari awal sehingga tamat….jika boleh sy ingin mengetahui tajuk cerita ini. terima kasih…..

  2. 2Husaini Ibrahim

    Salam’alaik, saudari eni.

    Tajuk cerita ini ialah Sang Murabbi.

Leave a Reply