Sebuah kisah perjalanan biasa yang terkandung kemanisan

Berkata sahabatku, “Husin, tak nak pergi Yusuf Estes malam ni?”

Aku menjawab, “Tak ada sesiapa nak bawalah, lagipun jauh juga..di Al-Khaadem.”

Tanyanya pula, “Jauh ke? Berapa lama?”

Jawabku lagi, “Adalah dalam 40 minit. Nak pergi ke?”

Responnya, “Nak, jomlah! Aku tak jadi balik rumah kakak aku malam ni”

Hatiku berbunga. Sememangnya aku takkan lepaskan peluang untuk ke ceramah-ceramah oleh tokoh terkemuka apatah lagi seperti Sheikh Yusuf Estes. Dalam masa 10 minit, kami sudah berada di lebuh raya menghala ke Damansara dengan sahabat sebilik dan seperjuanganku itu memboncengku.

Sepanjang perjalanan, aku berasa gembira sekali. Bukan kerana ini perjalanan pertamaku dengannya, tetapi entah kenapa pelawaannya untuk mengajakku ke ceramah Yusuf Estes malam ini membahagiakanku.

Sungguh, aku merasa seronok sekali andainya dalam perjalanan menempuh jalan dakwah, ilmiah, dan perjuangan berteraskan sunnah ini, aku tidak keseorangan.

SESAT 20 MINIT

Sambil menunggang, aku menjerit kepadanya melawan kebisingan jalan raya, “Aku rasa kita dah terlepas jalanlah!”

Beliau bertanya, “Dah tu, macam mana ni?!”

Aku menjawab semula, “Kejap, di depan ada ‘U-turn’, kita patah balik!”

Namun, setelah masuk ke simpang membelok ke Kayu Ara dan menuju masuk ke sebatang jalan, kami tidak menjumpai pusat Al-Khaadem tersebut.

Puas berpusing-pusing di dalamnya dan menelefon seorang teman, kami masih bingung.

Akhirnya, sahabat seperjuanganku itu bertanya kepada sebuah kedai mamak berhampiran.

Aku bertanya kepadanya, “Dia cakap kat mana?”

Jawabnya, “Dia kata sini bukan Kayu Ara, depan lagi, aku tengok kau tadi pun cepat sangat masuk jalan ni.”

Balasku pula, “Oh ya ke? Ok, tak apa, kita cuba sekali lagi. Mungkin jalan depan lagi agaknya.”

Perjalanan diteruskan dan Hamdan Lillah, kami akhirnya tiba ke lokasi program dalam jam 9.20 malam, kira-kira 20 minit Sheikh Yusuf memulakan ceramahnya.

EAST OR WEST?

Topik malam ini seputar persoalan Barat atau Timur, yang manakah sepatutnya diikuti? Sheikh memberikan penerangan yang mudah dan tepat.

Sebenarnya dunia ini tidak ada Barat atau Timur. Cuba lihat bentuk bumi kita, bukankah berbentuk sfera? Jika kita berjalan dari satu tempat terus-menerus tanpa berpatah balik, sudah pasti kita akan kembali ke tempat tersebut. Justeru, di mana Timur dan di mana Baratnya?

Sheikh ada bertanya, siapakah empunya bumi ini yang mempunyai bentuk sedemikian rupa sekiranya bukan Allah azzawajalla. Sesungguhnya Allah Maha Tahu akan hikmah-hikmah kejadian dan penciptaan bumi yang berbentuk sfera ini.

Kemudian Sheikh Yusuf membawakan ayat al-Quran yang amat relevan dengan topik malam ini iaitu berkaitan Timur dan Barat.

 Maksud: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.”  (al-Baqarah 2: 177)

SOAL JAWAB

Ceramah tamat pada jam 10 malam dan diikuti sessi soal jawab selama sejam sehingga pukul 11.00 malam.

Sheikh Yusuf sedang ‘menemubual’ seorang anak hadirin yang hadir ketika sesi soal jawab

Daripada berkeping-keping kertas soalan yang diajukan kepadanya, Sheikh memilih untuk menjawab dua persoalan penting sahaja, iaitu mengenai janggut dan hijab. Selain itu, Sheikh cuma mencadangkan beberapa websites untuk dilawati berkenaan soalan-soalan tersebut.

Kata Sheikh, “If you don’t remember the links that I gave you just now, you want to find the links to Islam, the link is..”

Jawab para hadirin, “Linkstoislam.Com”

Respon Sheikh, “Hey, how do you know that! Yes, all the links I gave you just now can be found in the website linkstoislam.com

Hadirin tersenyum mendengar jawapan Sheikh. Subhanallah, kebanyakan laman sesawang yang dibangunkan beliau, isi kandungannya adalah alamat laman sesawang tersebut!

Ingin mencari tentang islam, laman yang dicadangkan ialah www.searchforislam.com

Orang lain ingin mencari tentang tuhan dan Allah, lamannya ialah www.godAllah.com

Ada pula saintis berminat mencari kaitan antara sains dan islam, laman yang patut dilawati ialah www.scienceislam.com

Memudahkan pencarian sekaligus menyenangkan audiens untuk mengingat alamat laman web tersebut. Masha Allah, pendekatan yang bijak sekali!

SINGGAH ‘SUPPER’

Tepat jam 11.04 malam, kami bergerak pulang menuju ke kampus di Gombak.

30 minit kemudian, kami tiba di Seri Gombak untuk menjamu selera makan setelah selera ilmu dipenuhi seketika tadi.

Kesian teman saya, beliau berlapar lama kerana belum makan malam lagi ketika kami sama-sama membuat keputusan untuk ke Al-Khaadem tadi.

Biarpun kami memilih hidangan yang sama jenis, saya mengambilnya sebagai supper manakala teman saya mengambilnya sebagai dinner.

Bersama Firs

Bersama sahabat seperjuangan menikmati Lamb Chop di Seri Gombak. Beliau ialah Muhamad Firdaus Sainal a.k.a. Firs (baca: First)

Pada jam 12.11 tengah malam, kami bergerak pulang menuju kampus UIAM dan sampai lebih kurang 5 minit kemudian.

Berakhirlah sebuah perjalanan ‘indah’ aku malam ini. Walaupun bukan yang pertama dan terakhir (Insya Allah, Ameen) kemanisan sebuah ukhuwah yang dinikmati membuatkanku ringan jari-jemariku untuk berkongsi di sini.

Terima kasih Firs kerana bersamaku selama ini ke kuliah-kuliah dan majlis ilmu.

Terima kasih Firs kerana menjadi rakan sebilikku paling lama.

Terima kasih Firs atas nilai seorang sahabat.

Akhirnya, terima kasih Firs kerana membelanjaku Lamb Chop tadi. Jom, kita baca doa untuk orang yang membelanja kita.

“Ya Allah, berikanlah makan buat mereka yang memberikanku makan dan berikanlah minum buat mereka yang memberikanku minum”

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
53100 Gombak

10 thoughts on “Sebuah kisah perjalanan biasa yang terkandung kemanisan

  1. thanks for the sharing, bermakna sungguh

    erti ukhuwwah..erti istiqamah..erti kesungguhan..erti jemaah..

    dan belajar doa first time jumpa..rupanya ada do’a untuk orang yang bg kita makan 🙂
    indah sungguh Islam

    part plg menarik..

    nama2 websites 😀

    moga terus istiqamah 🙂

  2. salam… secara tak sengaja terbaca blogs saudara. sewaktu di uia dulu selalu juga ke Al-Khadeem. kenangan disana terlalu banyak! oh ya, sampaikan salam pada sahabat saudara firdaus. saya membesar bersama-sama abang dan kakaknya…. no wonder kamu berutung dapat jadi sahabatnya… selamat maju jaya!!!!!

  3. Salam’alaik, murhalim. Terima kasih atas kunjungan ke blog ini. Saya dah sampaikan salam kepada sahabat saya, Firdaus sepertimana yang dihajatkan. Tak sangka ada perkaitan dengan abang dan kakaknya. Semoga Allah memberkati anda, Ameen!

  4. salam…. sama-sama…
    saya seronok berada dalam blog saudara. tulisan saudara menggambarkan saudara cukup berilmu. tahniah!! bangga ada anak bumiputera mcm saudara. selamat maju jaya!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *