Sekitar lawatan ringkas ke Pesta al-Kutub al-‘Alami KL ’09

“Nak lawat atas dulu ke atau bawah?’ saya bertanya hati.

“Lawat bawah dululah. Ikut tertib, dari bawah baru naik ke atas,” hati menjawab memberi solusi. Akur dengan alasan, kaki melangkah turun dari tingkat 2 ke tingkat bawah

Sebetulnya baru sahaja menunaikan solat Zuhur apabila sampai di PWTC jam 1.45 petang tadi.

Kaki melangkah menuju gerai-gerai yang menarik perhatian mata yang memerhati dari jauh.

Booth Inteam menjadi pilihan. Kebetulan pula kumpulan nasyid terkenal itu baru sahaja tiba di situ.

Hazamin sibuk mengangkat pembesar suara ke depan untuk lebih jelas didengari.

Peminat-peminat terutamanya remaja-remaja perempuan sudah mula mengerumuni meja yang disediakan

Selepas melilau-lilau melihat album-album keluaran Inteam Records, kaki melangkah ke Booth bersebelahan, ANBakri Publishing Sdn Bhd, penerbit buku-buku nukilan idea bernas YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.

photo-0328

Banner memaparkan buku terbaru tulisan Tuan Guru Nik Aziz di booth ANBakri iaitu Telaga Budi

Kelihatan juga Ustaz Abd Rahim Nasir di booth yang sama, jika tidak silap mata yang mengecam.

Kemudian, berpatah balik ke arah pintu masuk Utama PWTC untuk menuju ke booth Galeri Ilmu.

“Ha, mari-mari…beli..beli..!” Cikgu Abu Hassan ‘berkempen’ menjual Anis dan Asuh di booth tersebut.

Mata dah melilau mencari 2 buku terbaru yang diramalkan ‘hangat’ dan bakal terbit pada pesta kali ini.

photo-0326

Buku Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai ke Syurga berharga RM18 dan buku Rindu Bau Pohon Buah Tin berharga RM25

Setiap buku di sini ada potongan diskaun tertentu.

3 buah buku pemilik blog Saifulislam.Com ini diberi potongan sehingga RM15 dan harga kesemuanya hanyalah RM50 untuk ketiga-tiganya. Harga asal berjumlah RM64.90

“Tetapi, buku ATN sudah dimiliki, takkanlah hendakΒ  dibeli lagi semata-mata nakkan tawaran RM50 itu” fikirku sendirian.

“Tak apalah, bukannya nak beli hari ini. Balik fikir dulu,” akal memberi jawapan.

Langkah diteruskan ke booth-booth seterusnya sehingga sejam lebih diperuntukkan untuk melawat sekitar booth yang terletak di tingkat bawah.

Gambar-gambar seterusnya akan bercerita dengan sendirinya.

photo-0327

Buku terjemahan daripada tulisan Ibnul Qayyim al-Jauziyyah yang berjudul Talbis Iblis keluaran Al-Hidayah Publisher. Harga pada kulit buku RM29. Kategori wajib beli.

photo-0330

Buku ini sudah lama diterbitkan tetapi masih belum dimiliki. Ingat nak tunggu yang ‘Edisi Terkini’ daripada tangan UZAR sendiri. Tup tap UZAR sudah terbang ke UK. Insya Allah, akan beli di pesta ini. Hari ini pegang dulu.

photo-0331

Nak jadi jutawan kena baca buku dan menuntut daripada yang pakar. Bersama Azizi Ali penulis buku yang prolifik mengenai hal ehwal jutawan di booth True Wealth. Dua buku pertama telah dibeli untuk hari ini. Buku dialah itu.

photo-0332

Ada apa di Jemari Seni Publishing?Jeng..jeng..jeng..senikan jari-jemari anda. Hehe.

photo-0335

Booth Ar-Risalah Production dan juga booth Al-Hidayah Publishers Sdn Bhd. Antara penerbit buku agama yang agak prolifik di Malaysia.

photo-0334

Buku terjemahan kepada Fiqh al-Sunnah oleh Sayyid Sabiq r.h. beserta tahqiq oleh anak beliau diterbitkan oleh al-Hidayah Publishers Sdn Bhd. Satu jilid RM65, satu set (6 Jilid) RM380.

photo-0337

Booth Telaga Biru Sdn Bhd. Sempat terserempak dengan salah seorang penulis dan juga penceramah terkenal, Ustaz Zahazan Mohamed.

photo-0341

Buku terbaru Kak Fatimah Syarha Mohd Nordin di booth Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini dalam kaca pameran, jadi tak dapat nak dibeli. Menurut staf mereka, mungkin lewat petang baru sampai stok baru. Harga RM12 (sebelum diskaun).

photo-0338

Buku terjemahan al-Syamail al-Muhammadiyah juga diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Antara buku yang agak lengkap dan terperinci menceritakan batang tubuh dan keperibadian Rasulullah s.a.w.

photo-0339

Buku ‘kegemaran’ Dr MAZA? Siap ada ceramah khas mengenainya satu ketika dulu.

photo-0343

Buku ketiga/terakhir yang dibeli untuk hari ini. Hikmah Hati daripada Ustaz Maszlee Malik. Ada satu sahaja kat rak tadi. Terus capai dan bayar. Diskaun 20%, harga belian RM8 di booth Alaf 21.

Sekian, perjalanan kali ini.

Akan kembali lagi untuk memborong buku. Hari ini sekadar menyapa dan bermesra-mesra.

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.com
18 April 2009
53100 Gombak

**Glosari:

al-Kutub – Buku
al-‘Alami – Antarabangsa

23 thoughts on “Sekitar lawatan ringkas ke Pesta al-Kutub al-‘Alami KL ’09

  1. Amboi,kak!Siap cabut awal tu…ni kena beritahu Prof Rahman nih :p. Biasala tu, kalau tak terbang beberapa puluh atau ratus, tak sah namanya pergi Pesta Buku. Hari ini pun cabut awal juga ke :p. Esok, saya pergi lagi Insya Allah, nanti saya cuba cari novel genit itu. Macam menarik juga, apabila membaca sinopsis di pautan itu.

  2. saya pun dah beli buku ATN 2: bercinta sampai ke syurga
    tak baca lg, tengah berperang dgn final exam…
    gi 23/4…

    nak beli 3 buah buku tu secara pakej tp buku Rindu Bau Pohon Tin dah abes πŸ™ ….. xde rezeki
    nak hadiahkan kpd adik pompuan sy yang besday dia 21hb hari tu….
    ATN 1 tu saya dah beli dah tahun lepas, mmg best sgt utk remaja utk saya…. ATN 2 ni lg tebal saya rasa

  3. Mujurlah UIAM berperang dengan peperiksaan akhir sem awal lagi, kertas terakhir saya pada 17 April. 18 April dah terus pergi jenguk ke Pesta Buku ini.

    Eh, buku Rindu Bau Pohon Tin sudah habis?Saya juga pergi buat kali keduanya pada 23April dan memang beli 3 buku tersebut secara pakej, ada je lagi pada hari itu. Mungkin agak cepat habis agaknya judul tersebut petang tersebut. Ya, buku ATN 2 lebih tebal daripada ATN 1.

  4. Ya Husaini,

    Akak nk tumpang ‘promote’ buku Kak Ummu, k.

    Sesiapa yg. mahu miliki buku Rahsia Nik Nor Madihah karya Ummu Hani Abu Hassan terbitan Hijjaz Record Publishing boleh berbuat demikian menerusi laman web penulis sendiri; http://www.ummuhani.com.

    Sudah tentu dengan tandatangan sekali =))

    Syukran Husaini.

  5. Sila kak..sila…akak lambat promosilah, saya baru saja beli buku itu di KLIBF09 baru-baru ini. Ingatkan nak dapatkan autograf terus, tapi cari-cari kak Ummu Hani tak jumpa. Macam mana?Akak tolong dapatkan, boleh? πŸ˜€

  6. Salam Husaini,

    MashaAllah, bestnya kat Malaysia…banjir buku…huhu…ada buku yang dari dulu nak cuba baca semasa saya di Monash, tajuknya Talbis Iblis…tapi tak jumpa…yang English version macam tak berani nak baca/beli dari Melbourne, risau salah tafsir…hehe…i’m not from English-speaking background, anyway…

    Rasa macam nak terbang juga ke tanahair, tapi masih lagi berusaha dengan thesis write up…huhu…ud’u li….mudah-mudahan ada kesempatan lain untuk saya ke PWTC lagi (forsure untuk book fair, bukan untuk benda lain)…inshaAllah.

    P/s: Sesuka hati je Kak Faiza cabut dari UMBI…memang la naughty πŸ˜€ (Kalau jumpa sampaikan salam saya pada dia ye?)

    Oklah, time to bed.

    All the best in your studies….inshaAllah, once you’ve tried your best, leave everything up to Allah….Allah never fails to grant the best to those who put a firm trust in Him….khayr, inshaAllah (“,)

    Wallahu ta’ala a’laam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *